KUALA LUMPUR: Pemberian subsidi kepenggunaan merupakan langkah yang betul dalam meringankan beban rakyat, walau bagaimanapun kerajaan perlu segera mengemukakan penyelesaian jangka panjang termasuklah mempunyai pembaharuan pasaran yang lebih cepat, lebih mendalam dan lebih luas, kata pakar ekonomi.
Pakar ekonomi Dr Nungsari Radhi berkata pengumuman tersebut adalah munasabah, tetapi pada masa yang sama ia akan memberi kesan kepada keadaan kewangan kerajaan, oleh itu, langkah untuk mengurangkan perbelanjaan dan meningkatkan hasil perlu segera difikirkan.
"Langkah yang diambil sekarang merupakan langkah jangka masa pendek yang boleh difahami oleh semua pihak, namun ia mesti disertakan dengan beberapa petunjuk jelas mengenai rancangan jangka panjang yang koheren untuk menangani masalah kewangan kerajaan.
"Jika tidak ia akan menjejaskan keyakinan pelabur yang penting untuk membawa ekonomi ke arah model pendapatan yang lebih tinggi," beliau memberitahu DagangNews hari ini.
Terdahulu menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata kerajaan akan meneruskan subsidi kepenggunaan yang meliputi petrol, minyak masak, tarif elektrik bagi tempoh jangka pendek.
Langkah kerajaan itu adalah bertujuan untuk mengurangkan kos sara hidup rakyat.
Berkongsi sentimen yang sama, Pakar Ekonomi Universiti Sains dan Teknologi Malaysia (MUST) Profesor Geoffrey Williams turut berkata pemberian subsidi merupakan perkara yang betul dalam jangka pendek untuk mengawal harga dengan subsidi dan kawalan harga walaupun ia melibatkan kos yang mahal memandangkan harga minyak mentah yang tinggi.
"Selain dari pemberian subsidi, Malaysia memerlukan sistem kredit pendapatan yang betul melalui sistem cukai dan ini adalah satu bentuk konsep jaminan pendapatan dasar sejagat (Universal Basic Income) dan perlu diperkenalkan segera.
"Ini terutamanya apabila Bantuan Keluarga Malaysia dilihat sebagai tidak mencukupi untuk mengurangkan beban rakyat.
"Bukan ini sahaja, saya bersetuju dengan penubuhan pasukan khas jihad tangani inflasi dan pasukan ini akan melihat kepada aspek kartel dan monopoli dan ini bagus kerana kartel dan monopoli mesti dipecahkan untuk mewujudkan lebih banyak persaingan di pasaran," ujar beliau.
Rabu lepas, Mesyuarat Jemaah Menteri dilaporkan bersetuju menubuhkan Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi yang berperanan mengumpulkan semua maklumat daripada kementerian, agensi dan orang ramai bagi menyelesaikan isu-isu berkaitan inflasi khususnya mengawal kenaikan harga barang dengan lebih efisien dan berkesan.
Williams menegaskan bahawa kerajaan mesti melihat kepada reformasi menyeluruh dan tidak hanya tertumpu kepada mekanisme subsidi bersasar memandangkan kerajaan masih tidak mempunyai mekanisme untuk melakukannya (subsidi bersasar). – DagangNews.com
Dagang News
Tue Jul 05 2022

Kerajaan akan meneruskan subsidi kepenggunaan yang meliputi petrol, minyak masak, tarif elektrik bagi tempoh jangka pendek. - Gambar hiasan

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Pemberian subsidi adalah langkah betul bagi ringankan beban rakyat - Pakar ekonomi
Nungsari berkata pengumuman tersebut munasabah, tetapi pada masa yang sama ia akan memberi kesan kepada keadaan kewangan kerajaan.