Menteri Industri Utama Teresa Kok Suh Sim pada Selasa memfailkan saman terhadap presiden Pertubuhan Jaringan Melayu Malaysia (JMM) Datuk Azwanddin Hamzah berhubung ucapan berbaur fitnah yang mengaitkannya dalam pertikaian tanah melibatkan kuil Sri Maha Mariamman, Seafield, Subang Jaya.
Dalam kenyataan tuntutannya, Kok berkata bahawa pada 25 Dis pada satu perhimpunan yang diadakan di Dataran Seni Klang, Selangor, Azwanddin sebagai presiden JMM telah menyampaikan ucapan yang antara lain mengandungi perkataan-perkataan berunsur fitnah secara lisan, fitnah bertulis dan pembohongan.
Plaintif mendakwa bahawa ucapan itu diterbitkan semula oleh defendan menerusi portal media dalam talian di dalam dan luar negara.
Beliau mendakwa ucapan itu dalam pengertian biasa dan pengertian semula jadi bermaksud antara lain bahawa beliau bersifat rasis, telah menyalahgunakan kedudukannya sebagai menteri dan bertindak secara tidak adil serta tidak jujur, tidak beretika dan tidak berprinsip sebagai seorang menteri.
Kok mendakwa bahawa ucapan itu juga dalam pengertian biasa dan pengertian semula jadi adalah tidak benar, berniat jahat, secara sengaja dan dilakukan tanpa mengambil kira kebenaran mengenai perkara itu dan secara serius membawa kemudaratan kepada reputasi plaintif.
Beliau juga mendakwa bahawa defendan telah menyebarkan penerbitan ucapan tersebut dengan niat dan motif untuk memfitnah plaintif atas kapasiti peribadi dan rasmi, dan dibuat secara mala fide dan niat jahat.
Menteri itu mendakwa bahawa ucapan tersebut diterbitkan dengan tujuan menghasut orang awam dan memburuk-burukkan plaintif dan disampaikan secara tidak bertanggungjawab kepada orang ramai dan secara khusus dibuat bagi mendapat sensasi murahan untuk mencetuskan kekacauan dan kemungkinan membawa bahaya secara fizikal dan kemudaratan lain kepada plaintif.
Akibatnya, ia telah menyebabkan plaintif mengalami kesengsaraan, kerisauan dan menanggung aib, dan oleh itu, plaintif berhak memperoleh ganti rugi teruk dan ganti rugi teladan.
Kok berkata beliau pada 26 dan 31 Dis, 2018 telah menghantar surat tuntutan melalui peguamnya menuntut defendan menarik balik, memohon maaf dan membayar ganti rugi kepadanya tetapi ia tidak diendahkan dan defendan enggan berbuat demikian.
Oleh itu, plaintif memohon ganti rugi am, ganti rugi teruk dan ganti rugi teladan serta injunksi untjuk menghalang defendan sama ada melalui ejen dan/atau mana-mana orang lain daripada terus menuturkan, menulis atau menerbitkan ucapan yang sama, dan juga kos.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 08 2019
Kok (kiri) antara lain mendakwa Azwanddin (kanan) menyebarkan penerbitan ucapan tersebut dengan niat dan motif untuk memfitnahnya atas kapasiti peribadi dan rasmi. - Gambar fail
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [24 Disember 2024]
Fokus Awani Pagi Bersama Syazwani Saiful Sham & Farhan Hakimi
1. PDRM laksana Op Lancar bermula hari ini hingga 2 Jan
2. Koc wanita diperluas ke LRT Ampang/Sri Petaling mulai 31 Dis - Rapid Rail
3. Pensyarah UM terpalit dakwaan hantar mesej jelik seksual telah ditahan kerja
1. PDRM laksana Op Lancar bermula hari ini hingga 2 Jan
2. Koc wanita diperluas ke LRT Ampang/Sri Petaling mulai 31 Dis - Rapid Rail
3. Pensyarah UM terpalit dakwaan hantar mesej jelik seksual telah ditahan kerja
#AWANIRingkas 24 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 24 Disember 2024
1️⃣ 7 maut, 33 yang lain cedera
2️⃣ Penipuan melibatkan MyPR di Facebook
3️⃣ Pendedahan tingkatkan ketegangan Iran-Israel
#awaniringkas
1️⃣ 7 maut, 33 yang lain cedera
2️⃣ Penipuan melibatkan MyPR di Facebook
3️⃣ Pendedahan tingkatkan ketegangan Iran-Israel
#awaniringkas
Bangladesh minta ekstradisi Sheikh Hasina dari India
Pihaknya menghantar nota rasmi kepada kerajaan India mengatakan bahawa kerajaan Bangladesh mahu Hasina kembali untuk proses kehakiman.
