YAN: Tiga kawasan di Yan akan dilengkapi Sistem Amaran Awal Hujan Ribut bagi memberi amaran awal kepada penduduk setempat untuk bersiap sedia menghadapi sebarang bencana sebagai usaha mengurangkan risiko kehilangan nyawa dan kemusnahan harta benda.
Timbalan Menteri Alam Sekitar dan Air Datuk Mansor Othman berkata sistem yang ditempatkan berhampiran kaki Gunung Jerai itu adalah Siren Rekreasi Seri Perigi, Siren Rekreasi Titi Hayun dan Siren Masjid Jamek Badlishah.
"Stesen siren yang akan dibangunkan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) itu akan berbunyi sekiranya Stesen Hujan Gunung Jerai yang berada di puncak gunung berkenaan mengesan kadar kelebatan hujan.
"Siren ini akan dipasang bermula hujung tahun ini dan dijangka siap selewat-lewatnya Mei tahun depan. Bunyi siren itu boleh didengari dalam lingkungan radius satu kilometer," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja di Empangan Sabo di Titi Hayun, di sini, pada Khamis.
Beliau berkata sistem siren itu akan dilengkapi dengan tiga peringkat amaran dengan peringkat terakhir adalah tahap berbahaya dan pihaknya akan bekerjasama dengan beberapa agensi termasuk Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) bagi urusan pemindahan penduduk setempat.
"Kita bercadang supaya siren itu diaktifkan sebaik sahaja hujan lebat berlaku di puncak gunung bagi membolehkan penduduk dan agensi yang terlibat membuat persediaan awal," katanya.
Dalam kejadian kepala air di Gunung Jerai pada 18 Ogos lepas, seramai enam mangsa terkorban dihanyutkan arus deras dan dihempap tanah runtuh selain menyebabkan banyak kediaman, premis dan pengusaha chalet pelancongan desa terkesan akibat kejadian itu.
Sementara itu, Mansor berkata pembinaan Empangan Sabo yang bermula Disember lepas telah mencapai tahap kemajuan 20 peratus dan berjalan mengikut perancangan serta dijangka siap pada Jun tahun depan.
"Empangan ini bagi mengatasi bencana kepala air selain menghalang pokok dan sampah tidak menghilir apabila berlaku aliran deras. Ini bagi mengelak kemusnahan besar kepada kawasan di bawah," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 27 2022
Mansor (tiga dari kanan) membincangkan pembangunan Empangan Sabo ketika lawatannya di Titi Hayun di Yan pada Khamis. -Foto Sinar Harian
Bangladesh tidak akan benarkan lagi kemasukan Rohingya ke wilayahnya
Bangladesh pada Isnin menegaskan tidak akan membenarkan lebih ramai etnik Rohingya memasuki wilayahnya.
Peniaga rugi lebih setengah juta diperdaya 'scammer'
Seorang peniaga kerugian lebih setengah juta ringgit apabila terperdaya dengan individu yang menyamar sebagai wakil Tenaga Nasional Berhad (TNB) pada Sabtu lepas.
Enam maut dalam nahas babitkan bas persiaran di Ayer Keroh
Sekurang-kurangnya enam maut dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh, malam ini.
Akaun TikTok dikesan guna suara, video pakar perubatan tanpa kebenaran
Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman mengesan kewujudan akaun TikTok yang menggunakan suara dan video pakar perubatan tempatan tanpa kebenaran bagi mempromosikan produk kesihatan.
Peningkatan pelepasan abu di Gunung Berapi Kanlaon
Kepulan gelap setinggi kira-kira 1.2 kilometer dikesan di Gunung Berapi Kanlaon.
Rusia pertimbang penerbangan terus dengan Brazil, Malaysia, Pakistan
Kementerian Pengangkutan Rusia sedang mengadakan rundingan untuk melancarkan penerbangan terus ke Brazil, Malaysia, dan Pakistan.
Tumpuan Isnin – 23 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Siasatan undang-undang tentera: Polis analisis rekod telefon Presiden Yoon
Polis menganalisis rekod telefon peribadi Yoon Suk Yeol selepas mendapatkannya sebagai sebahagian daripada siasatan mereka terhadap pengisytiharan undang-undang tentera yang gagal awal bulan ini.
10 Berita Pilihan - (22 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Polis selamatkan dua OKU warga China dijadikan pengemis
Polis menyelamatkan dua Orang Kurang Upaya (OKU) warga China yang dipercayai dijadikan sebagai pengemis.
Runtuhan sepanjang 50 meter dikesan di tebing Sungai Kelantan - Polis
Satu runtuhan sepanjang hampir 50 meter berlaku di tebing Sungai Kelantan berdekatan sebuah pangsapuri dan hotel di Jalan Post Office Lama di sini hari ini.
13 hilang tapak projek kereta api runtuh di China
Biro pengurusan kecemasan daerah Baoan melaporkan tanah di bawah tapak rel Shenzhen-Jiangmen runtuh secara tiba-tiba pada Khamis malam.
Angka korban banjir di selatan Thailand meningkat, hampiri 30 orang
Wilayah terjejas yang sudah bergelut dengan arus deras banjir sedang bersiap sedia untuk hujan lebih lebat dalam beberapa hari akan datang.
Perak siap sedia hadapi gelombang kedua banjir - MB
Perak bersiap sedia menghadapi risiko gelombang kedua banjir yang mungkin melanda negeri ini dengan jangkaan taburan hujan yang tinggi berlaku di kawasan Hulu Perak.
MTL: Pihak berkaitan diarah pergiat pantau lokasi berisiko tanah runtuh - Ahmad Zahid
Pastikan kejadian tanah runtuh seperti yang berlaku di Kampung Bukit Apit, Ajil, yang mengorbankan dua beradik, petang semalam, tidak berulang.
Lagi tanah runtuh hempap rumah penduduk di Ajil
Insiden menimpa rumahnya berlaku dalam tempoh sama dengan tragedi tanah runtuh yang menyebabkan dua beradik maut di Kampung Bukit Apit.
Tanah runtuh: 14 penduduk Kampung Laloh diarah pindah segera
Hasil pemeriksaan yang dilakukan mendapati kawasan tersebut sudah tidak selamat untuk diduduki.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 29 November 2024.
Dua beradik maut, seorang cedera insiden tanah runtuh di Kuala Berang
Dua beradik perempuan terkorban dalam insiden tanah runtuh yang menghempap rumah mereka di Kampung Bukit Apit, Ajil, di sini pada 4.30 petang tadi.
3 sekeluarga terperangkap rumah dihempap tanah runtuh
Tiga individu dipercayai daripada satu keluarga terperangkap dalam kejadian tanah runtuh di Jalan Bukit Apit, Ajil, Hulu Terengganu di sini petang ini.