KUANTAN: Menteri Luar Datuk Seri Saifuddin Abdullah menasihatkan semua pihak supaya tidak memanjangkan nama atau isu berkaitan lantikan duta yang tular di media sosial sejak kebelakangan ini kerana ia tidak membantu dari segi hubungan baik Malaysia dengan negara luar.
Beliau juga berkata Wisma Putra tidak membuat sebarang pengumuman berkaitan nama calon yang sedang dipertimbangkan untuk dilantik sebagai ketua perwakilan Malaysia di luar negara.
"Lazimnya, lantikan ini (ketua perwakilan Malaysia) dibuat melalui saluran diplomatik dan di Malaysia, kita hanya akan tahu apabila semuanya telah selesai dan diumumkan dengan cara yang baik dan mudah-mudahan menghasilkan hubungan bilateral yang baik," katanya.
Saifuddin yang juga Ahli Parlimen Indera Mahkota berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Agung Koperasi Reflisia Timur Berhad di dewan KRT Cenderawasih di sini hari ini.
Tanpa menyebut mana-mana nama pada sidang media itu, Saifuddin berkata proses lantikan boleh mengambil masa antara tiga ke enam bulan dan pelantikan itu adalah rasmi apabila individu berkenaan menerima watikah pelantikan daripada Yang di-Pertuan Agong.
Mengulas mengenai lantikan ketua perwakilan Malaysia di luar negara, Saifuddin berkata terdapat dua kategori mereka yang boleh dilantik iaitu dalam kalangan pegawai perkhidmatan diplomatik dan bukan dalam kalangan pegawai diplomatik yang boleh meliputi bekas menteri, bekas pegawai kerajaan dan Ahli Parlimen yang masih berkhidmat.
Ditanya mengenai kriteria yang membolehkan mereka bukan daripada pegawai perkhidmatan diplomatik mengisi jawatan itu, Saifuddin berkata ia melibatkan mereka yang difikirkan boleh mendatangkan hubungan baik antara kedua-dua negara selain pengalaman individu berkenaan.
"Amalan ini berlaku di banyak negara dan apabila kita memilih seorang calon, ia harus melalui proses penilaian yang ketat dan telus yang mana setiap calon akan melalui tapisan keutuhan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan beberapa agensi kerajaan yang lain.
Setelah selesai tapisan, barulah nama calon itu akan dikemukakan ke negara penerima melalui saluran diplomatik, yang seterusnya (nama calon) akan menjalani proses kelulusan mengikut dasar dan polisi negara tersebut sebelum diperakui. Ini bermaksud ada dua tapisan perlu dilalui," katanya.
Di sesetengah negara termasuk Malaysia, nama calon yang diterima dari negara luar akan dikemukakan ke Kabinet oleh Menteri Luar untuk dipertimbangkan manakala terdapat negara yang menetapkan supaya perkara itu memerlukan kelulusan Parlimen.
Saifuddin berkata di bawah Konvensyen Vienna mengenai Hubungan Diplomatik, negara penerima mempunyai hak mutlak untuk mempertimbangkan calon tanpa memaklumkan sebab kepada negara penghantar jika mereka menolak cadangan nama calon berkenaan.
"Dalam kebanyakan keadaan, penolakan sesebuah negara terhadap sebarang pencalonan adalah disebabkan oleh prinsip yang dipegang negara itu dan bukanlah disebabkan oleh calon tersebut dan bukan juga atas status hubungan diplomatik. Masing-masing negara ada kaedah dan kriteria tersendiri," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jan 15 2022
Saifuddin berkata Wisma Putra tidak membuat sebarang pengumuman berkaitan nama calon yang sedang dipertimbangkan untuk dilantik sebagai ketua perwakilan Malaysia di luar negara. - Gambar fail/Wisma Putra
Lagi rakyat Malaysia ditahan di Sungai Golok, dipercayai pengedar dadah
Polis Thailand menahan seorang lelaki rakyat Malaysia kerana disyaki mengedar pelbagai jenis dadah dianggarkan bernilai RM120,000 dalam serbuan di sebuah premis di pekan Sungai Golok.
PGA Sarawak rampas rokok, arak tanpa cukai bernilai lebih RM3 juta
Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Sarawak berjaya merampas rokok dan minuman keras tanpa cukai bernilai lebih RM3 juta dalam Op Taring Alpha yang dijalankan di bandar raya ini pada Jumaat lepas.
