KUALA LUMPUR: Hasil siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendapati tiada unsur rasuah termasuk sumber dana oleh parti kerajaan ketika Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Menurut Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang Dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said, SPRM telah menjalankan siasatan berhubung parti-parti terbabit yang mendapat pendanaan ketika PRU15.
"Siasatan kes telah pun selesai dan hasil siasatan mendapati tiada sebarang unsur-unsur penerimaan rasuah.
"Bagaimanapun, jika terdapat mana-mana orang yang mempunyai bukti baharu berhubung perkara ini boleh melaporkan kepada pihak SPRM dan siasatan dan tindakan lanjut sewajarnya akan dijalankan dengan kadar segera mengikut lunas undang-undang yang berkuatkuasa ketika ini," katanya.
Azalina berkata demikian dalam jawapan bertulis di Parlimen bagi menjawab soalan dikemukakan Tan Sri Abdul Hadi Awang (PN-Marang).
Abdul Hadi yang juga Presiden Pas meminta Perdana Menteri menyatakan sejauh mana siasatan SPRM terhadap parti-parti dalam kerajaan berhubung perbelanjaan ketika PRU15 termasuk sumber dana.
Dalam perkembangan sama, Azalina turut mengesahkan tiada apa-apa fail siasatan dibuka terhadap Perikatan Nasional (PN) di atas dakwaan mendapat sumbangan daripada dana judi di dalam kempen Pilihan Raya Umum (PRU) yang lepas.
"SPRM telah menjalankan kajian terperinci berkaitan maklumat tersebut. Bagaimanapun, SPRM mendapati maklumat terlalu umum dan tiada pihak boleh mengesahkan isu ini," katanya.
Azalina berkata demikian dalam jawapan bertulis di Parlimen bagi menjawab soalan dikemukakan Ahmad Fadhli Shaari (PN-Pasir Mas) yang meminta Perdana Menteri menyatakan status siasatan terhadap dakwaan bahawa terhadap parti-parti di dalam PN mendapat sumbangan daripada dana judi di dalam kempen PRU yang lepas.
Hakim Rahman
Thu May 25 2023
![Tiada unsur rasuah dalam dana parti kerajaan ketika PRU15 - Azalina Tiada unsur rasuah dalam dana parti kerajaan ketika PRU15 - Azalina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/81684837887_AzalinaOthman.jpg)
Azalina berkata, SPRM telah menjalankan siasatan berhubung parti-parti terbabit yang mendapat pendanaan ketika PRU15. - Gambar fail/Bernama
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Siasatan dana awam babit pempengaruh suami isteri, SPRM beku 20 akaun lebih RM740,000 Siasatan dana awam babit pempengaruh suami isteri, SPRM beku 20 akaun lebih RM740,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721027842_TBpengaruh.jpg)
Siasatan dana awam babit pempengaruh suami isteri, SPRM beku 20 akaun lebih RM740,000
SPRM membekukan kira-kira 20 akaun bank dengan nilai lebih RM740,000 susulan siasatan penyelewengan dana derma awam melibatkan pasangan pempengaruh bersama dua lagi individu.
![Reman pempengaruh suami isteri, dua individu disambung 3 hari Reman pempengaruh suami isteri, dua individu disambung 3 hari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720940460_TBpengaruh.jpg)
Reman pempengaruh suami isteri, dua individu disambung 3 hari
Empat individu termasuk pasangan suami isteri yang juga pempengaruh, yang ditahan 10 Julai lalu kerana disyaki terlibat penyelewengan derma, disambung reman empat hari pada Ahad.
![Gugur kes penipuan: SPRM tahan pegawai, anggota penguat kuasa disyaki terima RM20,000 Gugur kes penipuan: SPRM tahan pegawai, anggota penguat kuasa disyaki terima RM20,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720796921_TBsprm.jpg)
Gugur kes penipuan: SPRM tahan pegawai, anggota penguat kuasa disyaki terima RM20,000
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang pegawai dan dua anggota penguat kuasa yang disyaki meminta serta menerima rasuah sebagai balasan untuk menggugurkan satu kes penipuan.
![Pempengaruh suami isteri kekal direman 4 hari kes salah guna kuasa, rasuah Pempengaruh suami isteri kekal direman 4 hari kes salah guna kuasa, rasuah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720780451_TBAlifTeega.jpg)
Pempengaruh suami isteri kekal direman 4 hari kes salah guna kuasa, rasuah
Pasangan suami isteri pempengaruh yang tular berhubung kes derma kekal direman selama empat hari.
![Pensyarah kanan IPTA mengaku tidak bersalah kemuka tuntutan palsu Pensyarah kanan IPTA mengaku tidak bersalah kemuka tuntutan palsu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720771716_AbdAzizMohdAzodde.jpg)
Pensyarah kanan IPTA mengaku tidak bersalah kemuka tuntutan palsu
Seorang pensyarah kanan sebuah institut pengajian tinggi awam mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas tiga pertuduhan membuat tuntutan palsu berjumlah RM22,866.20, empat tahun lalu.
![SPRM tahan penguat kuasa lindungi kegiatan pelacuran di ibu negara SPRM tahan penguat kuasa lindungi kegiatan pelacuran di ibu negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720757513_sprmbernama.jpg)
SPRM tahan penguat kuasa lindungi kegiatan pelacuran di ibu negara
Menerima imbuhan dan bersekongkol dengan sindiket pelacuran, beberapa anggota penguat kuasa ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) baru-baru ini.
![Isu HRD Corp: SPRM rakam keterangan 10 individu Isu HRD Corp: SPRM rakam keterangan 10 individu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/41700042191_SPRMMDBrasuah.jpg)
Isu HRD Corp: SPRM rakam keterangan 10 individu
Seramai 10 individu hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini hari ini bagi membantu siasatan isu tadbir urus HRD Corp.
![Tiada exco kerajaan Kelantan terlibat rasuah - MB Tiada exco kerajaan Kelantan terlibat rasuah - MB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720690863_TBMohdNassuruddin.jpg)
Tiada exco kerajaan Kelantan terlibat rasuah - MB
Kerajaan Kelantan mengesahkan tiada pemimpin khususnya exco-exco negeri disabit dengan kesalahan rasuah, kata Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Nassuruddin Daud.
![Pempengaruh suami isteri direman 4 hari kes salah guna kuasa, rasuah Pempengaruh suami isteri direman 4 hari kes salah guna kuasa, rasuah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720676343_pempengaruh.jpg)
Pempengaruh suami isteri direman 4 hari kes salah guna kuasa, rasuah
Menurut peguam, pihak SPRM membuat permohonan reman selama tujuh hari namun mahkamah membenarkan perintah tahanan sehingga Ahad.
![Isu HRD Corp: 6 individu tiba di SPRM untuk beri keterangan Isu HRD Corp: 6 individu tiba di SPRM untuk beri keterangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/51664010181_HishamuddinHashim.jpg)
Isu HRD Corp: 6 individu tiba di SPRM untuk beri keterangan
SPRM menjangkakan 10 individu daripada HRD Corp dan Kementerian Sumber Manusia dijadual diambil keterangan mereka hari ini.