Cadangan penerbitan terjemahan Al-Quran ke Bahasa Melayu tanpa disertai teks asal bahasa Arab dikhuatiri akan membuka ruang kepada penyelewengan.
Menegaskan demikian, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata penyelewengan terhadap kalam Allah itu akan berlaku menerusi proses pengalihan ayat hingga boleh 'menghilangkan' al-Quran dalam bahasa Arab yang menjadi rujukan asal.
"Kita faham ini untuk membantu dakwah tetapi kita tidak mahu nanti sampai satu tahap apabila penerbitan menghilangkan langsung al-Quran dalam bahasa Arab sehingga keluar makna sahaja.
"Akan mudah berlakunya penyelewengan dalam pengalihan satu dua ayat tertentu...sedangkan rujukan asli itu (sepatutnya) ada," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Walimatul'Urus Perdana Asnaf Baitulmal MAIWP 2014 di sini, pada hari Isnin.
Jamil Khir diminta mengulas tentang permintaan seorang pensyarah wanita yang berhasrat menterjemah al-Quran ke bahasa lain tanpa ayat suci (teks) asal untuk tujuan pemahaman rakannya yang bukan Islam.
Cadangan tersebut turut dibantah Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria baru-baru ini yang menyifatkan tindakan itu haram meskipun bagi tujuan dakwah.
Dalam pada itu, Jamil Khir turut meminta pendakwah-pendakwah di negara ini agar tidak menyangkal fatwa dikeluarkan Majlis Fatwa Kebangsaan bagi mengelakkan berlaku kekeliruan di kalangan masyarakat.
Beliau mengulas arahan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang meminta pendakwah terkenal berasal dari Indonesia Syaikh Muhammad Nuruddin Marbu Al-Banjari menangguhkan sesi ceramah agamanya di negara ini seperti yang tersebar luas dalam laman sosial baru-baru ini.
Sementara itu, Jamil Khir berkata Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah mengeluarkan lebih RM3.609 juta dalam bentuk bantuan zakat kepada 2,098 asnaf di bawah Skim Bantuan Perkahwinan Baitulmal MAIWP sepanjang tahun ini sehingga bulan ini.
"Kita mengambil pendekatan ini untuk membantu golongan asnaf melangsungkan majlis perkahwinan kerana kita sedari semua pasangan mengimpikan majlis yang gemilang tetapi ia terbatas disebabkan faktor kewangan," katanya.
Bernama
Mon Nov 24 2014

JAMIL: Akan mudah berlakunya penyelewengan dalam pengalihan satu dua ayat tertentu.
9 bulan terkandas di angkasa, dua angkasawan pulang ke bumi
Dua angkasawan NASA, Butch Wilmore dan Suni Williams, berlepas dari Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) awal pagi Selasa dalam kapsul SpaceX untuk pulang ke Bumi.
Mereka sepatutnya pulang sembilan bulan lalu, tetapi kapal angkasa Boeing Starliner yang mereka naiki mengalami masalah.
Mereka sepatutnya pulang sembilan bulan lalu, tetapi kapal angkasa Boeing Starliner yang mereka naiki mengalami masalah.
Dunia kecam tindakan Israel, dunia perlu campur tangan
Dunia mengecam tindakan Israel melancarkan serangan ke atas Gaza dan menggesa komuniti antarabangsa untuk campur tangan bagi menghentikan jenayah terhadap rakyat Palestin.
Rakyat Israel bantah serangan baharu Israel di Gaza
Menurut salah seorang penunjuk perasaan, Joni Sari, beliau mendakwa satu-satunya penjelasan logik bagi tindakan Israel memulakan semula perang adalah keperluan politik Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu.
Netanyahu arah tentera lancar serangan ke Gaza lebih dahsyat
Tiada istilah simpati bagi tentera Israel selagi Hamas tidak menyerahkan kesemua tebusan warga mereka.
Itu penegasan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu yang memberi amaran, rakyat Palestin akan terus merasai serangan lebih dahsyat selepas ini.
Itu penegasan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu yang memberi amaran, rakyat Palestin akan terus merasai serangan lebih dahsyat selepas ini.
Kerajaan Sabah sedia berdepan tuntutan saman di mahkamah
Peguam Besar Negeri Sabah, Datuk Brenndon Keith Soh bersedia menentang tuntutan saman atas dakwaan penyalahgunaan kuasa dalam jawatan awam berkaitan Sabah Forest Industries Sdn. Bhd. (SFI).
Penjawat awam disyaki terima rasuah RM2,500 ditahan
Seorang penjawat awam direman enam hari sehingga 23 Mac ini selepas disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM2,500 sebagai balasan membantu menyelesaikan kompaun ubah suai rumah.
Perintah reman dikeluarkan Majistret Syed Farid Syed Ali selepas permohonan dibuat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Sembilan di Mahkamah Majistret Seremban, pagi tadi.
Perintah reman dikeluarkan Majistret Syed Farid Syed Ali selepas permohonan dibuat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Sembilan di Mahkamah Majistret Seremban, pagi tadi.
Dua pemandu lori ditahan bersama ganja RM500,000
Polis menahan dua pemandu lori warga tempatan disyaki ahli sindiket penyeludupan dan pengedaran dadah, serta merampas 146.59 kilogram ganja dan 1.075 kilogram bunga ganja bernilai RM500,000 pada dua serbuan operasi khas di Pulau Pinang pada Sabtu.
Stor dan makmal haram diserbu, rampasan hampir RM40 juta
Polis merampas pelbagai dadah seberat 274.14 kilogram dianggar bernilai RM38.9 juta dalam serbuan di stor dan makmal pemprosesan haram di empat lokasi berasingan di sini Khamis lepas.
Negara Arab perlu 'rempuh' pintu masuk sempadan - MAPIM
Kematian lapan petugas Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) dalam serangan udara di Gaza, Sabtu lepas bukti Israel makin hilang kewarasan.
Presiden MAPIM, Mohd Azmi Abdul Hamid menyifatkan, walaupun ia satu tindakan 'brutal', namun kebanyakan negara Arab masih buta membiarkan kezaliman terus berlaku.
Presiden MAPIM, Mohd Azmi Abdul Hamid menyifatkan, walaupun ia satu tindakan 'brutal', namun kebanyakan negara Arab masih buta membiarkan kezaliman terus berlaku.
Sistem pertahanan dunia rosak benarkan keganasan Israel
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan sistem pertahanan dunia sudah rosak apabila terus mengizinkan keganasan Israel terhadap rakyat Palestin di Gaza sehingga mengorbankan lebih 400 nyawa.

