KUALA LUMPUR: Tiada kuota berkaitan kaum dalam pengambilan calon untuk menganggotai Angkatan Tentera Malaysia (ATM), kata Panglimanya Jen Tan Sri Affendi Buang.
Beliau berkata stigma masyarakat bahawa hanya satu-satu kaum sahaja diberi peluang dalam pasukan keselamatan itu adalah tidak tepat kerana pengambilan untuk perkhidmatan itu berdasarkan permohonan yang menepati syarat-syarat ditetapkan.
"ATM tidak pernah menetapkan kuota mana-mana kaum semasa proses pemilihan dan pengambilan dilaksanakan, maka tidak timbul tanggapan bahawa ATM hanya untuk satu-satu kaum sahaja.
"Pemilihan juga dilaksana secara adil dan telus tanpa mengambil kira perbezaan kaum ataupun agama," katanya dalam wawancara khas sempena Hari ATM ke-88 di Wisma Perwira ATM, di sini, hari ini.
Menjelaskan perkara itu, Affendi berkata berdasarkan analisis kemasukan, terdapat 20 hingga 25 peratus kemasukan calon bukan Melayu menyertai Perajurit Tentera Darat setiap tahun sejak dari 2017 hingga 2020.
"Perajurit Muda Tentera Laut Diraja Malaysia pula dari 2016 hingga 2020 menunjukkan peningkatan kepada 18 peratus.
"Bagi Tentera Udara Diraja Malaysia pada 2019 pula, permohonan kemasukan adalah sebanyak 19.5 peratus daripada jumlah permohonan keseluruhan dan pada tahun lepas sebanyak 24 peratus daripada jumlah keseluruhan permohonan," katanya.
Affendi berkata sehingga kini, peratusan bukan Melayu yang berkhidmat dalam ATM adalah sebanyak 14.49 peratus daripada jumlah keseluruhan kekuatan angkatan itu.
"Walaupun penyertaan daripada kaum bukan Melayu dilihat tidak ramai, namun peranan dan sumbangan yang diberikan oleh mereka bagi memastikan keamanan, keselamatan dan kedaulatan negara amat bermakna dan membanggakan," katanya.
Beliau berkata ATM pada masa sama komited meneruskan usaha menarik minat para belia tanpa mengira agama dan kaum untuk menyertai pasukan keselamatan itu.
"Ia termasuk melaksanakan promosi secara dalam talian dan meluaskan hebahan media sosial seperti di laman Facebook, Instagram dan Twitter mahupun laman sesawang dari setiap perkhidmatan.
"Selain itu, aktiviti promosi turut diadakan dengan mengadakan pameran dan ceramah kerjaya di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil, selain di universiti, anjuran Kementerian Pertahanan, agensi awam dan swasta," katanya.
Beliau berkata usaha turut dilakukan dengan mengedar brosur serta risalah ke sekolah-sekolah dan lain-lain pertubuhan berkaitan, bagi memupuk minat dan menyalurkan maklumat tentang peluang dan kelebihan menyertai ATM.
"ATM turut berhubung rapat dengan agensi kerajaan, wakil rakyat selain badan bukan kerajaan dan pelbagai persatuan bagi menggalakkan aktiviti promosi serta pengambilan sumber manusia ATM," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 17 2021
"Pemilihan juga dilaksana secara adil dan telus tanpa mengambil kira perbezaan kaum ataupun agama," kata Panglima ATM Jen Tan Sri Affendi Buang. - Foto BERNAMA
Tiga suspek rempuhan masih diburu, identiti dikenal pasti
Tiga individu berkenaan dikenali sebagai M Devindran berusia 25; M Ranjith, berusia 19 tahun; dan M Lavindran berusia 27 tahun.
Taiwan larang penggunaan Deepseek
Taiwan melarang pekerja sektor awam dan kemudahan infrastruktur utama daripada menggunakan enjin kecerdasan buatan (AI), Deepseek dengan dakwaan produk China itu boleh mengancam keselamatan negara.
Trudeau ancam tindakan segera terhadap cadangan tarif AS
"Tiada siapa - di kedua-dua belah sempadan - yang mahu melihat tarif Amerika ke atas barangan Kanada."