Rakyat Johor manfaat cuti hujung minggu baharu luang masa bersama keluarga
Rakyat Johor memanfaatkan cuti hujung minggu baharu pada Sabtu dan Ahad dengan meluangkan masa beriadah dan mengunjungi tempat menarik bersama keluarga.
AWANI Ringkas: Sarawak ambil alih Maswings
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Gegar Vaganza: 20 tahun ‘gantung’ mikrofon, Illa Sabry janggal naik pentas
Peserta program realiti Gegar Vaganza musim ke-11, Illa Sabry mengakui pada awalnya janggal membuat kemunculan semula.
10 wartawan terkorban di Gaza pada Disember 2024
Sepuluh wartawan Palestin terbunuh dalam serangan Israel ke atas Semenanjung Gaza pada Disember 2024, lapor Agensi Anadolu (AA) memetik sebuah kumpulan media pada Sabtu.
Dua bekas pengarah didenda guna wang syarikat bayar bonus diri sendiri
Dua bekas pengarah syarikat didenda sebanyak RM100,000 setiap orang setelah mengaku bersalah menggunakan wang syarikat sebagai pembayaran bonus kepada diri sendiri, tanpa kelulusan.
Amaran hujan berterusan di empat negeri ditamatkan - MetMalaysia
Amaran hujan berterusan tahap waspada di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor yang dikeluarkan pada 1 Jan lepas, kini ditamatkan.
Sarawak negeri tunggal wujud pusat sehenti bantu tangani penyalahgunaan dadah
Sarawak satu-satunya negeri yang mempunyai pusat sehenti (OCS) bagi membantu menangani masalah penyalahgunaan dadah dengan lebih berkesan.
UNIFIL kecam tindakan Israel musnahkan menara pemerhati Lubnan
Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL) pada Sabtu mengecam tindakan tentera Israel memusnahkan menara pemerhati tentera Lubnan.
Menteri Luar Malaysia, Turkmenistan adakan perbincangan menjelang lawatan presiden
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan telah bertemu rakan sejawatnya dari Turkmenistan, Rashid Meredow, bagi membincangkan isu-isu dua hala yang menjadi kepentingan bersama.
Mohamad Hasan bertemu Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi
Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan pertemuan dengan Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi Dr Tawfiq Fawzan Al-Rabiah.
Argentina lantik Menteri Luar baharu selepas undian PBB mengenai sekatan terhadap Cuba
Duta Argentina ke Amerika Syarikat Gerardo Werthein dilantik sebagai Menteri Luar yang baharu, kata jurucakap presiden Manuel Adorni.
Junta buka pintu rundingan, Malaysia sedia bantu selesai pergolakan di Myanmar
Menjadi tugas dan tanggungjawab Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN tahun depan, untuk kita menguruskan isu Myanmar, kata Menteri Luar.
Malaysia secara rasmi jalin hubungan diplomatik dengan Andorra
Andorra ialah sebuah negara kecil yang tidak mempunyai akses laut, terletak di pergunungan Pyrenees antara Sepanyol dan Perancis.
UNGA79: Menteri Luar Mohamad Hasan tiba di New York
Mohamad dijadual menyampaikan Kenyataan Negara sempena UNGA ke-79 pada 28 September ini.
Abbas Araqchi dilantik sebagai menteri luar baharu Iran
Parlimen Iran meluluskan pelantikan Seyyed Abbas Araghchi sebagai Menteri Luar baharu negara itu, lapor Agensi Berita Iran (IRNA).
Turkiye sasar jadi rakan dialog ASEAN - Menteri Luar
Ankara menyasarkan untuk menjadi rakan dialog Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN).
AMM/PMC: Menteri Luar Malaysia bincang dengan rakan rejawat dari Britain, Norway dan Kanada
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan bertemu dengan Setiausaha Luar British David Lammy di luar Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN dan Pasca Persidangan Menteri-Menteri Luar ASEAN ke-57 (AMM/PMC) p
Blinken dijadual adakan pertemuan dengan Wang Yi di Laos
Isu berkenaan situasi dan konflik di Myanmar mendominasi perbincangan dalam beberapa siri pertemuan Menteri Luar ASEAN.