KUALA LUMPUR: Orang awam tidak perlu menunggu sehingga 24 jam untuk melaporkan kes kehilangan ahli keluarga mahu pun kenalan, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain.
Menurutnya, dakwaan perlu menunggu sehingga 24 jam selepas kehilangan ialah mitos yang sering disebarkan banyak pihak tanpa asasnya.
"Tidak ada ketetapan atau undang-undang yang memaksa anda bersabar, bertenang atau bertahan dalam tempoh panjang.
"Ada yang kata perlu tunggu sampai 24 jam, 48 jam hingga 72 jam dalam keadaan gementar serta gemuruh. Ini mitos semata," katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.
Beliau berkata, sekiranya sudah melakukan carian orang yang dirasakan hilang dan cuba hubungi tapi gagal boleh segera ke balai polis.
Katanya, ini sebagai langkah awal mengelakkan suatu insiden buruk berlaku terhadap individu yang dilaporkan hilang.
Dalam pada itu, beliau turut menasihatkan agar masyarakat terus memainkan peranan membantu menyalur maklumat mengenai kes orang hilang.
"Peranan masyarakat sangat dihargai dalam membantu pihak polis.
"Saluran di pelbagai medium kita hebahkan berkait kes orang hilang untuk orang awam bersama kita membantu siasatan kes," ujarnya.
Baru-baru ini tular pertanyaan daripada warganet mengenai prosedur operasi standard (SOP) mengenai laporan polis yang perlu dibuat berkait kes orang hilang. - Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Jul 18 2024

Razarudin berkata sekiranya sudah melakukan carian orang yang dirasakan hilang dan cuba hubungi tapi gagal boleh segera ke balai polis. - Foto fail/BERNAMA

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Tidak perlu tunggu 24 jam untuk lapor kes orang hilang - KPN
Dakwaan perlu menunggu sehingga 24 jam selepas kehilangan ialah mitos yang sering disebarkan banyak pihak tanpa asasnya.

KDN masih tunggu laporan penuh siasatan kehilangan Amri, Raymond Koh
Pasukan yang ditubuhkan pada Jun lepas itu sepatutnya telah menyiapkan laporan penuh dalam tempoh enam bulan seperti ditetapkan.