Kerajaan tidak bercadang untuk menukar kad pengenalan atau MyKad kepada yang baharu, memandangkan MyKad sedia ada dilengkapi ciri-ciri keselamatan bermutu tinggi dan canggih, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ismail Mohamed Said.
Bagaimanapun beliau berkata, Kementerian Dalam Negeri (KDN) melalui Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), sentiasa terbuka untuk mengkaji dan mendapatkan pandangan daripada mana-mana pakar, untuk menukar MyKad sekiranya ada keperluan pada masa akan datang.
"Pertamanya, (MyKad sedia ada) diperbuat daripada bahan polikarbonat sepenuhya dan telah diuji ketahanannya di makmal yang diiktiraf. Selain itu cip MyKad juga, telah melalui beberapa peringkat pengujian, termasuklah sebelum proses memasukkan cip ke dalam MyKad.
"Tulisan laser pada nama, nombor kad pengenalan dan gambar kecil, bagi mengelakkan maklumat daripada dipinda, dan sekiranya terdapat pindaan, pindaan tersebut dapat dikesan dengan mudah dan pantas," katanya pada sesi soal jawab persidangan Dewan Negara hari ini.
Beliau menjawab soalan Senator Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad, yang ingin tahu mengenai jangka masa kerajaan untuk melaksanakan proses menukar kad pengenalan baharu yang berkualiti dan lengkap dengan ciri-ciri keselamatan.
Ismail turut menyeru orang ramai untuk membawa dan menyimpan MyKad mereka pada setiap masa, serta bertanggungjawab ke atasnya seperti yang ditetapkan di bawah Peraturan 6 Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990.
Katanya, individu yang gagal mematuhi Peraturan 6, boleh didenda di bawah Peraturan 25(n) yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM20,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau keduanya, jika sabit kesalahan.
Menjawab soalan tambahan Mohamad Ali mengenai hasil siasatan laporan polis yang dibuat JPN, terhadap satu laman sesawang yang mengiklan dan menjual MyKad palsu dalam talian pada 21 Mei lepas, Ismail berkata kes itu masih dalam siasatan polis dan pihaknya akan meneruskan siasatan, supaya mana-mana sindiket terlibat dibawa ke muka pengadilan.
"JPN melalui kerjasama agensi di bawah KDN seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), sentiasa mengadakan operasi serta memandang berat terhadap mana-mana sindiket, yang bertindak memalsukan MyKad," katanya.
Bernama
Wed Sep 09 2020
Orang ramai perlu membawa dan menyimpan MyKad pada setiap masa, serta bertanggungjawab ke atasnya seperti yang ditetapkan di bawah Peraturan 6 Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990. - Gambar hiasan/Astro AWANI
Adik Dr Zaliha Mustafa meninggal dunia
Shamsiah Mustafa dilaporkan meninggal dunia pada jam 1.10 pagi Selasa.
52.95 peratus penjawat awam masih belum miliki rumah sendiri
Mengulas lanjut Fadhlina Sidek yang menjawab bagi pihak Menteri Wilayah berkata, walaupun anak penjawat awam dan pesara tidak layak membeli PPAM tapi berpeluang jadi pemilik bersama.
Kuala Lumpur di tangga kelapan terbaik untuk ekspatriat mendiami
Berdasarkan data yang dikeluarkan oleh Expat City Ranking, Kuala Lumpur menduduki di tangga kelapan negara yang terbaik untuk ekspatriat mendiami.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Social Housing in Cambodia Addresses Climate Change
We spoke with His Excellency Mao Vibol, Under Secretary of State for Cambodia’s Ministry of Land Management, Urban Planning, and Construction, about the country’s efforts to integrate climate resilience into social housing. He shared insights on sustainable urban planning and the role of affordable housing in addressing the challenges of climate change.
36,479 penjawat awam tandatangani perjanjian jual beli PPAM
Jelas Fadhlina Sidek yang menjawab bagi pihak Menteri Wilayah, daripada jumlah tersebut 87 peratus atau 31,942 penjawat awam berpendaptan bawah RM5,000 sebulan.
