Mulai esok, kenaikan satu tangga gaji dan gaji minimum RM1,200 akan dilaksanakan bagi semua penjawat awam berbanding RM837 sebelum ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi akaun rasmi Facebook dan Twitternya berkata kenaikan itu bukti kerajaan tetap meletakkan kepentingan dan kebajikan rakyat sebagai yang paling utama.




Tambahnya lagi kerajaan menghargai usaha dan kerja keras penjawat awam meskipun berdepan tohmahan dan pelbagai fitnah, terutamanya mengenai keadaan kewangan kerajaan dan negara.

Beliau turut berharap kenaikan tersebut akan membakar semangat mereka untuk terus berkhidmat kepada rakyat dan negara dengan cemerlang.