KUALA LUMPUR: Tengku Puteri Raja, Tengku Puteri Iman Afzan, puteri sulung Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah akan mengetuai delegasi Malaysia ke Kongres Persekutuan Kesihatan Mental Dunia ke-23 di Westminster, London pada 27 Jun hingga 1 Julai depan.
Selaku Penaung Kongres Dunia ke-23, Tengku Puteri Iman Afzan yang juga Pengasas dan Presiden Green Ribbon Group (GRG) akan diiringi oleh ahlinya selain Presiden Persatuan Kesihatan Mental Malaysia (MMHA), Prof Datuk Dr Andrew Mohanraj dan Pengarah Eksekutif, Sue Jen Cheong.
GRG dalam kenyataan hari ini berkata, acara akan bermula pada 27 Jun dengan lawatan ke badan amal kesihatan mental tempatan Mind, iaitu perkhidmatan sokongan kepada pesakit kes bunuh diri dan kesihatan mental para ibu - topik yang jarang dibincangkan, namun Tengku Puteri Iman Afzan terus komited menyuarakan isu berkaitan kesihatan mental.
Ia kemudian akan diikuti dengan sesi meja bulat di Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Belgrave Square, yang akan dihadiri oleh Timbalan Pesuruhjaya Tinggi, Zahid Rastam dan wakil Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Majlis Amanah Rakyat (MARA), Education Malaysia, United Kingdom dan Eire Council for Malaysian Students (UKEC) dan Mercy Malaysia UK.
Menurut GRG, Tengku Puteri Iman Afzan dijadualkan merasmikan Kongres Dunia ke-23 pada 28 Jun, bersama Pengarah Jabatan Kesihatan Mental dan Penggunaan Bahan di Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Dr Devora Kestel dan Presiden Persekutuan Kesihatan Mental Dunia, Dr Nasser Loza.
"Ucapan Puteri 'Mental Health: We Can and Need to Do Better (Kesihatan Mental: Kita Boleh dan Perlu Melakukan Lebih Baik) akan menyentuh mengenai landskap kesihatan mental di Malaysia semasa pandemik dan pemulihan negara ke arah normal baharu serta kepelbagaian platform kesihatan mental yang ada dan peranan mereka dalam menggerakkan masyarakat," katanya.
GRG berkata, majlis sambutan bagi menghargai Tengku Puteri Iman Afzan dan Ahli Lembaga Persekutuan Dunia bagi Kesihatan Mental akan diadakan pada 29 Jun dengan delegasi Malaysia diiringi Zahid dan wakil dari Mercy Malaysia UK.
Tengku Puteri Iman Afzan dan delegasi Malaysia dijadual menghadiri Majlis Makan Malam Gala Kongres Dunia ke-23 pada 30 Jun di Royal Society of Medicine sebelum majlis penutupan kongres pada 1 Julai, katanya.
Sementara itu, Dr Andrew dalam kenyataan sama berkata, jemputan Tengku Puteri Iman Afzan sebagai penaung kongres dunia itu telah meletakkan Malaysia di persada dunia sebagai negara contoh melaksanakan inisiatif kesihatan mental masyarakat yang inovatif.
"Ia juga merupakan pengiktirafan terhadap kerja advokasi kesihatan mental yang dilakukan oleh Tengku Puteri melalui GRG," kata Dr Andrew yang juga Bendahari Persekutuan Dunia bagi Kesihatan Mental.
Menurut kenyataan itu, Tengku Puteri sebagai penaung pada kongres dunia itu adalah yang pertama mewakili Asia dan buat julung kalinya menyaksikan kehadiran delegasi Malaysia.
Lawatan ke London adalah peluang untuk mempelajari amalan terbaik mengenai topik khusus, seperti kesihatan mental para ibu, kesihatan mental di tempat kerja dan kesihatan mental remaja, katanya.
- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 23 2022

Tengku Puteri Iman Afzan akan mengetuai delegasi Malaysia ke Kongres Persekutuan Kesihatan Mental Dunia ke-23 di Westminster, London pada 27 Jun hingga 1 Julai depan. - Gambar BERNAMA

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

Tengku Puteri Iman ketuai delegasi Malaysia ke Kongres Kesihatan Mental di London
Jemputan Tengku Puteri Iman Afzan sebagai penaung kongres dunia itu telah meletakkan Malaysia di persada dunia.

Tengku Puteri Iman dilantik Perwakilan Persekutuan Kesihatan Mental Sedunia PBB
Pelantikan Tengku Puteri Iman akan menegaskan usaha Malaysia ke arah meningkatkan kesedaran kesihatan mental, rawatan dan cabaran dasar.

Program sarjana baru Taylor's University: Tengku Puteri Iman Afzan kongsi kepentingan kesihatan mental
Ia dibangunkan bagi mencipta insfrastruktur positif dan selamat di dalam negara selain mengatasi masalah kekurangan pakar bidang tersebut.

Agong, Permaisuri dan anakanda beriben hijau sempena Hari Kesihatan Mental Sedunia
Riben hijau merupakan simbol kesihatan mental antarabangsa, selain sebagai tanda sokongan bagi kesedaran dan penyebab kesihatan mental serta membantu membina solidariti untuk komuniti itu.