Tiga individu, termasuk sepasang kekasih yang dipercayai pengedar dadah, ditahan polis bersama pelbagai jenis dadah bernilai RM167,895 dalam serbuan di sebuah apartmen di Taman Tanjung Indah, di sini pada Isnin.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) ACP Noorzainy Mohd Noor berkata bertindak hasil maklumat dan risikan yang dijalankan, polis menyerbu rumah itu pada pukul 10.20 malam dan menahan dua lelaki serta seorang wanita berusia 23 hingga 26 tahun.
"Semasa serbuan itu, tiga individu dipercayai anggota sindiket pengedaran dadah tersebut berada di dalam rumah berkenaan dan hasil pemeriksaan di dalam rumah itu, polis merampas syabu seberat 750.9gram (g), ketamin (340g), pil eramin 5 (230 biji) dan 23 biji pil ekstasi.
"Semua dadah yang dirampas itu bernilai RM167,895 dan ia dipercayai untuk pasaran di sekitar Butterworth dan Mak Mandin terutama di pusat-pusat hiburan," katanya di sini hari ini.
Katanya berdasarkan siasatan awal, suspek terlibat dalam kegiatan pengedaran dadah sejak beberapa bulan lepas dan menjadikan apartmen yang disewa seorang daripada mereka itu sebagai tempat menyimpan serta membungkus semula dadah berkenaan.
Noorzainy berkata ujian air kencing mendapati tiga orang itu positif dadah dan mereka kini direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan.
Sementara itu, katanya polis menahan seorang lelaki berusia 37 tahun dipercayai pengedar dadah dan merampas syabu bernilai RM11,400 dalam serbuan di sebuah rumah di Lorong Bunga Raya 20, di sini pada Isnin.
"Dalam serbuan pukul 7.30 malam itu, polis merampas tiga paket syabu seberat 76 gram dan siasatan mendapati lelaki tersebut mendapatkan bekalan dadah daripada sindiket sebelum membungkusnya dalam kuantiti kecil serta menjual kepada pelanggannya di sekitar Butterworth," katanya.
Beliau berkata lelaki yang tidak bekerja itu dipercayai terlibat dalam kegiatan pengedaran dadah sejak beberapa bulan lepas dan dia turut positif dadah.
Katanya kedua-dua kes itu disiasat menurut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan pihaknya sentiasa menjalankan operasi narkotik yang berterusan secara agresif dalam usaha membendung kegiatan pengedaran dadah.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 22 2018
Bertindak hasil maklumat dan risikan yang dijalankan, polis menyerbu rumah itu pada pukul 10.20 malam. - Gambar hiasan
Pasukan petugas khas bentang laporan penambahbaikan RMT pada 1 Mac 2025 - Fadhlina
Pasukan petugas khas Rancangan Makanan Tambahan (RMT) akan membentangkan laporan penuh mengenai penambahbaikan program tersebut pada 1 Mac 2025.
141 kertas siasatan GISBH, pendakwaan ditentukan pendakwa raya - JAIS
Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) membuka sebanyak 141 kertas siasatan berhubung GISB Holdings Sdn Bhd (GISB).
AWANI Ringkas: Jangan panjang isu bendera terbalik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Israel lancar serangan ke atas kubu Houthi di Yaman
Jurucakap Tentera Israel, Daniel Hagari berkata, serangan itu disasarkan ke arah pelabuhan dan infrastruktur tenaga di sana yang dipercayai digunakan kumpulan pejuang itu dalam melancarkan misi ketenteraan mereka.
1BestariNet: SPRM sahkan tiada unsur jenayah, tiada pertuduhan
Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan siasatan yang dijalankan sejak September lalu mendapati tiada sebarang unsur jenayah dalam pelaksanaan tender projek 1BestariNet.
