IPOH: Mana-mana individu yang mahu mengajar agama di masjid dan surau di Perak masih perlu mendapatkan pentauliahan selain penceramah juga wajib memperoleh kelulusan berceramah daripada pejabat agama daerah.
Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) Harith Fadzilah Abdul Halim berkata individu berkenaan perlu akur kepada peraturan yang ditetapkan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) selaku pembuat dasar kepada agensi agama di negeri ini.
"Perak tetap dengan keputusan, kalau nak berceramah di dalam negeri ini dia ada dua keadaan. Satu, mengajar di masjid atau surau dia perlu tauliah, tetapi kalau nak berceramah dia perlu mendapat kebenaran dan kelulusan daripada pegawai tadbir agama daerah berkenaan.
"Bermakna kalau dia dapat kelulusan daripada pejabat agama daerah, ikut prosedur dia bolehlah ceramah. Maksudnya kalau dia penceramah terkenal pun dia tetap kena (dapatkan kelulusan pejabat agama daerah)," katanya kepada pemberita selepas Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2023 JAIPk bersama Persatuan Cina Muslim Ipoh di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada Perak akan mengikut langkah Pahang yang memberi pengecualian tauliah mengajar agama Islam di negeri itu kepada beberapa tokoh agama dan pendakwah.
Pada 9 Mei lepas, media melaporkan 13 tokoh agama dan pendakwah diberikan pengecualian tauliah mengajar agama Islam di Pahang.
Menurut sepucuk surat pekeliling ditandatangani Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang Datuk Ahmad Hairi Hussain kesemua yang diberi pengecualian tidak perlu memohon Perakuan Kebenaran Mengajar Agama Islam untuk mengajar agama atau berceramah di negeri itu.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 14 2023

Semua pihak perlu akur kepada peraturan yang ditetapkan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) selaku pembuat dasar kepada agensi agama di negeri ini. - Gambar fail
Pemimpin Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala sokong rakyat Gaza
Pemimpin Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian ketika lawatannya ke Tehran pada Rabu.

Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf
Mangsa lelaki tempatan berusia 47 tahun ditemui dalam keadaan terapung oleh orang awam pada jarak 100m dari lokasi motosikalnya diparkir.

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Perak larang penjualan, penggunaan minuman keras di lokasi sambutan Thaipusam
Perak melarang penjualan dan penggunaan minuman keras di semua lokasi perarakan pedati semasa sambutan Thaipusam di Kuil Sri Subramaniar di Gunung Cheroh, dari 10 hingga 12 Feb ini.

Pekerja syarikat sewa kereta tidak mengaku potong tangan
Seorang pekerja syarikat kereta sewa mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ipoh pada Khamis atas pertuduhan menyebabkan kecederaan parah terhadap seorang lelaki sehingga putus tangan.

Bekas ADUN lapor polis khatib masjid tidak baca teks khutbah Jumaat JAIPk
Bekas ADUN Titi Serong, Hasnul Zulkarnain Abd Munaim membuat laporan polis berhubung dakwaan khatib sebuah masjid di Teluk Intan tidak membaca teks khutbah Jumaat yang disediakan.

Tahun Baharu Cina: Hampir 3 juta kenderaan dijangka memasuki Perak
Nor Sham berkata jumlah trafik ke utara tanah air melalui Perak akan mengalami peningkatan bermula 27 dan 28 Jan.

Banjir di Johor beransur pulih, Pahang tidak catat perubahan ketara, Perak kekal
Di Johor, jumlah mangsa banjir berkurangan kepada 1,860 orang setakat 4 petang ini berbanding 2,498 orang yang direkodkan pagi tadi.

Gopeng Glamping Park terima pensijilan SIRIM bagi keselamatan aktiviti riadah
Ia menerima Sijil SIRIM ISO 21101:2014 untuk sistem pengurusan keselamatan pelancongan pengembaraan bagi aktiviti berasaskan air dan darat.

Perak catat lebih 8.4 juta kedatangan pelancong, atasi sasaran 8.3 juta
Soal selidik Tourism Malaysia juga menunjukkan sehingga September 2024, seramai 627,292 pelancong antarabangsa telah melawat negeri Perak.

Banjir: Jumlah mangsa di Perak meningkat, situasi di Terengganu dan Pahang kian pulih
Jumlah mangsa banjir di Perak meningkat petang ini manakala situasi bencana itu di Terengganu dan Pahang kian pulih.

PAFA pertama lantik Pengarah SPRM ketuai Jawatankuasa Integriti
PAFA pertama lantik Pengarah SPRM ketuai Jawatankuasa Intergriti

Perak berpotensi baik sebagai penyumbang ekonomi negara - Rafizi
Perak mempunyai potensi baik berbanding negeri lain sebagai penyumbang ekonomi negara, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.