KUANTAN:Terdesak memerlukan modal perniagaan menyebabkan usahawan muda, Aizuddin Abd Razak dari Pulau Tawar, Jerantut kira-kira 170 kilometer dari sini, tidak mempunyai pilihan melainkan menjual satu-satunya kuda kesayangan beliau demi kelangsungan hidup.
Aizuddin, 34, berkata keputusan menjual kuda jantan berusia lima tahun dipanggil 'Black' itu dibuat selepas berfikir panjang selama lebih sebulan, selain turut mengambil kira pandangan isterinya Sakinah Zaid, 24, dan rakan-rakan yang turut mesra dengan haiwan tersebut.
Katanya, harga kuda baka thoroughbred berwarna hitam itu dibuka pada nilai RM25,000 dan jumlah itu diharapkan mencukupi untuk membesarkan perniagaan kerepek pisang bersalut coklat yang dimulakan November tahun lepas setelah agensi pelancongan tempat beliau bekerja terjejas akibat pandemik COVID-19.
"Berat hati untuk melepaskan Black, namun saya terpaksa...gaji terakhir daripada agensi pelancongan ialah pada Julai tahun lepas, iaitu sebulan selepas saya mendirkan rumah tangga. Sejak itu, saya berjimat cermat menggunakan wang simpanan yang turut dijadikan modal permulaan perniagaan secara dalam talian.
"Buat masa ini, saya juga amat memerlukan wang tambahan kerana isteri dijadualkan melahirkan anak sulung tidak lama lagi. Saya terpaksa membuat keputusan menjual Black kerana masih belum berjumpa cara lain (untuk mendapatkan wang)," katanya kepada Bernama semasa dihubungi di sini, hari ini.
Tambah anak jati Jerantut itu, perusahaan kerepek pisang bersalut coklat itu dilakukan secara kecil-kecilan dengan bantuan tiga pekerja, namun beliau berhasrat meningkatkan produktiviti dan aspek pembungkusan dengan penglibatan sebuah kilang coklat di Damansara, Selangor.
"Selain tiada pendapatan sejak diberhentikan daripada agensi pelancongan, saya juga diuji apabila kebun pisang yang diusahakan di tanah seluas seekar lebih (kira-kira 0.4 hektar) rosak akibat banjir awal tahun ini. Saya terima ia bukan rezeki saya dan kini dalam usaha mengumpul wang untuk menanam semula," katanya.
Aizuddin berkata sejak diiklankan dalam laman sosial Facebook semalam, beliau sudah menerima beberapa panggilan telefon daripada mereka yang ingin 'merisik' Black, yang disifatkan sebagai kuda yang manja dan sangat aktif, memandangkan bakanya memang dikenali dalam perlumbaan kuda.
Akui Aizuddin, perasan sayang dan berat hati untuk melepaskan kuda yang dilahirkan pada 3 Feb 2016 itu menyebabkan beliau terpaksa 'bersikap memilih' dalam mencari tuan baharu Black, bagi memastikan haiwan tersebut terus mendapat jagaan dan perhatian yang baik.
"Saya berharap dapat membeli semula Black selepas kewangan stabil dan anak berpeluang mencipta memori yang sama seperti saya dengan Black...doa saya semoga perpisahan kami hanya bersifat sementara," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 16 2021
Perasan sayang dan berat hati untuk melepaskan kuda yang dilahirkan pada 3 Feb 2016 itu menyebabkan Aizuddin terpaksa 'bersikap memilih'. - Gambar/ Bernama
Perhilitan Kelantan tangkap gajah jantan liar rosakkan tanaman penduduk di Lojing
Perhilitan Kelantan berjaya memindahkan seekor gajah jantan dewasa di kawasan kebun berhampiran Hentian Eco Rehat dan Rawat Lojing di sini Jumaat lepas.
Datuk Vida lantik peguam selesai isu hutang lebih RM1 juta
Datuk Seri Vida atau nama sebenar Hasmiza Othman, 53 tahun berkata akan melantik peguam bagi menyelesaikan isu berkaitan tuntutan hutang dan sitaan melibatkan aset mewah miliknya.
Polis tumpas sindiket dadah libatkan rampasan hampir RM450,000
Polis berkata dua suspek warga tempatan berusia 29 dan 31 tahun yang ditahan itu, dipercayai aktif beroperasi di sekitar Sentul dan Jinjang.
MIMOS akan terus pacu inovasi tenaga lestari
MIMOS Berhad akan terus memacu inovasi dalam bidang tenaga lestari bagi menjadikan Malaysia sebagai peneraju teknologi hijau.
Penggantungan Tajuddin dari UMNO ditarik balik berkuat kuasa serta-merta - Asyraf Wajdi
Majlis Kerja Tertinggi UMNO sebulat suara memutuskan untuk melepaskan dan menarik semula penggantungan keahlian Tajuddin Abdul Rahman berkuat kuasa serta-merta
Banjir: Jumlah mangsa di Terengganu berkurang, Johor dan Kelantan tidak berubah
Situasi banjir di Terengganu dilaporkan semakin pulih apabila jumlah mangsa ditempatkan di PPS di negeri itu berkurang manakala jumlah mangsa di Johor dan Kelantan tidak berubah setakat 8 malam ini.
Peruntukan RM60,000 ADUN pembangkang Pulau Pinang kekal bagi tahun 2025
Kerajaan Pulau Pinang memperuntukkan RM60,000 kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang bagi tahun 2024, dan jumlah itu akan dikekalkan tahun 2025, kata Ketua Menteri Chow Kon Yeow.
Tiga beranak maut kemalangan di Setiu baru pulang majlis konvokesyen anak bongsu
Tiga beranak yang maut dalam kemalangan di Setiu, Terengganu awal pagi tadi, dipercayai dalam perjalanan pulang ke Kelantan selepas menghadiri majlis konvokesyen anak.
Syarat tambahan lesen memandu kepada warga emas? Kerajaan tidak akan terburu-buru - Anthony
Kerajaan tidak akan terburu-buru dalam meletakkan syarat tambahan bagi pembaharuan lesen memandu kepada warga emas.
Pasaran getah ditutup bercampur-campur
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur pada Isnin, didorong oleh momentum meningkat dalam pasaran niaga hadapan getah serantau.
"Terpaksa jual Black walaupun berat hati ..."
Terdesak memerlukan modal perniagaan menyebabkan usahawan muda, Aizuddin Abd Razak dari Jerantut, tidak mempunyai pilihan melainkan menjual satu-satunya kuda kesayanga beliau demi kelangsungan hidup.