KUALA LUMPUR: Angka jangkitan baharu COVID-19 dalam negara semakin menurun dengan mencatatkan 13,104 kes dalam tempoh 24 jam lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah melalui ciapan di laman Twitternya memaklumkan, tambahan angka itu menjadikan jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 dalam negara kini ialah 2,198,235 kes.

Kes di Sarawak bagaimanapun mencatatkan pertambahan dan menjadi penyumbang kes harian tertinggi dengan 2,943 kes.

Ini diikuti Selangor (1,558), Johor (1,445), Kelantan (1,206) dan Sabah (1,078).


BERITA LANJUT MENYUSUL