Bercakap dalam sidang media, di sini, pada Jumaat, beliau berkata, polis turut mengetatkan kawalan pintu sempadan negara di Pengkalan Hulu, kerana kejadian itu dikatakan membabitkan kenderaan menggunakan nombor pendaftaran negara jiran.
Media sebelum ini melaporkan polis menerima dua laporan cubaan culik dengan kejadian Isnin lepas membabitkan sebuah van berwarna kelabu dan sebuah lagi berwarna putih dengan nombor pendaftaran negara jiran menghimpit basikal yang ditunggang seorang remaja perempuan berumur 14 tahun.
Kedua-dua van itu kemudiannya terus beredar apabila ada seorang wanita yang kebetulan berada berhampiran tempat kejadian, memanggil nama remaja berkenaan.
Azizi bagaimanapun, menafikan laporan mengenai kes cubaan culik kedua yang dikatakan berlaku pada hari Selasa, apabila siasatan mendapati ia hanya rekaan seorang remaja semata-mata.
"Saksi telah dipanggil dan hasil temu bual... mungkin dia mendengar kejadian pertama dan berilusi sehingga bermimpi, jadi kejadian pertama hari Isnin lepas benar-benar berlaku, tapi kedua (Selasa) tidak pernah berlaku," katanya. - BERNAMA