Kementerian Kerja Raya menegaskan tiada sebarang perbincangan dibuat berkenaan kenaikan kadar tol setakat ini.
Timbalan Menterinya Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata keputusan untuk mengekalkan kadar tol bagi 12 konsesi lebuh raya seperti yang diumumkan pada tahun lepas masih tidak berubah.
"Setakat ini, tidak ada (perbincangan berkaitan kadar tol), tiada keputusan seperti itu," katanya ketika ditemui pemberita dekat sini, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai sebarang kenaikan kadar tol susulan terdapat empat lebuh raya yang berhak menerima kenaikan tol tahun ini.
Empat lebuh raya tersebut adalah Lebuhraya Penyuraian Trafik Johor Timur (EDL), Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS), Lebuhraya Senai-Desaru (SDE) dan Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE).
Terdahulu, Rosnah hadir menyampaikan sumbangan Aidilfitri kepada 40 anak yatim pusat kebajikan Baitul Ulfah Centre pada majlis rumah terbuka anjuran Lingkaran Trans Kota Sdn Bhd (LITRAK).
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 10 2017

Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata keputusan untuk mengekalkan kadar tol bagi 12 konsesi lebuh raya seperti yang diumumkan pada tahun lepas masih tidak berubah.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Tiada cadangan kenaikan tol - Rosnah
Kementerian Kerja Raya menegaskan tiada sebarang perbincangan dibuat berkenaan kenaikan kadar tol setakat ini.

Projek mega di Sabah bukti kerajaan pusat prihatin - Musa
Pelbagai projek mega yang sedang dan akan dilaksanakan di Sabah adalah bukti kerajaan pusat prihatin dan tidak omong kosong dalam membawa pembangunan pesat ke negeri ini.

Struktur pelindung di 44 cerun berisiko tanah runtuh - Rosnah
Kementerian Kerja Raya akan membina struktur pelindung (rock shed) di kawasan cerun yang berisiko tinggi berlakunya kejadian tanah runtuh, bagi menjamin keselamatan pengguna jalan raya.

Caj terhadap peniaga tidak mampu tampung kos selenggara R&R
Hasil kutipan caj yang dikenakan PLUS Malaysia Berhad terhadap peniaga gerai makan di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) tidak mencukupi untuk menampung kos penyelenggaraan kemudahan di kawasan berkenaan.

Kerajaan akan buka tender projek lebuh raya Pan Borneo
Kerajaan akan membuka tender bagi pembinaan Lebuh Raya Pan-Borneo agar projek tersebut dapat disiapkan dalam tempoh masa yang lebih singkat.

Barisan baru MT UMNO, usaha angkat martabat wanita lebih berkesan
Dengan adanya dua orang pemimpin wanita dalam barisan baru MT secara tidak langsung usaha mengangkat martabat wanita akan lebih berkesan - Rosnah

Kekurangan wanita dalam kabinet membimbangkan?
Sidang kabinet baru telah terbentuk secara rasminya pada 16 Mei, namun penglibatan wanita pada sidang kabinet kali ini dilihat berkurangan.