Malaysia tidak boleh bergantung kepada nota bantahan - Mohamad
Timbalan Menteri Luar Datuk Mohamad Alamin berkata platform dan mekanisme seperti rundingan dan perbincangan dua hala juga perlu terus diperkasa serta diperhebatkan bagi menyelesaikan sebarang isu berbangkit di Laut China Selatan.
Malaysia-Turkmenistan meterai Mou, kukuhkan kerjasama
Malaysia dan Turkmenistan menekankan kepentingan meningkatkan kerjasama dalam bidang pengangkutan, kebudayaan, pendidikan, pelancongan dan sukan yang akan menyumbang kepada memperkukuhkan hubungan antara kedua-dua negara.
Penjawat awam diingatkan jangan tambah hutang baharu - Cuepacs
Cuepacs mengingatkan ahlinya agar tidak menambah hutang baharu sejurus menerima kenaikan gaji pertama Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) berkuatkuasa hari ini.
Permohonaan maaf sudah memadai - Hannah
Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh menyifatkan pemohonan maaf daripada pihak penaja Lee Zii Jia, Victor, berhubung isu jalur gemilang terbalik pada jersi pemain itu sudah memadai.
[TERKINI] Siasatan sejak September, tiada unsur jenayah tender 1BestariNet
Siasatan SPRM sejak September lalu mendapati tiada unsur jenayah dalam pelaksanaan tender projek 1BestariNet bernilai RM4 bilion di bawah Kementerian Pendidikan.
Kes ganja: Reman pelawak dilanjut empat hari, rujuk pejabat pendakwaan
Lanjutan sehingga Sabtu itu dikeluarkan Majistret Muhammad Bukhori Md Ruslan di Mahkamah Majistret Teluk Datok di Banting.
Sokong, jangan hakimi mereka yang pulih daripada ketagihan, penyalahgunaan dadah - KP AADK
Ini bagi memastikan mereka tidak kembali terjerumus ke dalam kancah penagihan dan penyalahgunaan dadah.
Republik Dominika rampas 9.5 tan dadah, terbesar dalam sejarah
Pihak berkuasa Republik Dominika berjaya merampas 9.5 tan dadah jenis kokain, yang merupakan terbesar dalam sejarah negara itu dengan nilai anggaran mencecah AS$250 juta (RM1.11 bilion).
Rasuah berkait projek RM250 juta: Datuk, penjawat awam direman empat hari
Kedua-dua suspek ditahan kira-kira pukul 5.30 pagi pada Khamis ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Sarawak.
Yusoff Rawther mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan edar kanabis
Muhammed Yusoff membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan semula di hadapan hakim ketika kes itu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi hari ini.
Ahli perniagaan Malaysia, dua warga Iran bebas pertuduhan edar dadah
Seorang ahli perniagaan Malaysia dan dua warga Iran terlepas tali gantung selepas Mahkamah Persekutuan hari ini membebaskan mereka daripada pertuduhan mengedar 48.6 kilogram dadah jenis metamfetamina.
60 pengunjung pusat hiburan di Jalan Sultan Ismail ditahan positif dadah
Polis menahan 60 individu termasuk empat warga asing yang berusia 20 hingga 42 tahun kerana positif dadah dalam satu serbuan di sebuah pusat hiburan di Jalan Sultan Ismail, pada Sabtu lalu.
Nelayan warga Thailand dipenjara 70 bulan, 10 sebatan kerana miliki kanabis
Mahkamah Sesyen di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara 70 bulan dan 10 sebatan terhadap seorang nelayan warga Thailand hari ini selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan memiliki kanabis sebe
Tujuh anggota polis didakwa salah guna dadah
Mereka yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda, IPD Yan, dan IPD Pendang didakwa tanpa kebenaran memasukkan dalam badan sendiri dadah berbahaya jenis ketamine dan MDMA.
Pindaan Akta Penagih Dadah 1983: Peluang kedua pulih diri
Pindaan Akta Penagih Dadah 1983 penting bagi memberikan kuasa lebih kepada Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dalam proses rawatan dan pemulihan penagih.