Ketua Polis Kelantan Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata polis ada menerima maklumat itu daripada seorang lelaki yang ketika itu berada di beranda rumahnya di kampung tersebut dan mendakwa terdengar bunyi kuat di ruang udara dipercayai sebuah pesawat jet pada 1.30 pagi tadi.
Beliau berkata pada 9.15 pagi tadi, polis mengesan beberapa komen di laman sosial berkaitan letupan dan gegaran itu yang telah menjadi tular.
"Kejadian itu tidak ada dan orang ramai dinasihatkan agar jangan membuat sebarang spekulasi yang boleh menggusarkan masyarakat berkaitan sesuatu yang tidak benar," katanya dalam kenyataan hari ini.
-- BERNAMA