Ketua Pemudanya, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki menyifatkan, sekiranya tuntutan itu dibuat UMNO, ia secara jelas bertentangan dengan pendirian yang diputuskan iaitu untuk menamatkan darurat atau tidak diteruskan selepas 1 Ogos.
"UMNO sebagai sebuah parti, walaupun sebahagian Ahli-Ahli Parlimen berada dalam kerajaan sementara Perikatan Nasional, tidak pernah bersetuju bahkan tidak langsung dirujuk mengenai proklamasi darurat.
"Malah, alasan darurat kerana hendak menangani COVID-19 juga turut diragui," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Mengulas lanjut, Asyraf mengulangi pendirian konsisten yang diperjuangkan UMNO agar tempoh darurat dimanfaatkan sepenuhnya untuk kerajaan menggunakan kuasa di bawah Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021 untuk bantu rakyat.
Lima perkara yang dituntut UMNO ialah:
(1) Darurat ditamatkan dan tidak diteruskan selepas 1 Ogos 2021 ini kerana selama hampir enam bulan ternyata tidak mengurangkan kes COVID-19 kepada dua angka.
(2) Manfaatkan kuasa darurat di bawah Ordinan Darurat yang ada untuk bantu rakyat termasuk arah bank tawar moratorium tanpa caj/ faedah tambahan.
(3) Manfaatkan kuasa darurat di bawah Ordinan Darurat yang ada untuk kawal harga barang dan bantu rakyat dengan pelbagai bantuan termasuk i-Sinar 2.0 dan i-Lestari 2.0
(4) Manfaatkan kuasa darurat di bawah Ordinan Darurat yang ada untuk buat total lockdown secara total bukan separa masak.
(5) Buka Parlimen untuk pertahankan semangat dan prinsip demokrasi agar ada akauntabiliti terhadap segala keputusan kerajaan seperti perbelanjaan wang rakyat, penggunaan Kumpulan Wang Amanah, pengurusan COVID-19, proses imunisasi dan vaksinasi termasuk aspek perolehan dan kontrak-kontrak pembelian vaksin dan lain-lain.