GEORGE TOWN: Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) meminta kerajaan untuk meneruskan langkah penyasaran subsidi bahan api dan tiada keperluan untuk membuat 'pusingan U' berikutan tekanan daripada pihak berkepentingan mahupun kumpulan politik.
Presiden CAP Mohideen Abdul Kader berkata pemimpin kerajaan mesti bertindak tegas dalam melaksanakan dasar yang dianggap tidak popular tetapi dalam jangka panjang akan menjadikan ekonomi negara lebih berdaya tahan untuk memberikan manfaat kepada rakyat serta negara.
"Bermula dengan subsidi bersasar bagi bahan api diesel adalah satu langkah yang tepat. Subsidi mestilah bagi mereka yang memerlukan dan bukan bagi semua orang tanpa mengira status ekonomi mereka.
"Dengan melaksanakan dasar rasionalisasi ini, kerajaan akan mempunyai RM4 bilion (manakala) dianggarkan RM8 billion oleh seorang pakar ekonomi, yang boleh digunakan untuk pembangunan ekonomi dan kebajikan sosial," katanya dalam kenyataan hari ini.
Sehubungan itu, beliau berkata pelaksanaan dasar tersebut perlu dipantau rapi bagi memastikan tiada ketirisan dan penyelewengan sementara subsidi itu diberikan kepada individu, kumpulan dan perniagaan yang disasarkan.
Mohideen turut meminta agar sebarang kelemahan dalam pelaksanaan itu diatasi dengan segera dan diperbetulkan selain diadakan satu meja khusus di kementerian yang berkaitan untuk memantau pelaksanaan sekali gus menangani masalah serta aduan daripada pihak yang terjejas.
Menurutnya, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) juga perlu memantauharga barangan dan perkhidmatan yang dijual kepada orang ramai bagi mengelak pencatutan oleh peniaga tidak bertanggungjawab yang mengambil kesempatan daripada pemansuhan subsidi diesel.
Beliau menjelaskan bahawa berdasarkan pengalaman yang diperoleh daripada pelaksanaan penghapusan subsidi diesel, langkah seterusnya adalah rasionalisasi subsidi petrol yang akan menghasilkan penjimatan yang lebih besar kepada kerajaan dengan kumpulan rentan terjejas diberi bantuan kewangan.
"Dalam belanjawan 2024, subsidi bahan api termasuk diesel berjumlah RM60 bilion setahun, iaitu 1.5 kali ganda jumlah yang diperuntukkan bagi penjagaan kesihatan, iaitu sekitar RM40 bilion dan sebuah hospital moden dengan 1,000 katil berharga antara RM1.3 hingga RM1.4 bilion.
"Bayangkan apa yang boleh kita lakukan dengan penjimatan daripada pemansuhan subsidi ini, iaitu lebih banyak hospital yang lengkap dengan alat-alat moden dan penjagaan kesihatan yang jauh lebih baik," katanya.
Ahad lepas, Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan mengumumkan harga diesel di semua stesen runcit Semenanjung ditetapkan pada kadar RM3.35 bagi setiap liter iaitu harga pasaran tanpa subsidi berdasarkan purata bulan Mei 2024 mengikut formula Mekanisme Harga Automatik bermula 10 Jun 2024.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 12 2024

Mohideen berkata pemimpin kerajaan mesti bertindak tegas dalam melaksanakan dasar yang dianggap tidak popular tetapi dalam jangka panjang akan menjadikan ekonomi negara lebih berdaya tahan. - Gambar fail/Bernama

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Tel Aviv
Hamas mendakwa mereka menyerahkan mayat Shiri Bibas pada Jumaat, selepas kesilapan dalam penyerahan sebelum ini.

Bendang berselut tebal, beberapa lokasi aktiviti PAT 2025 berubah
Majlis perasmian PAT 2025 yang dijadualkan disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada petang ini dibatalkan.

Kusta: 368 penduduk jalani ujian saringan
Kerajaan memberi jaminan bahawa rawatan bagi pesakit kusta adalah berkesan dan tidak perlu dilakukan sebarang langkah kuarantin.

Agong selamat tiba di tanah air selepas menjalani rawatan di luar negara
Pesawat khas Seri Paduka Baginda tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang pada 7 pagi tadi.

Hubungan setengah abad Malaysia-Bahrain memasuki dimensi baharu
Kedua-dua negara akan memperoleh potensi besar dalam memperluas kerjasama ekonomi termasuk dalam sektor pelancongan.

Sanggup sembunyi dalam longkang busuk, kotor
Kesemua ditahan melibatkan individu warga Indonesia, Bangladesh, India, Myanmar dan Nepal.

ESCAP seru ASEAN perkukuh komitmen Perjanjian Paris
ASEAN sebagai satu blok mempunyai keupayaan untuk menarik pelabur serta membentuk mekanisme pembiayaan mampan.

CAP harap KKM ikut saranan Sultan Pahang haramkan vape
Persatuan Pengguna Pulau Pinang berharap Kementerian Kesihatan menurut titah Al-Sultan Abdullah yang menyarankan agar vape diharamkan.

CAP gesa kuat kuasa larangan pamer vape, produk tembakau
Pegawai Pendidikan CAP N.V.Subbarow berkata tindakan itu amat penting dalam melindungi generasi muda daripada pengaruh tabiat merokok.

Teruskan penyasaran subsidi bahan api, ekonomi negara lebih berdaya tahan - CAP
Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) meminta kerajaan untuk meneruskan langkah penyasaran subsidi bahan api dan tiada keperluan untuk membuat 'pusingan U'.

GEG: CAP minta kerajaan tubuh RCI siasat pemain industri tembakau, vape
Persatuan Pengguna Pulau Pinang minta kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menyiasat pengaruh wakil industri tembakau dan vape.

CAP saran kerajaan pertimbang dasar bagi minimum kesan bencana terhadap haiwan
Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menyarankan kerajaan memberi pertimbangan serius terhadap pelaksanaan dasar dan strategi bagi meminimumkan kesan bencana terhadap haiwan.

Pakej Rahmah bagi servis kereta pada kos berpatutan dihargai ramai
Orang ramai secara umumnya memuji pakej Rahmah bagi perkhidmatan servis kenderaan pada kadar harga berpatutan.

CAP gesa kerajaan P. Pinang henti projek kereta kabel Bukit Bendera
Projek pembangunan itu akan membawa kesan serius kepada alam sekitar dan kesihatan.

Aktiviti haram ancam pembiakan ikan di perairan negara - CAP
Penggunaan pukat tunda, rawa, bubu naga serta bom turut menyumbang pada ancaman pembiakan hasil laut negara, dakwa CAP.

Projek sedut pasir laut di Yan, Kedah perlu dikaji semula - CAP
Akibat aktiviti itu, Pantai Pulau Song Song yang terkesan menjadi semakin sempit dan mendap menyebabkan tiada lagi penyu mendarat.

Pantai Teluk Kumbar diancam pencemaran - CAP
Kejadian sejak lima tahun lalu menyebabkan hasil laut seperti ikan, udang, ketam, kerang dan siput diancam kepupusan.