Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini berkata adalah tidak adil untuk melabelkan semua individu daripada etnik Uighur sebagai pengganas.
Sebaliknya, Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata terdapat segelitir etnik berkenaan berada di negara kedua atau ketiga sebagai pelarian politik mahupun ekonomi.
"Untuk melabelkan mereka sebagai pengganas adalah tidak betul, walaupun ada antara mereka terlibat dalam aktiviti keganasan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis penutup Kembara Kebajikan 1Malaysia 2016 di sini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan media mengenai dua rakyat Turki berketurunan Uighur yang disyaki merancang untuk melakukan serangan ganas di Thailand telah meninggalkan negara itu dan dilaporkan ke Malaysia.
Gabenor Surat Thani, Wongsiri Promchana, yang memberi maklumat itu kepada Bernama berkata beliau dimaklumkan tentang dua lelaki berkenaan menuju ke Malaysia baru-baru ini oleh Pejabat Imigresen Phuket.
Mengulas lanjut mengenai laporan itu, Ahmad Zahid berkata tidak semua orang etnik Uighur yang ingin memasuki Malaysia adalah pengganas kerana sebahagian daripada mereka memiliki pasport yang sah.
"Ada juga yang datang ke Malaysia dengan tujuan untuk melawat saudara mara," katanya.
Ahmad Zahid berkata Malaysia telah menerima maklumat mengenai dua suspek berkenaan yang dipercayai menggunakan Thailand dan Malaysia sebagai transit sebelum berpindah ke negara ketiga.
"Kita tidak menolak kemungkinan selain dua suspek berkenaan, ada suspek lain lagi," katanya.
Sehubungan itu, Kuala Lumpur sedia bekerjasama dengan Polis Antarabangsa (Interpol), Ketua-ketua Polis ASEAN (Aseanapol) dan kerajaan China berhubung perkara itu.
"Kita mempunyai sistem untuk memantau mereka dan sedang berhubungan sangat rapat dengan agensi-agensi penguatkuasaan serantau dan komuniti antarabangsa," katanya.
Bernama
Sun Apr 10 2016
AHMAD ZAHID: Untuk melabelkan mereka sebagai pengganas adalah tidak betul, walaupun ada antara mereka terlibat dalam aktiviti keganasan. - Gambar fail
Sultan Pahang, Tengku Ampuan zahir takziah kepada keluarga Ahmad Nawab
Sultan Pahang Al-Sultan dan Tengku Ampuan Pahang menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga legenda muzik negara, Allahyarham Tan Sri Ahmad Nawab.
Tiga pengawal keselamatan dihadap ke mahkamah kes curi RM200,000
Tiga pengawal sebuah syarikat kawalan keselamatan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Alor Setar atas tuduhan mencuri wang tunai RM200,000.
AWANI Ringkas: SPM 2024 bermula 2 Disember hingga 6 Februari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Tiket Piala ASEAN dijual bermula hari ini - FAM
Penyokong skuad Harimau Malaya boleh mendapatkan tiket bagi saingan peringkat Kumpulan A Piala ASEAN 2024 bermula hari ini.
KDN hormati keputusan mahkamah kembalikan 172 jam tangan 'Pride Collection'
KDN menghormati keputusan Mahkamah Tinggi memerintahkan 172 jam tangan 'Pride Collection' yang dirampas tahun lepas, dikembalikan semula.
Cadangan bina Pelabuhan Sanglang telah dikemuka kepada Kementerian Pengangkutan - Sanusi
Syarikat yang dilantik untuk membangunkan Pelabuhan Sanglang di Kubang Pasu telah mengemukakan cadangan pembangunan prasarana berkenaan kepada Kementerian Pengangkutan.
Suspek bunuh, sumbat ibu dalam peti sejuk didakwa esok
Seorang lelaki yang dipercayai memukul ibu kandungnya hingga maut sebelum menyumbat mayat mangsa ke dalam peti sejuk beku akan didakwa di mahkamah esok.