Bumitra, TH anjur Karnival Haji, Umrah dan Pelancongan pada 3-5 Jan 2025
Karnival bakal berlangsung di Movenpick Hotel Convention Centre KLIA di Sepang, Selangor, dengan menyasarkan kehadiran 20,000 pengunjung.
Indonesia komited percepat tubuh pusat kawalan jerebu rentas sempadan
Hanif berkata pengoperasian pusat penyelarasan itu tertangguh kerana menunggu pemeteraian perjanjian oleh Thailand, Vietnam dan Filipina.
Israel pamer rampasan senjata di selatan Lubnan
Kolonel Nadav Shoshani menyebut, terdapat begitu banyak senjata tersebut yang berasal dari Iran dan dibawa melalui Syria.
Capital A dijangka keluar daripada status PN17 menjelang suku pertama 2025 - Fernandes
Pelan tersebut, antara lain, termasuk pengurangan modal RM6 bilion, namun tidak akan menjejaskan kekerapan penerbangan atau manfaat pekerja.
Rundingan bebaskan tebusan capai kemajuan - Netanyahu
Netanyahu mendakwa tekanan ketenteraan kini menyebabkan kumpulan Hamas semakin berlembut dalam hal tuntutan mereka.
AIR 2040: Integrasi agensi pacu pelbagai sektor, manfaat untuk negara
Pelan itu juga memudahkan integrasi dalam proses transformasi sektor air bagi memacu Malaysia sebagai hab utama pelbagai sektor dalam kalangan negara serantau.
London bakal menjadi ibu kota sukan wanita pada 2025 - Datuk Bandar Sadiq Khan
Final Piala Dunia Ragbi Wanita di Twickenham pada 27 Sept akan menjadi kemuncak kepada siri acara menarik yang diadakan di bandar raya itu.
Mahkamah Tinggi keluar waran tangkap Azwanddin
Mahkamah Tinggi di sini hari ini mengeluarkan waran tangkap terhadap bekas Presiden Pertubuhan JJM, Datuk Azwanddin Hamzah kerana gagal hadir pada prosiding komital difailka
Azwanddin mengaku tidak bersalah beri ucapan berhubung Peristiwa 13 Mei
Azwanddin, 47, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Normaizan Rahim.
Presiden JMM didakwa ugut pegawai polis, aibkan individu
Datuk Azwanddin Hamzah mengaku tidak bersalah selepas kedua-dua pertuduhan dibacakan terhadapnya masing-masing di hadapan Majistret.
Teresa Kok saman Azwanddin berhubung ucapan berbaur fitnah
Kok berkata, pada satu perhimpunan di Klang, Azwanddin telah menyampaikan ucapan yang antara lain mengandungi perkataan-perkataan berunsur fitnah secara lisan, fitnah bertulis dan pembohongan.
Presiden NGO direman empat hari, kes kenyataan berunsur ugutan
Perintah tahanan reman berkenaan dikeluarkan Majistret Nik Nur Amalina Mat Zaidan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.
Ucapan berbaur fitnah: Teresa Kok tuntut ganti rugi RM30 juta daripada JMM, Azwanddin
Kok telah mengarahkan firma guaman itu menuntut ganti rugi sebanyak RM30 juta daripasda Azwanddin dan JMM kerana menyebabkan reputasi Kok tercemar.
Azwanddin ditahan polis
Azwandin ditahan pada jam 2.40 petang Rabu ekoran kenyataan berbaur ugutan yang dibuatnya ketika berucap di perhimpunan aman anjuran Gerakan Rakyat Malaysia (Geras) di Klang.
Kursus BM untuk MP martabat bahasa kebangsaan
Usaha ini yang bakal bermula Januari depan dilihat sebagai langkah yang baik untuk memartabatkan bahasa kebangsaan.
Persidangan anjuran Freemason di Pulau Pinang dihentikan serta-merta
Persidangan International Scottish Masonic 2016 di sebuah hotel di Batu Ferringhi di sini, dihentikan serta-merta selepas mendapat bantahan.