Nanta minta JKR pantau pergerakan tanah di Temalat
Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi meminta JKR Sarawak untuk memantau pergerakan tanah di lokasi tanah runtuh di Jalan Song-Temalat-Kanowit, Song.
Tiga lagi tebusan warga Israel dibebaskan Hamas
Perjanjian gencatan senjata di Gaza antara Hamas-Israel diteruskan dengan pembebasan tiga warga Israel pada Sabtu.
Nahas Philadelphia: Enam orang disahkan berada dalam pesawat
Enam individu berada di dalam pesawat kecil yang terhempas di Philadelphia, menurut Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA), selepas pada mulanya melaporkan hanya dua orang berada di dalam pesawat, lapor agensi berita Jerman (dpa).
Hamas serahkan dua tebusan Israel kepada wakil ICRC - Laporan
Hamas membebaskan dua tebusan Israel, Ofer Calderon dan Yarden Bibas, dengan menyerahkan mereka kepada wakil Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC).
PAUiTM dan Boustead Hotels & Resorts tandatangani Nota Kerjasama, perkukuh jaringan strategik
Persekutuan Alumni UiTM Malaysia dan Boustead Hotels & Resorts secara rasmi menandatangani Nota Kerjasama bagi memperkukuh jaringan strategik.
NADMA diminta terus pantau tahap kesiapsiagaan agensi terlibat hadapi bencana - Ahmad Zahid
Kerajaan menyediakan peruntukan awal kepada semua negeri dan agensi tindak balas bagi tujuan pengoperasian semasa Monsun Timur Laut 2024/2025.
AWANI Ringkas: Jumlah PPS di Sarawak bertambah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Mindef beri perhatian perumahan, pendidikan warga ATM tahun ini
Kementerian Pertahanan (Mindef) akan memperkasakan aspek kesejahteraan warganya dengan memberi tumpuan kepada aspek keselesaan tempat tinggal dan pendidikan pada tahun ini.
RM12 bilion perolehan aset ATM tahun ini - Mindef
Sebanyak RM12 bilion diperuntukkan kepada Angkatan Tentera Malaysia untuk perolehan aset bagi meningkatkan keupayaan pertahanan negara pada tahun ini.
ATM laksana lima tindakan jangka panjang tangani kes penganiayaan di ALK
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan melaksanakan lima tindakan jangka panjang bagi menangani kes penganiayaan dalam kalangan pegawai kadet Akademi Latihan Ketenteraan (ALK).
Banjir: Keselamatan sempadan negara di tahap tertinggi - Ahmad Zahid
Beliau berkata kawalan di sempadan tetap berjalan seperti biasa membabitkan penugasan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
[KOLUMNIS] Perolehan aset terpakai: Pilihan praktikal pertahanan
Pembelian aset terpakai ini terbukti mampu menawarkan jalan tengah yang pantas dan efektif.
Penceramah motivasi dakwa diugut, dikasari pegawai kaunseling ATM
Seorang penceramah yang juga pesara pegawai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) membuat laporan polis selepas mendakwa diugut dan dikasari pegawai ATM pada satu program ceramah motivasi di Dewan Tun Templ
Enam anggota MALBATT yang cedera selamat tiba di Kem Marakah - ATM
ATM berkata, Pasukan UNIFIL sedang menyiasat serangan letupan di Beirut pada Khamis yang melibatkan konvoi MALBATT 850-12.
ATM siasat dakwaan pegawai UPNM ditekap seterika oleh senior
ATM menegaskan siasatan akan dilaksanakan dengan terperinci dan tidak akan melindungi serta berkompromi terhadap mana-mana pihak yang terlibat.
56 petugas media tempatan selami kehidupan anggota TUDM selama 24 jam
Antara aktiviti dan cabaran yang dilaksanakan sepanjang dua hari program berlangsung ialah 'Menembak Raifal dan Pistol', 'Latihan Merentas Halangan dan Latihan Menara Abseiling.
Kontrak sewa Black Hawk mungkin terbatal
Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata pihak ATM akan mencari alternatif lain bagi menggantikan kontrak sewaan berkenaan.