GEORGE TOWN:Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak saman fitnah yang difailkan Ahli Parlimen Baling Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim terhadap bekas Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berhubung kenyataan dalam isu pembinaan projek terowong dasar laut di negeri ini.
Keputusan tersebut dibacakan oleh Timbalan Pendaftar L. Umma Devi di dalam kamar dengan dihadiri peguam Mohamed Fudhail Ahmad Zulaini yang mewakili Abdul Azeez selaku plaintif serta peguam Datuk N. Mureli dan Felix Lim yang mewakili Lim selaku defendan dalam kes itu.
Mureli ketika ditemui pemberita di luar mahkamah berkata mahkamah menolak saman yang dibuat plaintif (Abdul Azeez) dengan kos RM50,000.
Beliau berkata mahkamah mendapati plaintif telah gagal membuktikan tuntutannya terhadap defendan.
Abdul Azeez telah memfailkan saman itu pada Mac 2018 yang mendakwa Lim, bekas Menteri Kewangan, telah mengeluarkan kenyataan fitnah semasa sidang akhbar di pejabat Ketua Menteri pada 28 Feb 2018 dan semasa rumah terbuka Tahun Baharu Cina anjuran Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang pada hari sama yang mengaitkan beliau dengan pembayaran sebanyak RM3 juta sebagai yuran perundingan oleh pemaju projek terowong bawah laut.
Beliau mendakwa kenyataan itu telah mendapat liputan yang meluas serta diterbitkan dalam beberapa laman sesawang, laman berita elektronik dan akhbar-akhbar tempatan selain turut disiarkan di beberapa halaman akhbar dan media sosial defendan.
Plaintif mendakwa saman itu dibuat berikutan kenyataan itu telah menyebabkan Abdul Azeez mengalami kerosakan yang amat dahsyat terhadap reputasi dan nama baiknya di samping terpaksa mengalami keaiban, kebencian yang amat sangat serta penghinaan daripada orang awam.
Sehubungan itu, Abdul Azeez memohon ganti rugi am termasuk ganti rugi pampasan, teladan, ganti rugi tambahan, kos tindakan dan relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah selain turut memohon suatu perintah untuk penerbitan balik kenyataan menyinggung berhubung isu terowong dasar laut itu serta permintaan maaf awam di dalam akhbar dan media elektronik tempatan.
Beliau juga memohon injuksi bagi menghalang defendan daripada terus menerbitkan, membolehkan atau menyebabkan kenyataan-kenyataan menyinggung berkenaan diterbitkan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 11 2020

Abdul Azeez (kiri) memfailkan saman pada Mac 2018, mendakwa Lim (kanan) mengeluarkan kenyataan fitnah pada sidang akhbar di pejabat Ketua Menteri pada 28 Feb 2018 dan semasa rumah terbuka CNY pada hari sama.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Kes terowong dasar laut: Saksi utama demam, bicara kes Lim Guan Eng tangguh
Perbicaraan kes rasuah terowong dasar laut membabitkan Lim Guan Eng ditangguhkan berikutan saksi utama pendakwaan cuti sakit kerana demam.

Permohonan Guan Eng mula prosiding hina mahkamah terhadap Wan Fayhsal ditolak
Mahkamah Sesyen menolak permohonan Guan Eng untuk memulakan prosiding menghina mahkamah terhadap Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal.

Rakan Lim Guan Eng janjikan tanah untuk kajian kemungkinan terowong - Saksi
Seorang saksi perbicaraan kes rasuah terowong dasar laut membabitkan Guan Eng, memberitahu mahkamah syarikatnya dihimpit masalah kewangan sehingga menyebabkan beliau terpaksa mencari sumber dana lain.

AGC tolak representasi Guan Eng untuk gugur empat pertuduhan rasuah
Representasi dikemukakan bekas Guan Eng untuk menggugurkan empat pertuduhan rasuah membabitkan pembinaan terowong dasar laut dan jalan utama di Pulau Pinang ditolak Jabatan Peguam Negara (AGC).

Mahkamah tolak permohonan waran tangkap terhadap saksi kes Guan Eng
Mahkamah Sesyen menolak permohonan pembelaan agar waran tangkap dikeluarkan terhadap seorang saksi utama pendakwaan dalam perbicaraan kes bekas Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.

Kes rasuah: Nama Guan Eng timbul selepas kes Gnanaraja disiasat - Saksi
Seorang saksi mengaku di mahkamah bahawa nama Lim Guan Eng hanya ditimbulkan selepas lebih setahun kes rasuah membabitkan seorang ahli perniagaan di Shah Alam, disiasat.

Saksi akui tidak beritahu SPRM RM2 juta untuk Lim Guan Eng
Menurut saksi, beliau tidak pernah menyatakan wang RM2 juta bertujuan diberikan kepada bekas Ketua Menteri Pulau Pinang itu.

Rasuah terowong dasar laut: Pernyataan saksi diserah kepada Guan Eng
Mahkamah Sesyen membenarkan sebahagian dokumen pernyataan saksi utama dalam perbicaraan kes rasuah projek terowong dasar laut diserahkan kepada pembelaan Guan Eng.

Kes rasuah Guan Eng: RM2 juta didakwa untuk Najib bagi eratkan hubungan - Saksi
Saksi memberitahu wang RM2 juta yang didakwa diberi kepada Lim Guan Eng, adalah untuk seorang ahli perniagaan yang dikatakan bagi mengeratkan hubungan dengan Datuk Seri Najib Razak.

Kes rasuah Lim Guan Eng: Saya tidak 'diajar' untuk tukar cerita - Saksi
Azli juga telah menjawab tidak, kepada soalan Mohammed Mokhzani sama ada antara 2018 dan 2020, ada mana-mana pegawai SPRM minta beliau untuk menukar ceritanya.