Kerajaan ketika ini tidak melihat keperluan untuk mewajibkan semua ahli parlimen untuk mengisytiharkan harta masing-masing kepada umum.
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Paul Low berkata, ia kerana langkah berkenaan tidak semestinya berkesan dalam usaha menangani rasuah.
Jelas beliau, biarpun harta diisytiharkan namun lazimnya aset akan dipindahkan ke akaun berbeza di bawah nama berlainan.
"Sejujurnya saya boleh kata saya ada RM10,000 dalam simpanan saya tetapi saya mungkin ada aset-aset lain yang bukan di bawah nama saya."
"Saya telah banyak melihat pengisytiharan harta di Amerika Syarikat dan sebagainya dan mendapati ramai yang memindahkan keluar aset mereka.
"Jadi ini bukannya penyelesaian terbaik untuk menangani isu ini." katanya ketika ditanya sama ada ahli parlimen perlu mengisytiharkan harta dalam satu sesi pada Persidangan Anti-Rasuah Antarabangsa (IACC) kali ke-16 di sini hari ini.
Sementara itu, Presiden Transparency International Malaysia, Datuk Akhbar Satar berpendapat langkah itu perlu bagi meyakinkan rakyat.
"Saya rasa tidak salah jika kita ikhlas dan berjuang untuk rakyat. Jadi pada mula jadi ahli parlimen ketika dan seterusnya kita isytihar harta supaya masyarakat tahu kita ikhlas, telus dan berkhidmat untuk rakyat," katanya ketika ditemui Astro Awani.
Ketika ini ahli parlimen hanya mengisytiharkan harta kepada perdana menteri dan Suruhanjaya Pencagahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Tan Su Lin
Wed Sep 02 2015

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Paul Low berkata, ia kerana langkah berkenaan tidak semestinya berkesan dalam usaha menangani rasuah. - Foto Bernama

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Sarawak serius perangi rasuah dalam pembalakan - Adenan Satem
Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem, berkata, sejak mengambil alih tampuk pentadbiran negeri itu 15 bulan lalu, pelbagai dasar baharu dilaksanakan dalam usaha memerangi aktiviti haram itu.

Persepsi rakyat terhadap SPRM tidak terjejas - Mustafa
Menurut SPRM, persepsi positif rakyat terhadap agensi itu menunjukkan peningkatan daripada 54 peratus kepada 68 peratus ketika ini.

Tiada keperluan untuk wajibkan ahli parlimen isytihar harta - Paul Low
Kerajaan ketika ini tidak melihat keperluan untuk mewajibkan semua ahli parlimen untuk mengisytiharkan harta masing-masing kepada umum.

SPRM, polis dan Bank Negara boleh siasat sebarang isu tanpa kelulusan Kabinet - Paul Low
SPRM, polis dan Bank Negara boleh menjalankan siasatan terhadap mana-mana isu tanpa kelulusan Kabinet atau Perdana Menteri, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Paul Low.

Najib dinasihatkan tidak hadir Persidangan Antirasuah - Paul Low
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dinasihatkan agar tidak hadir pada Persidangan Antirasuah Antarabangsa (IACC) di Putrajaya, kata Senator Datuk Paul Low.

SPRM kongsi pengalaman melalui IACC - Mustafar
SPRM akan berkongsi pengalaman serta pendekatan yang diambil agensi itu dalam menangani rasuah di negara ini kepada peserta Persidangan Anti Rasuah Antarabangsa (IACC).