MEXICO: Seorang datuk bandar yang bakal dilantik diculik di negeri Chiapas, selatan Mexico hanya beberapa minggu sebelum beliau dijadual mengambil alih jawatan, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).


Ringkasan AI
  • Seorang datuk bandar bakal dilantik, Anibal Roblero Castillo, diculik di Chiapas, Mexico, beberapa minggu sebelum memegang jawatan.
  • Pihak berkuasa telah melancarkan siasatan untuk mengesan keberadaan beliau, dengan motif penculikan masih belum diketahui.
  • Perbandaran Frontera Comalapa yang bakal beliau pimpin adalah kawasan perebutan antara dua kartel dadah berhampiran sempadan Guatemala.


Pihak berkuasa pada Khamis memaklumkan bahawa siasatan dilancarkan bagi mengesan keberadaan beliau.

Menurut laporan media, individu bersenjata menculik Anibal Roblero Castillo pada Selasa di luar sebuah kafe di Tuxtla Gutierrez, Chiapas.

Motif sebenar kejadian masih dalam siasatan.

Video yang tular di media sosial memaparkan detik penculikan ahli politik berusia 54 tahun itu.

Castillo dijadual mengambil alih jawatan sebagai Datuk Bandar Frontera Comalapa pada 1 Okt.

Perbandaran yang mempunyai populasi sekitar 67,000 penduduk itu terletak berhampiran sempadan Guatemala, kawasan yang menjadi perebutan antara dua kartel dadah untuk menguasai laluan penyeludupan dadah dan migran.

-- BERNAMA