SHAH ALAM:Jabatan Alam Sekitar (JAS) Selangor dan Majlis Perbandaran Klang (MPK) menyerbu sebuah premis di Jalan Telok Gong, Pelabuhan Klang dekat sini hari ini kerana disyaki menyebabkan pencemaran air.
Pengarah JAS Selangor Nor Aziah Jaafar berkata premis berkenaan yang menjalankan aktiviti mencuci tong-tong terpakai secara haram telah menyebabkan pembentukan buih berwarna putih di sebuah parit di Taman Ubudiah.
"Semasa serbuan dijalankan JAS Selangor dan MPK pada 10 pagi tadi, lantai dan longkang di premis berkenaan didapati basah walaupun premis berkenaan tidak menjalankan sebarang operasi.
"Siasatan lanjut di premis berkenaan mendapati sebuah kawasan berbumbung telah dijadikan tempat mencuci tong-tong terpakai, air cucian termasuk sisa buangan berjadual telah dialirkan secara haram ke dalam parit yang terletak di belakang premis berkenaan.
"Siasatan turut mendapati tong-tong terpakai itu diperoleh di sekitar Klang dan tong yang telah dicuci akan dijual semula kepada kilang-kilang seperti kilang pembuatan bahan kimia bagi tujuan isian semula," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Tambah Nor Aziah, sisa buangan berjadual yang terdapat di dalam tong-tong terpakai di premis berkenaan telah diambil sebagai bahan bukti bagi tujuan pendakwaan.
Kata Nor Aziah, empat kertas siasatan telah dibuka ke atas pemilik premis berkenaan.
"Pemilik premis ini disiasat di bawah Seksyen 34A Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 kerana gagal mengemukakan laporan kesan kepada alam sekeliling akibat aktiviti yang ditetapkan, Seksyen 34B Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 kerana menempatkan buangan berjadual di premis tanpa mendapat apa-apa kelulusan, Seksyen 18(1) kerana menjalankan aktiviti di premis tanpa mendapat apa-apa lesen dan Seksyen 19(a) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 kerana menjalankan aktiviti di premis yang ditetapkan tanpa mendapat apa-apa kebenaran bertulis," katanya.
Beliau berkata peralatan mencuci yang digunakan turut dirampas di bawah Penahanan Operasi Kelengkapan di bawah Seksyen 39(1)(a) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 sehingga ke satu tarikh yang akan ditentukan kemudian.
"Orang ramai dialu-alukan untuk menjadi mata dan telinga JAS dan melaporkan sebarang aktiviti mencemarkan alam sekitar," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 11 2020

Nor Aziah Jaafar, Pengarah JAS Selangor. - Foto Facebook Jabatan Alam Sekitar
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Polis, JAS rampas RM3.8 bilion e-waste dari 2024 hingga 17 Feb
PDRM dengan kerjasama Jabatan Alam Sekitar menumpaskan kegiatan memproses e-waste secara haram di seluruh negara melibatkan nilai rampasan berjumlah RM3.8 bilion.

44 kilang e-waste haram diambil tindakan setakat hujung tahun lepas - Nik Nazmi
Jabatan Alam Sekitar telah mengambil tindakan terhadap 44 kilang memproses buangan elektronik (e-waste) haram sehingga 31 Dis lepas.

Sindiket proses e-waste haram di Pahang tumpas, babitkan rampasan RM410 juta
Pihak berkuasa berjaya menumpaskan sindiket memproses sisa elektronik (e-waste) dan buangan terjadual secara haram membabitkan nilai rampasan RM410 juta.

Operasi pemadaman stor simpanan bahan kitar semula di Segamat masuk hari ketiga
Kerja pemadaman kebakaran sebuah stor simpanan bahan kitar semula di Kampung Usaha Jaya, Labis, di sini yang memasuki hari ketiga hari ini.

Letupan kilang kimia: JAS siasat elemen cuai
Pengarah JAS Selangor, Nor Aziah Jaafar berkata, pihaknya akan menunggu kebenaran pihak bomba sebelum memasuki lokasi tersebut.

Pegawai JAS tanpa punca kuasa, justifikasi cuba lepaskan kontena e-waste - EAIC
EAIC mengemukakan syor tindakan tatatertib terhadap pegawai JAS yang terlibat dan penambahbaikan Prosedur Tetap Operasi (PTO) serta Arahan Tetap Operasi Penguatkuasaan (ATOP).

Op Gempur: JAS Pulau Pinang periksa 250 premis, loji kumbahan sepanjang 2024
Sebanyak 250 premis dan loji kumbahan diperiksa Jabatan Alam Sekitar (JAS) Pulau Pinang sepanjang tahun ini menerusi 12 siri Op Gempur melibatkan semua lima daerah dalam negeri ini.

Pengurus dan penyelia kilang ditahan kes pencemaran sungai di Pasir Gudang
Jabatan Alam Sekitar (JAS) menahan pengurus dan penyelia sebuah kilang oleokimia di Kawasan Perindustrian Pasir Gudang semalam, bagi membantu siasatan kes pencemaran Sungai Buloh.

128 kenderaan diesel diperiksa dalam Op Gerak JAS di Kedah
Jabatan Alam Sekitar (JAS) Kedah memeriksa 128 kenderaan diesel dalam Op Gerak Kenderaan Bermotor Peringkat Kebangsaan bersempena dengan Sambutan Hari Ozon Sedunia Tahun 2024.

500 terumbu karang tanduk rusa dibiak semula di Pulau Jemuruk
Sebanyak 500 terumbu karang jenis tanduk rusa atau nama saintifiknya Acropora berjaya dibiak semula ke habitat semula jadi di sekitar perairan Pulau Jemuruk, di Langkawi.