KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini mengetepikan permohonan Datin Seri Rosmah Mansor untuk menggugurkan Datuk Seri Gopal Sri Ram sebagai Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Kanan dalam kes rasuah membabitkan projek hibrid solar bernilai RM1.25 bilion yang dihadapinya.
Hakim Datuk Ahmad Kamal Md Shahid memutuskan bahawa permohonan untuk semakan kehakiman dibuat di bawah Aturan 53 Kaedah 3(6) Kaedah-kaedah Mahkamah 2012 yang mencabar surat pelantikan Sri Ram (fiat), perlu difail dalam tempoh tiga bulan dari tarikh apabila asas permohonan pertama kali dibangkitkan, atau semasa keputusan itu dinyatakan buat pertama kali oleh pemohon (Rosmah).
"Dalam permohonan semasa ini, pertuduhan dirujuk kepada pemohon pada 15 Nov 2018, dengan Sri Ram hadir sebagai TPR kes itu. Pada 8 April 2021, satu salinan fiat pertama telah dimaklumkan.
"Permohonan untuk semakan kehakiman ini hanya difailkan pada 24 Jun 2022. Ia jelas melebihi tempoh tiga bulan seperti yang ditetapkan di bawah Aturan 53 kaedah 3(6) Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012. Terdapat kelewatan di pihak pemohon dalam mengisi permohonan semakan kehakiman," kata hakim ketika menyampaikan penghakimannya melalui e-mel, hari ini.
Hakim seterusnya menambah bahawa tidak ada alasan material atau kukuh atau alasan tunggal yang kukuh diberikan oleh pemohon untuk mahkamah menggunakan budi bicaranya bagi memberikan lanjutan masa dalam menfail permohonan ini untuk kebenaran di bawah Aturan 53 Kaedah-kaedah 3(7) Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012.
"Sehubungan itu bantahan awal yang dibangkitkan oleh Peguam Negara dan Sri Ram sebagai responden perlu dibenarkan. Tidak perlu untuk memberikan merit kepada permohonan itu.
"Sehubungan itu mahkamah tidak mempunyai bidang kuasa untuk memberi kebenaran bagi mendengar permohonan semakan kehakiman. Permohonan untuk kebenaran meneruskan prosiding semakan kehakiman dengan ini ditolak," katanya.
Rosmah, 70, memfailkan permohonan itu pada 24 Jun lepas di Mahkamah Tinggi (Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) menamakan Peguam Negara/Pendakwa Raya, Kerajaan Malaysia dan Sri Ram sebagai responden.
Dalam permohonan terbaharunya, Rosmah memohon satu deklarasi bahawa pelantikan Sri Ram sebagai Timbalan Pendakwa Raya Kanan melalui tiga surat fiat bertarikh 8 Julai 2020, 11 Mei dan 21 Mei 2021, adalah tidak sah.
Selain itu, Rosmah memohon deklarasi bahawa keseluruhan prosiding pendakwaan dan perbicaraan penuh kes projek solar yang berlangsung sejak 15 Nov 2018 sehingga pembelaan menutup kesnya adalah tidak sah serta batal dan beliau perlu dibebaskan daripada semua pertuduhan mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.
Isteri bekas perdana menteri itu berdepan pertuduhan meminta RM187.5 juta dan dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM6.5 juta daripada Pengarah Urusan Jepak Holdings Sdn Bhd Saidi Abang Samsudin melalui bekas pembantunya Datuk Rizal Mansor sebagai upah membantu syarikat itu mendapatkan projek bernilai RM1.25 bilion bagi menyalurkan tenaga hibrid solar kepada 369 sekolah di kawasan luar bandar Sarawak.
Perbicaraan di Mahkamah Tinggi telah selesai dan Hakim Mohamed Zaini Mazlan menetapkan 1 Sept sebagai tarikh penghakiman mahkamah, sama ada untuk membebaskan atau mensabit Rosmah terhadap pertuduhan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 30 2022

Mahkamah Tinggi hari ini mengetepikan permohonan Datin Seri Rosmah Mansor untuk menggugurkan Datuk Seri Gopal Sri Ram sebagai Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Kanan dalam kes rasuah membabitkan projek hibrid solar bernilai RM1.25 bilion yang dihadapinya.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.
Genai capai tahap guna nilai perniagaan tahun ini - AWS Thailand
Teknologi kecerdasan buatan (AI) generatif (GenAI) akan mencapai tahap penggunaan untuk nilai perniagaan tahun ini, beralih dari penggunaan dalam projek perintis pada tahun 2024.

'Jangan fitnah, saya masih isteri Najib’ - Rosmah
Datin Seri Rosmah Mansor menegaskan beliau masih isteri bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang sah dan menafikan dakwaan sebuah akaun Facebook palsu yang menggunakan nama beliau.

Arul Kanda tidak tahu dana 1MDB beli barang kemas Rosmah
Arul Kanda memberitahu Mahkamah Tinggi beliau tidak mempunyai pengetahuan peribadi mengenai wang dana syarikat itu digunakan untuk membeli barang kemas Rosmah bernilai AS$1.3 juta.

Rosmah lepas dan bebas: 'Kerajaan tak campur tangan' - PM Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kerajaan tidak campur tangan dalam keputusan Mahkamah Tinggi membebaskan Rosmah daripada pertuduhan mahkamah.

Rosmah lepas, bebas: ‘6 tahun ibu berjuang untuk keadilan’ - Yana Najib
Nooryana Najwa Najib meluahkan rasa syukur kerana ibunya dilepaskan dan dibebaskan atas beberapa pertuduhan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Khamis.

Kronologi kes Rosmah Mansor
Rosmah dilepaskan dan dibebaskan atas 12 pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM7,097,750 dan lima pertuduhan gagal menyerahkan penyata pendapatan kepada LHDN.

Pendakwaan akan rayu keputusan bebas Rosmah
Pendakwaan akan membuat rayuan di Mahkamah Rayuan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi melepaskan dan membebaskan Datin Seri Rosmah Mansor.

Lepas dan bebas: 'Hadiah untuk Bossku' - Rosmah
Rosmah menyifatkan keputusan pembebasannya oleh mahkamah sebagai hadiah untuk Datuk Seri Najib Razak atau Bossku.

Rosmah bebas 12 kes ubah wang haram lebih RM7 juta, lima kes LHDN
Hakim, K Muniandy memutuskan demikian selepas membenarkan permohonan Rosmah untuk membatalkan semua kes itu.

Hakim tarik diri dengar kes saman AS$346 juta 1MDB terhadap Rosmah
Hakim Mahkamah Tinggi Leong Wai Hong menarik diri daripada mendengar kes saman terhadap Datin Seri Rosmah Mansor berhubung pembelian barangan mewah.

Keputusan permohonan Rosmah batal tuduhan ditetapkan 19 Dis
Mahkamah Tinggi menetapkan 19 Dis untuk memutuskan permohonan Datin Seri Rosmah Mansor bagi membatalkan pertuduhan pengubahan wang haram dan pengelakan cukai terhadapnya.