Lebih 70 peratus murid Tabika Pra-Tahfiz kuasai lebih 10 surah - KP KEMAS
Lebih 70 peratus daripada hampir 60,000 murid Tabika Pra-Tahfiz di seluruh negara berjaya menguasai lebih 10 surah pendek (Juz Amma) al-Quran pada tahun lepas.

Sultan Selangor tidak setuju cadangan garis panduan hadiri majlis perayaan bukan Islam
Sultan Selangor menzahirkan pendirian tegas untuk tidak bersetuju dengan cadangan mewujudkan garis panduan kepada umat Islam yang menghadiri majlis perayaan orang bukan Islam.

Umat Islam perlu kembali kepada al-Quran sebagai panduan utama - Raja Perlis
Baginda bertitah al-Quran adalah penyelesaian muktamad bagi perbezaan yang mungkin timbul dalam kalangan umat Islam.

Guru agama warga Afrika ditahan rotan anak murid enggan baca al-Quran
Gara-gara enggan membaca al-Quran seperti yang ditunjuk ajar, seorang kanak-kanak lelaki warga Afika berusia 12 tahun dipukul guru agama dengan menggunakan rotan.

MQSS medan lahirkan generasi celik al-Quran - KPM
Kemahiran yang ditonjolkan dalam MQSS bukan bersifat pertandingan atau persaingan mencari seorang juara.

MEDIU tawar biasiswa khas kepada pelajar Malaysia
MEDIU menawarkan dua biasiswa khas untuk pelajar Malaysia untuk menyambung pengajian di universiti antarabangsa itu bagi pengambilan September.

Pelajar tahfiz perlu bersedia, tangani ekstremis dan pembenci Islam - PM Anwar
Kata Anwar, semua pihak harus menggunakan kewarasan akal dan kembali ke asas agama Islam sebenar seperti yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW.

Arab Saudi tawarkan rakyat Malaysia perjalanan lengkap, beribadah serta melancong
Pihak Berkuasa Pelancongan Arab Saudi (STA) memperkenalkan satu siri perubahan untuk menyelaraskan perjalanan rakyat Malaysia, menambah nilai perjalanan mereka ke Kota Suci Makkah dan Madinah.

Surah al-Jumuah bentuk sahsiah diri
Ia membolehkan masyarakat membebaskan jiwa mereka daripada unsur kemungkaran dan mendekatkan diri kepada keadilan Islam.

Institut pendidikan guru tahfiz Malaysia perlu diwujudkan - Permata al-Quran
Institut itu selain dapat mengajar guru tahfiz ia juga boleh berperanan sebagai hab pendidikan tahfiz di peringkat antarabangsa.