KOTA BHARU: Menteri Tenaga dan Sumber Asli Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata setakat ini tiada negeri dilaporkan melangkaui Catuan Tebangan Tahunan (CTT) yang ditetapkan kerajaan dan mengeluarkan lesen baharu bagi projek ladang hutan.
Beliau berkata perkara itu dicapai berikutan tindakan proaktif kerajaan yang sentiasa memberi tumpuan untuk melindungi khazanah alam negara.
"Walaupun hutan ini berada di bawah kerajaan negeri namun dari segi pentadbiran dan pengurusan, adalah di bawah Jabatan Perhutanan Negeri dan Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia di peringkat persekutuan yang mengawal setiap lesen pengeluaran.
"Kita tidak dapat menafikan ada juga pencerobohan haram kepada hutan berlaku namun pemantauan serta penguatkuasaan sering dilakukan untuk mengambil tindakan kepada pembalak haram ini," katanya.
Beliau berkata demikian selepas menziarahi bekas jurulatih Kelantan FA yang juga legenda penyerang prolifik negara era 90-an, Hashim Mustapha di kediamannya dekat Kampung Guchil Bayam, di sini hari ini.
Takiyuddin yang juga Ahli Parlimen Kota Bharu berkata tiada lagi ladang hutan baharu yang dikesan diberikan lesen oleh mana-mana negeri susulan pelaksanaan Moratarium Kelulusan Baharu Penubuhan Ladang Hutan dalam Hutan Simpanan Kekal (HSK) di Semenanjung Malaysia selama 15 tahun baru-baru ini.
"Kerajaan negeri mungkin membenarkan satu syarikat untuk membuat penanaman semula ladang hutan dan ia boleh tebang satu kawasan dan tebangan ini dipanggil 'cuci mangkuk', kemudian syarikat itu kena tanam.
"Jadi sekarang ini saya boleh mengesahkan bahawa tidak ada lagi ladang hutan baharu yang dikeluarkan lesen, bila tidak ada lesen baharu ia bermakna tidak ada lagi penerokaan hutan," katanya.
Sementara itu, Takiyuddin berkata sebanyak 27 juta pokok pelbagai spesies telah ditanam di seluruh negara pada tahun lepas menerusi Program Penghijauan Malaysia melalui Kempen Penanaman 100 Juta Pokok 2021-2025.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 06 2022

Takiyuddin berkata tiada lagi ladang hutan baharu yang dikesan diberikan lesen oleh mana-mana negeri susulan pelaksanaan Moratarium Kelulusan Baharu Penubuhan Ladang Hutan dalam Hutan Simpanan Kekal (HSK) di Semenanjung Malaysia. - Gambar fail

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Banyak idea baharu lahir dari Sesi Permukiman Jemaah Menteri - TPM Ahmad Zahid
Setiap pandangan yang dikongsi pada sesi itu, adalah cerminan keprihatinan dan komitmen kerajaan dalam mencorak masa depan lebih cerah.

Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Berdasarkan prestasi kukuh KWSP pada suku ketiga 2024, pencarum boleh mengharapkan berita gembira berkaitan agihan dividen yang lebih baik bagi tahun 2024 berbanding tahun sebelumnya.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Mana ada negara di dunia masyarakat berbilang kaum hidup aman' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tidak ada negara di dunia selain Malaysia mempunyai masyarakat berbilang kaum dan budaya yang hidup aman damai. Keupayaan Malaysia terdiri daripada seluruh pekerja dan rakyat Malaysia. #AWANInews
'Tanggungjawab kita adalah untuk menyantuni' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa merasmikan Alamanda berwajah baru berkata tanggungjawab kita untuk menyantuni pelbagai kaum dengan menghormati dan kenal perbezaan antara kaum. #AWANInews

Alec Baldwin akui mental merosot selepas tragedi tembakan
Baldwin mengaku bergelut dengan emosi yang tidak stabil dan kesihatan mental yang terjejas.

Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Allahyarham dibawa dari kediamannya di Desa Seri Ampang ke Masjid An Nur Desa Seri Ampang untuk dimandi dan disolatkan.

Jualan 'gummy' dalam talian masih aktif
Produk ini dijual pada harga serendah RM6.50 sebalang dan mendapat sambutan hangat.

Balak dikeluarkan dahulu sebelum Empangan Nenggiri dibina
Sumber mineral yang terdapat di kawasan empangan itu turut dibenarkan dibawa keluar oleh syarikat yang diberikan konsensi.

Tiada negeri langkaui CTT, keluarkan lesen baharu projek ladang hutan setakat ini - Takiyuddin
Perkara itu dicapai berikutan tindakan proaktif kerajaan yang sentiasa memberi tumpuan untuk melindungi khazanah alam negara.

Pekerja balak mengamuk bakar kereta polis direman tujuh hari
Seorang pekerja balak warga Indonesia yang dipercayai membakar kereta peronda polis ketika mengamuk di Kampung Selengkong Nenasi, Pekan, pada Sabtu direman tujuh hari.

Enam lori balak diarah berpatah balik
Enam lori yang membawa muatan kayu balak diarah berpatah balik ke pusat pengumpulan bagi menyusun semula balak.

Konsesi balak Lenggeng tiada kaitan dengan YNS - SPRM N.Sembilan
Sebaliknya, konsesi balak di kawasan tersebut telah diberikan kepada syarikat lain yang tiada kaitan dengan YNS pada 2013.

Mayat pemandu treler balak terbalik dalam tasik ditemui
Pemandu yang dikhuatiri lemas selepas treler balaknya terbalik ke dalam tasik di Kilometer 47, Jalan Lojing-Gua Musang, di sini, semalam, ditemui maut terperangkap dalam kenderaan itu, hari ini.

Isu pembalakan haram: Pihak berkuasa didakwa 'tutup mata'
Pihak berkuasa didakwa tidak mengambil tindakan tegas terhadap aktiviti pembalakan haram meskipun ia telah berlanjutan sejak bertahun lalu.

Tiada aktiviti pembalakan pada musim tengkujuh - Perhutanan Kelantan
Jabatan Perhutanan Kelantan mengesahkan tiada aktiviti penerokaan tanah dan pembalakkan pada musim tengkujuh dan banjir baru-baru ini.

Jabatan Hutan Sarawak guna teknologi hiperspektral banteras pembalakan haram
Unit Pengesanan Udara Sarawak (SADU) yang beroperasi berasaskan teknologi "remote sensing" menerusi penggunaan Teknologi Hiperspektral pertama di Malaysia.

Remaja perempuan pulang sekolah maut, rakan parah bertembung lori balak
Seorang remaja perempuan maut, manakala rakannya parah selepas motosikal mereka bertembung dengan lori membawa muatan balak.