Dalam perhimpuan itu, pelajar bersama beberapa profesor dari Universiti Nasional Autonomi Mexico (UNAM) di Mexico City berarak ke Majlis Kehakiman Persekutuan membawa sepanduk serta melaungkan slogan mempertahankan kebebasan sistem kehakiman.
Sebuah jawatankuasa kongres meluluskan reformasi pada Isnin seterusnya membuka jalan untuk debat akhir di bawah Kongres baharu, di mana parti pemerintah Morena dan sekutunya mempunyai majoriti dua pertiga di dewan rendah dan hanya kurang satu kerusi di Senat.
Reformasi tersebut akan menyaksikan hampir 7,000 hakim, majistret, dan hakim termasuk Mahkamah Agung dipilih melalui undian rakyat, menurunkan syarat pengalaman dan umur serta mengurangkan saiz mahkamah tertinggi negara.
Sementara itu, peserta perhimpunan berkata, reformasi berkenaan akan meningkatkan demokrasi dan membantu memperbaiki sistem yang tidak lagi berfungsi untuk rakyat.
Namun begitu, pengkritik berpendapat reformasi tersebut bakal menghapuskan kerjaya hakim, memihak kepada eksekutif dan memberi peluang kepada pengaruh jenayah dalam badan kehakiman.