Tiga sekeluarga maut kemalangan babit dua kenderaan
Tiga beranak maut seorang lagi parah apabila kereta dinaiki mereka terlibat dengan kemalangan sebuah kereta pacuan empat roda di Bandar Permaisuri.
Kenyataan Menteri MOTAC bakar isu 3R di dalam dan luar negara - Mas Ermieyati
Jelas Ahli Parlimen Masjid Tanah Datuk Mas Ermieyati Samsudin, dia terkejut kenyataan Menteri Pelancongan yang mendakwa tindakan DBKL terhadap golongan peniaga pamer papan tanda bahasa kebangsan akan mempengaruhi keputusan pelancong melawat Malaysia. #SisiTVParlimen
Piala ASEAN: Indonesia umum pemain, bawa skuad Kelayakan Piala Dunia hadapi saingan
Marselino Ferdinan mengetuai senarai pemain pasukan Indonesia menghadapi Piala ASEAN Mitsubishi Electric bulan depan.
Ahmad Zahid puas hati prestasi menteri, timbalan menteri BN dalam Kerajaan Perpaduan
Ahmad Zahid berkata keutuhan BN menerusi hubungan pemimpin dalam kalangan parti komponen juga amat baik dengan kesemuanya mendukung perjuangan gabungan itu.
TPM Zahid tiba di Abu Dhabi, lawatan rasmi pertama ke UAE
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi selamat tiba di Abu Dhabi, bagi memulakan kerja ke Emiriah Arab Bersatu (UAE).
Politeknik Port Dickson diiktiraf institusi TVET terbaik Asia Pasifik - Ahmad Zahid
Politeknik Port Dickson diiktiraf sebagai institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) terbaik di Asia Pasifik.
Ahmad Zahid saran APM pelajari amalan terbaik, tingkat keupayaan
Ahmad Zahid menyarankan agar Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) mempelajari amalan terbaik dari negara lain bagi meningkatkan keupayaan pertahanan awam negara.
Pelan Pemerkasaan Sosioekonomi Belia 2030 perkukuh ekosistem pembangunan belia - Ahmad Zahid
Pelan Pemerkasaan Sosioekonomi Belia 2030 yang dilancarkan hari ini dijangka memperkukuhkan ekosistem pembangunan belia Malaysia menjelang 2030.
Johor negeri pertama miliki majlis pembangunan bakat melalui penubuhan JTDC - TPM
Johor menjadi negeri pertama di Malaysia memiliki majlis pembangunan bakatnya sendiri melalui penubuhan Majlis Pembangunan Bakat Johor (JTDC) yang dilancarkan hari ini.
Belanjawan 2025: RM10 juta untuk bina stadium e-sukan baharu - Ahmad Zahid
Sebanyak RM10 juta daripada keseluruhan RM20 juta yang diperuntukan bagi pembangunan ekosistem e-sukan menerusi Belanjawan 2025, akan digunakan untuk pembinaan stadium e-sukan baharu.
Tragedi tsunami perkukuh komitmen ASEAN mengenai keperluan kurangkan risiko bencana
Tragedi tsunami memperkukuh komitmen antara negara ASEAN tentang keperluan mendesak agar setiap usaha berterusan diselaraskan bagi mengurangkan risiko bencana.
Ahmad Zahid hadiri Mesyuarat Menteri-Menteri ASEAN mengenai pengurusan bencana
Mesyuarat berkenaan membabitkan wakil dari negara-negara angota ASEAN yang terlibat secara langsung dalam pengurusan risiko bencana.
TPM Ahmad Zahid ucap tahniah kepada Sze Fei-Nur Izuddin juarai Terbuka Artik
Kebangkitan #FeiDin menyuntik semangat juang yang tinggi dan inspirasi buat kita semua, kata Ahmad Zahid.