Jumlah kakitangan kerajaan sedia ada cukup, tidak lebih dan tidak kurang menurut Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Ali Hamsa.
Justeru tegasnya tiada rancangan malah keperluan untuk mengecilkan jumlah penjawat awam atas alasan menjimatkan perbelanjaan negara.
Kata beliau, jumlah ketika ini iaitu seramai 1.6 juta kakitangan seluruh negara adalah seperti ditetapkan kerajaan sejak 2012 selain memaklumkan pengambilan baharu hanya bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan kakitangan bersara.
“Kita tidak akan kurangkan jumlah penjawat awam sedia ada.
“Kerajaan memang prihatin, saya tegaskan sekali lagi kita punya definasi perkhidmatan awam berlainan berbanding negara-negara lain, setiap negara ada definasinya sendiri. Kita punya adalah secara keseluruhan, meliputi semua termasuk juga pasukan keselamatan tentera dan polis,” katanya ketika ditemui pada majlis penyerahan dan perasmian Dewan Rafulin di SMK Raja Muda Musa di sini hari ini.
Ketika ini kerajaan membelanjakan sekitar RM74 bilion setahun untuk menggaji penjawat awam di pelbagai sektor.
Pada Jumaat, Menteri Kewangan II Datuk Seri Johari Abdul Ghani menafikan pernah mengeluarkan kenyataan mengatakan terbeban daripada perbelanjaan yang diperuntukkan untuk membayar penjawat awam.
Menurut Ali, perbelanjaan tersebut akan diterjemah supaya dapat membawa pulangan besar kepada kerajaan dengan mengupayakan kakitangan awam supaya berupaya melakukan pelbagai bidang tugas.
“Kita kekalkan jumlah tapi dari segi peranan kita lihat ada beberapa jabatan yang dilihat tidak lagi relevan telah ditutup, misalnya jawatan penaip pun sudah sangat berkurangan. Malah kita minta supaya penjawat awam berupaya ‘multitasking.’
“Jadi melihat keperluan masa depan, jawatan-jawatan baru akan diwujudkan terutamanya dalam bidang teknologi maklumat dan kita cuma menempatkan semula kakitangan sedia ada,” maklumnya.
Justeru beliau berharap kakitangan awam dapat memberikan khidmat lebih baik daripada biasa supaya keberadaan mereka dapat menyumbang kepada peningkatan kecekapan perkhidmatan awam, tidak menjadi pembaziran yang perlu ditanggung kerajaan.
Ia juga selaras dengan hasrat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang menyatakan tahun 2017 sebagai waktu untuk penyampaian yang terbaik kepada rakyat.
Israr Khalid
Sat Feb 18 2017


Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

Usulkan undi percaya, pasti Belanjawan akan lulus - Johari
Johari berpandangan bahawa kebanyakan ahli Parlimen mempertikaikan keyakinan kerajaan dan bukan semata-mata mempolitikkan belanjawan.

Gaya hidup pemimpin UMNO yang mewah punca kekalahan BN - Ahmad Said
Gaya hidup pemimpin UMNO yang mewah dan terlalu elit itu menyebabkan mereka terpisah dari masyarakat.

Kerajaan kaji cukai ke atas Google dan Facebook
Kementerian Kewangan sedang menjalankan kajian terperinci berhubung cadangan pengenaan cukai ke atas syarikat teknologi gergasi dan media sosial seperti Google dan Facebook (FB).

Celik kewangan penting elak jadi mangsa penipuan
Membina keupayaan dan kecelikan kewangan dalam kalangan rakyat Malaysia adalah penting untuk mengelak lebih ramai menjadi mangsa penipuan melibatkan pelaburan haram.

LHDN, Kastam meterai MoU kongsi maklumat cukai
Kerjasama di bawah Strategi Lautan Biru Nasional (NBOS) itu, menerusi satu memorandum persefahaman, mampu meningkatkan kecekapan kutipan cukai di negara ini.

Isu BR1M-SSM: Menteri jamin tiada tercicir terima bantuan
Datuk Seri Johari Abdul Ghani memberi jaminan pemohon yang layak untuk mendapatkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) tidak akan tercicir daripada menerima bantuan itu.

Harga siling bahan bakar diumum setiap minggu mulai April
Harga siling bahan api akan diumumkan setiap minggu mulai April ini bagi memastikan pengguna mengetahuinya serta mengelak daripada berlaku keraguan.

Lebih 8.2 juta permohonan BR1M diterima sehingga 14 Februari
Sebanyak 8,277,391 permohonan Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) 2017 diterima sehingga 14 Februari lalu, ujar Menteri Kewangan II, Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

Tiada keperluan kurangkan jumlah penjawat awam KSN
Jumlah kakitangan kerajaan sedia ada cukup, tidak lebih dan tidak kurang menurut Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Ali Hamsa.