Bagaimanapun Menterinya, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir berkata, pihaknya sedang berusaha mendapatkan maklumat mengenai pelajar yang melanjutkan pelajaran dengan tidak berdaftar di negara itu.
"Kita tidak mempunyai pelajar yang berdaftar (di Lubnan), kita belum mendapat maklumat (sekiranya ada pelajar) yang belajar itu yang tidak berdaftar.
"Tapi berdasarkan laporan daripada EMS kita yang pelajar-pelajar di Lubnan tidak ada, melainkan mereka tidak daftar,” katanya ketika ditemui pemberita selepas program In Person with Doc. Zam: Tips & Tricks for Freshies sempena Minggu Apresiasi Watan (MAW) Sesi 2024/2025 di Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), di sini pada Ahad.
Dalam pada itu, Zambry memberitahu, pelbagai langkah diambil Kementerian Luar untuk mengesan rakyat Malaysia termasuk pelajar secara tidak rasmi melalui madrasah ataupun sistem persekolahan di negara itu.
"Saya percaya Wisma Putra akan mengambil langkah pantas bagi memastikan keselamatan rakyat Malaysia di sana,” katanya.
Media sebelum ini melaporkan, keadaan di Lubnan yang diserang Israel ketika ini sangat tegang dan rakyat Malaysia digesa segera meninggalkan negara itu.
Pihak Hizbullah pro-Iran turut melancarkan ratusan bedilan roket dan dron ke Haifa, bandar di utara Israel kelmarin namun tiada kecederaan jiwa dilaporkan setakat ini.