PEKAN: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan harapan supaya unsur tradisional sebagai Bandar Diraja hendaklah terus dijaga dan dipertahankan walaupun bandar Pekan akan turut melalui proses kemodenan.
Seri Paduka bertitah baginda telah disembah maklum mengenai pembangunan 'Pekan Sentral' yang antara lain akan menempatkan pasar baharu, terminal bas dan pusat perniagaan selain bandar Pekan lama juga akan melalui program baik pulih bagi mengindahkan persekitarannya.
"Kemunculan reka bentuk bangunan dan seni bina yang moden tidak wajar menjadi faktor kepada kepupusan nilai seni dan warisan budaya tempatan.
"Pembangunan yang lebih mampan bersama usaha menjamin kelestarian alam sekitar, pengekalan elemen tradisional dan warisan seni bina tempatan pada hemat saya bakal menjadikan Pekan sebuah bandar yang unggul dan berupaya untuk dinobatkan sebagai satu daripada destinasi utama negara," titah Seri Paduka.
Al-Sultan Abdullah bertitah demikian semasa berkenan menyempurnakan Majlis Pemasyhuran Majlis Perbandaran Pekan Bandar Diraja di Majlis Perbandaran Pekan di sini hari ini.
Turut berangkat Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan paduka-paduka anakanda termasuk Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah.
Turut hadir Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming dan barisan pentadbiran kerajaan Pahang yang diketuai Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.
Pada Titah Diraja itu, Al-Sultan Abdullah turut memaklumkan bahawa inisiatif Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan berhubung Garis Panduan Perancangan dan Pembangunan (GPP) Bandar Diraja yang telah disembah maklum kepada baginda akan dibentangkan kepada Majlis Raja-Raja akan datang.
"Ini kali pertama kita mendengar inisiatif ini dan saya harus berterima kasih. Mudah-mudahan kita akan mendapat satu persetujuan dalam Majlis Raja-Raja," titah Seri Paduka yang menambah telah disembah maklum bahawa kelulusan yang diberikan ialah sebanyak RM90 juta.
Pada titah itu, Seri Paduka juga berkenan berkongsi sejarah Pekan, yang dikatakan telah wujud sejak abad ke-17 sebelum menjadi sebuah daerah pada 1889 dan ibu negeri Pahang dari 1889 hingga 1898 sebelum ibu negeri ditukarkan ke Kuala Lipis dan Kuantan.
"Mengikut riwayat orang dahulu, Pekan mendapat nama daripada bunga pekan iaitu sejenis bunga berwarna putih yang banyak tumbuh di tebing Sungai Pahang. Namun, ada juga yang meriwayatkan Pekan mendapat nama daripada pengertian bandar, pasar atau tempat orang berjual beli.
"Ini kerana, dahulu kala bandar Pekan turut dikenali sebagai 'Pura' dalam bahasa Sanskrit yang bermaksud pekan atau bandar yang menjadi tumpuan peniaga," titah Seri Paduka.
Al-Sultan Abdullah bertitah Majlis Bandaran Pekan ditubuhkan pada 1924 sebelum digantikan dengan Lembaga Bandaran Pekan pada 1 Nov 1968 yang kemudiannya dinaik taraf menjadi Majlis Daerah Pekan pada 1 Julai 1988.
Majlis Daerah Pekan telah diwartakan sebagai Majlis Perbandaran Pekan pada 30 Julai lepas, yang secara peribadi Al-Sultan Abdullah menzahirkan rasa besar hati kerana tarikh itu adalah hari keputeraan Seri Paduka.
"Bandar yang penuh nostalgia ini dan rakyatnya akan sentiasa mendapat tempat di hati saya dan Raja Permaisuri Agong. Marilah kita berdoa semoga Pekan Bandar Diraja akan terus membangun serta menempa nama sebagai sebuah perbandaran yang unggul dan rakyatnya sentiasa dalam perlindungan Allah SWT," titah Seri Paduka.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 21 2023

Yang di-Pertuan Agong bertitah, kemunculan reka bentuk bangunan dan seni bina moden tidak wajar menjadi faktor kepada kepupusan nilai seni dan warisan budaya tempatan.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Terus jaga, pertahan unsur tradisional Bandar Diraja Pekan - Agong
"Kemunculan reka bentuk bangunan dan seni bina moden tidak wajar menjadi faktor kepada kepupusan nilai seni dan warisan budaya tempatan."

Garis panduan pelihara identiti Bandar Diraja diperkenal
Garis Panduan Perancangan dan Pembangunan (GPP) Bandar Diraja diperkenalkan hari ini untuk memelihara identiti Bandar Diraja sebagai lambang kedaulatan negara.