KUALA LUMPUR: Berdasarkan kemampuan kewangan semasa, kerajaan tiada perancangan untuk menguatkuasakan semula Program Tanam Semula Sawit secara geran buat masa ini, kata Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Chan Foong Hin.
Bagaimanapun, katanya kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM100 juta secara hibrid iaitu 50 peratus dalam bentuk geran dan 50 peratus pinjaman untuk melaksanakan Program Tanam Semula Sawit (TSPKS 2.0) pada tahun ini.
Katanya seramai 1,500 pekebun kecil sawit akan menerima manfaat daripada program itu meliputi keluasan tanam semula sebanyak 5,900 hektar.
"Melalui peruntukan yang disediakan oleh kerajaan ini, kita berharap ia akan dapat membantu pekebun kecil persendirian meningkatkan pendapatan dan produktiviti dalam sektor sawit secara keseluruhan," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau berkata demikian menjawab soalan Jamaludin Yahya (PN-Pasir Salak) yang ingin tahu mengenai perancangan kementerian untuk menguatkuasakan semula Program Penanaman Semula Sawit yang dahulunya pinjaman menjadi geran.
Katanya sehingga 12 Julai lepas, seramai 413 pekebun kecil dengan keluasan tanaman 1,725 hektar melibatkan nilai pembiayaan sebanyak RM26.93 juta telah diluluskan oleh Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).
Beliau berkata sehingga Mac 2024, terdapat seramai 441,847 pekebun kecil sawit di Malaysia yang terdiri daripada 233,439 pekebun kecil tersusun dan 208,408 pekebun kecil persendirian.
"Hanya pekebun kecil persendirian sahaja yang layak untuk menikmati bantuan inisiatif Tanam Semula Sawit," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 15 2024

Kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM100 juta secara hibrid iaitu 50 peratus dalam bentuk geran dan 50 peratus pinjaman untuk melaksanakan Program Tanam Semula Sawit (TSPKS 2.0) pada tahun ini. - Gambar hiasan

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Tiada perancangan kembalikan Program Tanam Semula Sawit secara geran
Berdasarkan kemampuan kewangan semasa, kerajaan tiada perancangan untuk menguatkuasakan semula Program Tanam Semula Sawit secara geran buat masa ini.

Pemberian subsidi adalah langkah betul bagi ringankan beban rakyat - Pakar ekonomi
Nungsari berkata pengumuman tersebut munasabah, tetapi pada masa yang sama ia akan memberi kesan kepada keadaan kewangan kerajaan.

Isu tol: Fahami keadaan kewangan kerajaan - Tun M
Tun Dr Mahathir Mohamad meminta rakyat agar memahami keadaan kewangan kerajaan ketika ini.

Jabatan Khas Jenayah Alam Sekitar tidak sesuai ditubuhkan ketika ini - KPN
Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata walaupun idea itu baik, namun pelbagai aspek lain seperti soal kekangan kewangan kerajaan juga perlu diambil kira dalam melaksanakan apa-apa cadangan.

Kenaikan tangga gaji, gaji minimum RM1,200 untuk penjawat awam mulai 1 Julai
Najib berkata kenaikan itu bukti kerajaan tetap meletakkan kepentingan dan kebajikan rakyat sebagai yang paling utama.