SEREMBAN: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Sembilan menjelaskan bahawa siasatan isu konsesi balak di kawasan Lenggeng di sini tidak melibatkan Yayasan Negeri Sembilan (YNS) sebagaimana yang didakwa segelintir pihak.
Pengarah SPRM Negeri Sembilan Mohamad Zakkuan Talib berkata sebaliknya, konsesi balak di kawasan tersebut telah diberikan kepada syarikat lain yang tiada kaitan dengan YNS pada 2013.
“Sebagaimana yang dimaklumkan semalam, SPRM Negeri Sembilan bukan sahaja menyiasat isu konsesi balak di kawasan Lenggeng namun, turut menyiasat keseluruhan kawasan konsesi balak melibatkan YNS sejak 2014 lagi.
“Ini kerana SPRM Negeri Sembilan menyiasat segala aduan pembalakan yang mempunyai unsur rasuah dan salah guna kuasa sehingga mengakibatkan kesan buruk kepada ekosistem tadahan air serta jalan di kawasan terlibat,” katanya dalam kenyataan malam tadi.
Justeru, beliau berharap semua pihak jelas dan tidak membuat sebarang spekulasi berhubung perkara itu kerana siasatan masih dijalankan.
Pada Khamis, SPRM Negeri Sembilan dilaporkan telah membuka kertas siasatan berhubung isu salah guna kuasa dan penyelewengan konsesi balak melibatkan YNS.
Pada 16 April lepas, Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun berkata kerajaan Negeri Sembilan akan memberi kerjasama kepada SPRM selain tidak akan berkompromi dalam hal tersebut.
Kenyataan Aminuddin itu dibuat susulan sehari sebelumnya, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Seremban Zool Amali Hussin dilaporkan mendesak supaya kerajaan negeri menghentikan kerja pembalakan seluas 500 hektar di kawasan Lenggeng yang didakwa melibatkan sebuah yayasan di negeri ini.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 23 2021

SPRM Negeri Sembilan menyiasat segala aduan pembalakan yang mempunyai unsur rasuah dan salah guna kuasa sehingga mengakibatkan kesan buruk kepada ekosistem tadahan air serta jalan di kawasan terlibat. - Gambar hiasan

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Azmi Kamaruzaman dilantik Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM yang baharu
Datuk Azmi Kamaruzaman dilantik sebagai Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) suruhanjaya berkenaan berkuat kuasa 13 Februari lepas.

Op Sky: Tiga selebriti hadir ke SPRM esok
Tiga selebriti akan hadir memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Khamis, bagi membantu siasatan membabitkan sindiket syarikat perunding kewangan.

'Saya tidak pernah jejak Ambank untuk lakukan rasuah' - Najib
Bekas PM, Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu Mahkamah Tinggi KL bahawa, beliau tidak pernah menjejakkan kaki di Ambank Jalan Raja Chulan, di ibu negara untuk melakukan jenayah.

Perolehan projek mineral: SPRM sahkan bekas CEO Sabah Mineral Management dirakam percakapan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan memanggil bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sabah Mineral Management (SMM) Sdn Bhd, Jontih Enggihon bagi membantu siasatan.

SPRM berusaha kesan Mohamad Faizul Kamaruddin bantu siasatan kes
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang berusaha mengesan seorang lelaki bagi membantu siasatan.

Op Favish: SPRM beku akaun persendirian, syarikat Vivy dan Fadza bernilai kira-kira RM1.1 juta
SPRM membekukan beberapa akaun bank persendirian dan syarikat milik pengasas platform e-dagang, FashionValet, Datin Vivy Yusof dan Datuk Fadzaruddin Shah Anuar bernilai kira-kira RM1.1 juta.

Bekas eksekutif syarikat petroleum dan gas direman terima rasuah RM370,000
Seorang bekas eksekutif kanan sebuah syarikat petroleum dan gas ditahan reman SPRM di ibu negara, pada Selasa selepas dipercayai meminta dan menerima rasuah dianggarkan RM370,000.

SPRM bertindak tanpa rasa takut, pilih kasih
SPRM dalam kenyataan memaklumkan setiap tindakan penguatkuasaan yang dijalankan adalah tanpa rasa takut atau pilih kasih.

Terima rasuah RM10,000: Dua penjawat awam ditahan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kelantan menahan dua penjawat awam kerana disyaki menerima rasuah sebanyak RM10,000.

Rasuah: Bekas pengurus bank ditahan SPRM
Seorang bekas pengurus bank ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kelantan hari ini bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah.