PUTRAJAYA:Seorang Timbalan Pendakwa Raya direman enam hari bermula hari ini, kerana disyaki menerima wang suapan berjumlah RM345,000 sebagai balasan menyelesaikan kes penipuan melibatkan urusan jual beli tanah.
Majistret Shah Wira Abdul Halim mengeluarkan perintah reman sehingga 15 Okt ini, selepas mendengar permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret Putrajaya, di sini hari ini.
Menurut sumber SPRM, lelaki berusia 50 tahun itu ditahan di Ibu Pejabat SPRM di sini semalam ketika hadir memberi keterangan.
Sumber SPRM berkata suspek dipercayai telah menerima suapan daripada individu bergelar 'Datuk' pada tahun 2016.
"Suspek ketika itu bertugas sebagai Timbalan Pendakwa Raya di Jabatan Peguam Negara di Putrajaya dan kini bertugas sebagai Timbalan Pendakwa Raya di Selangor," katanya.
Menurut sumber, kes ini disiasat mengikut Seksyen 16 (a)(A) Akta SPRM 2009.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 10 2020

Menurut sumber SPRM, lelaki berusia 50 tahun itu ditahan di Ibu Pejabat SPRM di sini semalam ketika hadir memberi keterangan. - Gambar fail/BERNAMA

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Himpunan solidariti: Kertas siasatan telah dirujuk ke TPR semalam - Polis
Polis telah melengkapkan siasatan berhubung perhimpunan solidariti di Kedutaan Amerika Syarikat dan kertas siasatan telah diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya semalam.

Kes 1MDB Najib: Unsur kepentingan bukan perkara penting yang perlu dibuktikan - Pendakwaan
Pertuduhan terhadap Najib berhubung dana 1MDB jelas menyatakan tempat, masa, tarikh dan kedudukan beliau sebagai seorang pegawai awam serta kesalahannya.

Pelakon tumbuk teman wanita: Kertas siasatan diserah ke TPR
Kertas siasatan kes pelakon tumbuk teman wanitanya dalam kejadian di Ara Damansara, di sini telah dirujuk ke Timbalan Pendakwa Raya (TPR).

Kes buli pempengaruh: Kertas siasatan dirujuk kepada TPR esok - Polis
Setakat ini, 11 individu dirakam keterangan bagi membantu siasatan kes terbabit.

TPR positif COVID-19, prosiding bela diri Dr Roland ditangguh ke 23 Sept
Pada 5 Julai 2021, Dr Roland didakwa atas pertuduhan membuat dan memulakan hantaran video bersifat jelik dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain di Facebook.

Kertas siasatan kes bungkus barangan guna kertas bercetak ayat al-Quran siap
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad berkata, polis menerima laporan berhubung perkara itu pada minggu lalu.

Peras ugut pelancong China: Kertas siasatan dihantar ke TPR
Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Yahaya Othman berkata setakat ini, tujuh individu diambil keterangan bagi membantu siasatan kes tersebut.

Gopal Sri Ram meninggal dunia
Bekas hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Seri Gopal Sri Ram, meninggal dunia di sebuah hospital swasta di ibu negara hari ini.

Kes rayuan enam individu bunuh Kevin Morais ditetapkan 3 Mac depan
Mahkamah Rayuan menetapkan 3 Mac tahun depan untuk mendengar rayuan enam lelaki yang dihukum mati selepas mereka disabitkan dengan kesalahan membunuh Datuk Anthony Kevin Morais, tujuh tahun lepas.

Rosmah gagal gugurkan Sri Ram sebagai pendakwa
Mahkamah Tinggi mengetepikan permohonan Rosmah Mansor untuk menggugurkan Gopal Sri Ram sebagai Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Kanan.