White House sahkan Biden hadiri pelantikan Trump
White House pada Isnin mengesahkan bahawa Presiden Joe Biden akan menghadiri majlis pelantikan Donald Trump pada 20 Jan.
Sistem kad akses dilaksana di PPR tahun depan -
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata sistem kad akses akan dilaksanakan di PPR mulai tahun depan bagi menangangi masalah pengurusan Program Perumahan Rakyat (PPR).
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Anwar bertemu pemimpin perniagaan terkemuka Korea Selatan hari ini
Perbincangan berkenaan selaras dengan strategi Malaysia untuk mendapatkan pelaburan 'bernilai tinggi, pertumbuhan tinggi' daripada Republik Korea.
NWICE 2024: Transformasi air menuju kemampanan sejagat
Bertemakan “Transformasi Air Menuju Kemampanan Sejagat”, Persidangan & Pameran Inovasi Air Kebangsaan 2024 (NWICE 2024) merupakan kesinambungan daripada pelan hala tuju AIR 2040 yang telah dilancarkan oleh Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air(PETRA) baru-baru ini dalam memastikan pengurusan sumber air yang mampan untuk generasi akan datang.
Hoki dalam dewan adakan aksi persahabatan menjelang Piala Dunia 2025
Skuad hoki dalam dewan negara akan mengadakan beberapa aksi persahabatan sebagai persiapan sebelum ke Piala Dunia.
Perak bentang Belanjawan 2025 Jumaat depan
Perak akan membentangkan Belanjawan Negeri 2025 pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan diadakan pada 29 Nov hingga 5 Dis ini.
Parlimen mahu ubah persepsi bersidang '70 hari setahun' sahaja
Persidangan Speaker-Speaker Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Se-Malaysia akan bermula esok bagi memperjelas peranan menyeluruh institusi Parlimen dan Speaker di negara ini.
Pembunuhan Ismail Haniyeh: Kenyataan tegas, himpunan sudah cukup nyata ketegasan Malaysia - PM
Perdana Menteri berkata, Himpunan Solidariti Palestin yang akan diadakan pada Ahad ini juga membuktikan negara benar-benar tegas dalam isu tersebut.
Pembunuhan Ismail Haniyeh ancam cetuskan peperangan serantau di Asia Barat - Menteri Luar
Pembunuhan Ketua Biro Politik Hamas Ismail Haniyeh mempunyai beberapa implikasi yang amat besar terhadap kestabilan dan keamanan global.
Penyedia media sosial perlu pastikan persekitaran dalam talian selamat
Penyedia perkhidmatan media sosial dan pesanan internet mempunyai obligasi untuk memastikan persekitaran dalam talian selamat selepas pelesenan ke atas penyedia perkhidmatan itu.
Dewan Negara lulus RUU Perkongsian Liabiliti Terhad (Pindaan) 2024
RUU Perkongsian Liabiliti Terhad (Pindaan) 2024 yang antara lain bertujuan membantu mengurangkan liabiliti kepada pekongsi dalam perkongsian konvensional diluluskan Dewan Negara hari ini.
Penyasaran subsidi, bantuan tunai dijangka tidak beri kesan ketara ke atas inflasi - MOF
Kementerian mengekalkan unjuran rasmi inflasi dan pertumbuhan KDNK bagi 2024 kekal masing-masing pada 2.0-3.5 peratus dan 4.0-5.0 peratus.
KKM sasar 900 klinik kesihatan tawar konsultasi maya menjelang akhir tahun ini
Kementerian Kesihatan (KKM) menyasarkan 900 klinik kesihatan di seluruh negara akan menawarkan perkhidmatan konsultasi maya menjelang akhir tahun ini.
Kerajaan perlu belanja RM235 juta anjur Sukan SEA, Para ASEAN 2027 - Hannah
Kerajaan Persekutuan perlu membelanjakan kira-kira RM235 juta bagi menganjurkan temasya Sukan SEA dan Para ASEAN 2027.
Garis panduan pengurusan sisa solar panel dijangka siap menjelang 2025
Garis panduan lebih baik bagi menguruskan sisa solar panel negara dijangka siap menjelang tahun hadapan.