PUTRAJAYA: Kerajaan memberi jaminan tidak akan menaikkan tarif elektrik terhadap rakyat, biarpun jumlah keseluruhan kos subsidi bahan api itu bakal mencecah RM30 bilion, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Dalam sidang media di Bangunan Perdana Putra hari ini, Ahli Parlimen Tambun itu berkata, tarif elektrik bagaimanapun akan dinaikkan sedikit untuk kategori syarikat multinasional yang mengeksport produk ke luar negara.
Katanya lagi, butiran tentang kenaikan tarif itu akan diumumkan Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad dalam masa terdekat.
“Berdasarkan laporan NACCOL (Majlis Tindakan Sara Hidup Negara) semalam, kita memutuskan supaya cadangan awal untuk naikkan tarif elektrik itu tidak diteruskan, kerana kita akui ia akan membebankan rakyat, walaupun kita akui jika tidak ada apa apa dilakukan, ia akan memberi kesan kepada kewangan negara agak tinggi, iaitu RM30 bilion.
“Maka saudara Nik Nazmi, selaku menteri berkenaan akan buat pengumuman, jika dikenakan pun akan kepada syarikat multinasional yang eksport kerana tarif terlalu rendah buat mereka, dan subsidi itu tidak harus diberikan kepada syarikat gergasi yang untungnya tinggi,” katanya lagi.
BACA SEMUA BERHUBUNG KABINET KERAJAAN PERPADUAN DI SINI
Perdana Menteri berkata, kenaikan tarif itu tidak akan memberi kesan kepada rakyat secara amnya, termasuk syarikat industri kecil sederhana, syarikat pertanian, dan pengeluar makanan.
Mengulas lanjut, Anwar berkata, mesyuarat NACCOL semalam mengambil maklum tentang keperluan untuk menaikkan tarif tersebut, selepas mengambil kira beban kewangan kerajaan yang kian meninggi.
“Tetapi keputusan jelas, kita tidak akan membebankan rakyat. Jadi, keputusan kita ialah tidak menaikkan tarif elektrik, kecuali untuk mereka yang benar-benar kaya.
“Masalah dengan pemberian subsidi ini ialah ia dilihat tidak dilakukan dengan telus, sebaliknya dilihat hanya memberi keuntungan kepada golongan kaya. Maka saya berpandangan kita akan meningkatkan tarif secara berfasa untuk syarikat multinasional,” tambahnya.
Dalam pada itu Perdana Menteri berkata, beberapa inisiatif tambahan kini sedang diperhalusi kementerian dan agensi berkaitan.
Katanya lagi, mesyuarat NACCOL semalam turut menyentuh mengenai kekurangan bekalan barangan tertentu di pasaran, termasuk dari aspek struktur dan unjuran bekalan tersebut.
“Jadi, saya mencadangkan agar FAMA (Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan) untuk memberi laporan penuh, serta langkah yang dirasakan perlu untuk menangani masalah ini.
“Anda pun sedia maklum tahun lepas tentang masalah yang melanda golongan pekebun di Cameron Highlands, yang terpaksa melupuskan produk pertanian mereka kerana tiada pembeli, dan masalah pengangkutan. Jadi saya minta mereka (FAMA) lebih proaktif,” katanya lagi.
Firdaus Azil
Wed Dec 14 2022
PM Anwar berkata, tarif elektrik bagaimanapun akan dinaikkan sedikit untuk kategori syarikat multinasional yang mengeksport produk ke luar negara. - Gambar fail
Google Gemini bakal bawa ciri iOS ke Android
Pembangun bebas melakukan apa sahaja pada notifikasi yang dipaparkan, seperti meletakkan butang jeda, butang henti, butang merakam, akses pantas membalas mesej, dan pelbagai lagi.
Tunggakan bil elektrik cecah RM1.01 bilion - Akmal Nasir
Timbalan Menteri PETRA, Akmal Nasrullah Mohd Nasir, berkata angka ini meningkat berbanding tahun 2023, yang mencatatkan 464,076 akaun dipotong dengan tunggakan sebanyak RM945,435,794.07.
Hyundai Motor umum pelaburan RM2.14 bil di Malaysia - Laporan
Hyundai Motor Co mengumumkan rancangan untuk melabur hampir AS$479 juta di Malaysia dalam tempoh lima tahun bermula 2025.
AWANI Ringkas: Pembinaan LCS siap akhir tahun, ikut jadual kontrak
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Tunggakan bil elektrik cecah RM1.01 bilion - Akmal Nasir
Jumlah akaun dan tunggakan bil elektrik yang terlibat dalam proses pemotongan bekalan terus meningkat.
[KOLUMNIS] Belanjawan 2025 merealisasi agenda ‘Reformasi’ kebajikan veteran tentera
Ini adalah kali pertama tuntutan para veteran ini diselesaikan kerajaan selepas berjuang menuntut pelarasan ini sejak sekian lama.
Adik Zaliha Mustafa meninggal dunia
Adik kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa, Shamsiah binti Mustafa dilaporkan meninggal dunia pada jam 1.10 pagi Selasa.
Perkhabaran duka itu dimaklumkan Zaliha, menerusi semua platform media sosial rasmi beliau.
Perkhabaran duka itu dimaklumkan Zaliha, menerusi semua platform media sosial rasmi beliau.
Pekerja Islam berdepan diskriminasi solat Jumaat diminta buat aduan - Exco
Pekerja beragama Islam yang berdepan isu diskriminasi untuk menunaikan kewajipan solat Jumaat bermula 1 Jan tahun depan diminta membuat aduan.
Lebih 2,000 alumni bakal sertai Malam Alumni UM 2024
Aktiviti ini dijangka memberi motivasi kepada pelajar baharu dan alumni muda untuk terus mencipta kejayaan dalam bidang masing-masing.
MediaTek lancar cip Dimensity 8350
Ia dihasilkan menggunakan teknologi 4nm, hadir dengan empat teras CPU Cortex-A715, empat teras CPU Cortex-A510, GPU Mali-G615 MC6, dan NPU 780.
Tiada kenaikan tarif elektrik untuk rakyat - PM Anwar
Kerajaan memberi jaminan tidak akan menaikkan tarif elektrik terhadap rakyat, biarpun jumlah keseluruhan kos subsidi bahan api itu bakal mencecah RM30 bilion, kata PM Datuk Seri Anwar Ibrahim.