SHAH ALAM: Hasil bancian yang dilaksanakan Majlis Perbandaran Klang (MPK) mendapati kesemua peniaga dan pemegang lesen di Kompleks Pasar Besar Jalan Meru adalah rakyat tempatan, manakala warga asing yang berada di premis berkenaan hanya sebagai pembantu.
Pengarah Pengurusan Pasar dan Penjaja MPK Azhar Samsudin berkata pihaknya tidak berkompromi terhadap dakwaan isu peniaga warga asing di pasar itu dan mensyaratkan hanya warganegara sahaja yang layak memohon premis.
"Pihak MPK akan mengambil tindakan sitaan serta-merta, selain pembatalan premis dan pembatalan lesen juga dikenakan ke atas mana-mana penyewa yang menyewakan premis kepada warga asing," katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurutnya pemantauan secara berterusan dilaksanakan Jabatan Pengurusan Pasar dan Penjaja bagi memastikan tiada warga asing yang berniaga dan tindakan tegas akan diambil ke atas mana-mana peniaga yang menyewakan premis mereka bagi mencari jalan mudah mengaut keuntungan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 11 2023

MPK tidak berkompromi terhadap dakwaan isu peniaga warga asing di pasar itu dan mensyaratkan hanya warganegara sahaja yang layak memohon premis. - Gambar/ Sinar Harian

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Banyak idea baharu lahir dari Sesi Permukiman Jemaah Menteri - TPM Ahmad Zahid
Setiap pandangan yang dikongsi pada sesi itu, adalah cerminan keprihatinan dan komitmen kerajaan dalam mencorak masa depan lebih cerah.

Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Berdasarkan prestasi kukuh KWSP pada suku ketiga 2024, pencarum boleh mengharapkan berita gembira berkaitan agihan dividen yang lebih baik bagi tahun 2024 berbanding tahun sebelumnya.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Mana ada negara di dunia masyarakat berbilang kaum hidup aman' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tidak ada negara di dunia selain Malaysia mempunyai masyarakat berbilang kaum dan budaya yang hidup aman damai. Keupayaan Malaysia terdiri daripada seluruh pekerja dan rakyat Malaysia. #AWANInews
'Tanggungjawab kita adalah untuk menyantuni' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa merasmikan Alamanda berwajah baru berkata tanggungjawab kita untuk menyantuni pelbagai kaum dengan menghormati dan kenal perbezaan antara kaum. #AWANInews

Alec Baldwin akui mental merosot selepas tragedi tembakan
Baldwin mengaku bergelut dengan emosi yang tidak stabil dan kesihatan mental yang terjejas.

Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Allahyarham dibawa dari kediamannya di Desa Seri Ampang ke Masjid An Nur Desa Seri Ampang untuk dimandi dan disolatkan.

Jualan 'gummy' dalam talian masih aktif
Produk ini dijual pada harga serendah RM6.50 sebalang dan mendapat sambutan hangat.

Pihak berkuasa serbu premis warga asing di Klang
Pihak berkuasa tempatan (PBT) menggempur kawasan sekitar Taman Setia di sini dalam usaha bagi membanteras peniaga warga asing.

Tiada peniaga warga asing di Pasar Besar Jalan Meru Klang - MPK
Hasil bancian yang dilaksanakan Majlis Perbandaran Klang (MPK) mendapati kesemua peniaga dan pemegang lesen di Kompleks Pasar Besar Jalan Meru adalah rakyat tempatan.

MPK nafi wujud unsur salah guna kuasa
MPK sentiasa menjunjung tinggi etika dan integriti dalam melaksanakan tugas malah tidak berkompromi dalam isu salah guna kuasa oleh kakitangannya.

Longgokan besi di halaman rumah ganggu jiran
Perlakuan tersebut adalah salah satu contoh sikap tidak prihatin terhadap kawasan kejiranan.

Suami isteri didakwa subahat, salah guna kedudukan
Mereka didakwa bersubahat dan menyalahguna kedudukan untuk kerja-kerja berkaitan penilaian berjumlah lebih RM570,000 bagi Majlis Perbandaran Klang.

Serpihan konkrit LRT3 jatuh, tiada kemalangan jiwa
Kejadian kira-kira pukul 9.30 pagi itu bagaimanapun tidak melibatkan kecederaan atau kemalangan jiwa.

MPK siar gambar, video individu buang sampah haram
Perilaku tidak bertanggungjawab itu akan disiarkan di media sosial sebagai peringatan dan pengajaran kepada orang ramai supaya tidak membuang sampah sesuka hati.

Rumah retak: Buat laporan jika ada kakitangan MPK didakwa rasuah
Pengarah Komunikasi Korporat MPK, Norfiza Mahfiz berkata, permit ubah suai rumah dan pelan lulus dikeluarkan kepada perunding pada tahun 2012.

JAS Selangor, MPK serbu premis cuci tong terpakai sebabkan pencemaran air
Premis yang menjalankan aktiviti mencuci tong-tong terpakai secara haram telah menyebabkan pembentukan buih berwarna putih di sebuah parit di Taman Ubudiah.

Kegiatan curi bekalan elektrik premis bitcoin masih berleluasa?
Sebanyak 10 premis bitcoin diserbu di One Kesas, Klang setelah dikesan melakukan kegiatan mencuri bekalan elektrik secara haram sehingga menyebabkan kerugian puluhan ribu ringgit.