PENAMPANG: Polis mengesahkan bahawa tiada sebarang kejadian cubaan menculik kanak-kanak di daerah ini seperti yang ditularkan di Facebook baru-baru ini.
Ketua Polis Daerah Penampang, Superintenden Sammy Newton berkata, pihaknya telah menerima satu laporan polis berhubung dakwaan seorang kanak-kanak telah ditarik bahagian lengan oleh seorang individu yang tidak dikenali ketika berjalan di sebuah pasar raya di daerah ini pada Rabu.
"Hasil siasatan lanjut pihak polis mendapati ketika kejadian pengadu berada di sebuah kedai mencari barang perhiasan dan salah seorang daripada tiga anaknya yang berada di belakang secara tiba-tiba menjerit dan pengadu mendapati seorang wanita yang tidak dikenali berada berhampiran dengan anaknya itu.
"Bagaimanapun, hasil soal siasat terhadap pengadu mendapati tidak terdapat unsur jenayah seperti yang didakwa oleh seorang individu yang memuat naik hantaran mengenai cubaan menculik sehingga tular di media sosial baru-baru ini," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Sehubungan itu, Sammy menegaskan bahawa tidak terdapat sebarang jenayah cubaan menculik dan tular di Facebook sebaliknya ia adalah satu fakta yang bercanggah dengan keterangan pengadu.
"Oleh itu, orang ramai diminta menghentikan penyebaran hantaran tersebut bagi mengelak salah faham sehingga menimbulkan kegusaran yang boleh mengancam keselamatan masyarakat setempat.
"Mana-mana indivdiu yang didapati menyebarkan berita palsu boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen
233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang membawa hukuman drnda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak lebih satu tahun atau kedua-duanya sekali jika disabit kesalahan," katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Dec 08 2023
Hantaran yang tular di Facebook mendakwa berlaku kejadian cubaan culik di salah sebuah pasar raya di Penampang.
Israel terus mengganas, 37 maut di Lubnan dalam tempoh 24 jam lalu
Letupan besar kedengaran di Beirut dengan imej dari ibu negara Lubnan itu menunjukkan langit malam menyala di kawasan selatan bandar itu.
Pangkalan tentera utama Israel binasa, lebih 20 jet pejuang musnah
Imej satelit menunjukkan kesan kemusnahan hangar pesawat di pangkalan utama tentera udara Israel selepas ia dibedil Iran di bawah Operasi Janji Benar 2.0.
Israel tekad terus serang Hezbollah di Beirut - Ketua tentera
Tentera Israel "tekad untuk memusnahkan" infrastruktur Hezbollah berhampiran sempadan Lubnan dan akan terus melakukan kerosakan terhadap kumpulan itu.
Deklarasi Doha seru gencatan senjata dan bantuan kemanusiaan untuk Gaza
Deklarasi Doha dengan tumpuan pada "Diplomasi Sukan," menekankan keperluan mendesak untuk gencatan senjata segera dan menyeluruh di Gaza.
Israel tidak mahu perdamaian, hanya tambah musuh
Alternatif seperti menjadikan mana-mana negara lain di Asia Barat sebagai sekutu kuat AS tidak berkesan kerana ia membawa kepada pengabaian terhadap Palestin.
ACL2: Selangor raih kemenangan pertama di pentas Asia selepas lapan tahun
Kemenangan tipis itu membolehkan skuad bimbingan Nidzam Jamil mengutip tiga mata pertama dalam saingan Kumpulan H ACL2 2024/25.
Pakistan punyai potensi besar untuk perdagangan Malaysia - PM
Potensi hubungan perdagangan besar yang ada pada Pakistan belum diteroka sepenuhnya oleh Malaysia.
Sultan Selangor perkenan fatwa berkaitan fahaman, ajaran, pegangan dan amalan GISB
Ini kerana, pemimpin, pengikut atau ahli GISB diyakini masih mengamalkan Aurad Muhammadiah, atau Zikir Agung, dibawa Kumpulan Darul Arqam.
Politik stabil, dasar kerajaan tarik minat syarikat global melabur di Malaysia - Gobind
Kestabilan politik dan dasar kerajaan MADANI menarik pelaburan besar, mencipta 25,498 pekerjaan pada separuh pertama 2024.
Draf Rancangan Tempatan di Pulau Pinang dijangka diwartakan tahun depan
Draf Rancangan Tempatan Seberang Perai oleh MBPP telah siap manakala untuk bahagian pulau oleh MBPP dijangka siap hujung tahun ini.
Kartel dadah: Datuk Bandar Mexico diculik sebelum ambil alih jawatan
Seorang datuk bandar yang bakal dilantik diculik di negeri Chiapas, selatan Mexico hanya beberapa minggu sebelum beliau dijadual mengambil alih jawatan, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Hukuman penjara lelaki culik 2 budak perempuan ditambah kepada 36 bulan
Mahkamah Tinggi menaikkan hukuman penjara terhadap seorang peniaga goreng pisang kepada 36 bulan yang sebelum ini dipenjara 24 bulan atas kesalahan menculik dua kanak-kanak perempuan.
Polis buru 4 lagi suspek kes culik berhampiran Plaza Tol Lebuhraya MEX
Polis percaya kesemua suspek yang diburu itu, tiga lelaki dan seorang wanita, masih berada dalam negara.
Culik dua beradik: Lima suspek ditahan termasuk dua warga asing
Lima lelaki termasuk dua warga asing ditahan pihak polis berhubung satu kejadian culik melibatkan dua beradik lelaki, di sini pada Isnin.
Suspek culik Albertine Leo ditangkap semula
Tangkapan semula dibuat susulan penemuan pelbagai alat mainan seks, bahan pornografi dewasa dan bahan penganiayaan seksual kanak-kanak di kediaman suspek.
Motif penculikan Albertine Leo didedah selepas siasatan lengkap - Polis
Motif kes culik Albertine Leo akan didedahkan hanya selepas polis melengkapkan siasatan berhubung kes itu tidak lama lagi.
Polis nafi berlaku kes cubaan culik remaja di Bukit Tiram
Polis hari ini menafikan berlakunya kes cubaan menculik seorang remaja lelaki berusia 13 tahun di Bukit Tiram pada 3 Jun lepas sebagaimana yang tular di media sosial.
Reman suspek kes culik Albertine Leo disambung enam hari
Tempoh reman ke atas suspek lelaki kes penculikan Albertine Leo Jia Hui, disambung bermula esok hingga Ahad ini (4 Ogos).
Polis Pahang rekod 27 kes orang hilang sejak Januari
Polis Pahang merekodkan 27 kes orang hilang sejak Januari hingga Julai tahun ini, kata Ketua Polis negeri Datuk Seri Yahaya Othman.
Culik Albertine Leo: Suspek kelima direman tujuh hari
Seorang lagi suspek yang ditahan berhubung kes penculikan kanak-kanak perempuan yang dilaporkan hilang di pusat beli-belah Eco Galleria di Iskandar Puteri pada Sabtu, direman tujuh hari.