KUALA LUMPUR: Pelaksanaan teknologi Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) di Plaza Tol Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) buat masa ini adalah bagi memastikan keberkesanan sistem itu sebelum ia diperluaskan.
Menteri Kanan Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof berkata tempoh percubaan yang dilaksanakan oleh PLUS itu bagi membuktikan teknologi berkenaan dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi di lebuh raya.
"Sebab itu tempoh percubaan ini adalah kritikal untuk kita mengenal pasti daripada segi teknologi, pentadbiran, perundangan serta kelancaran ataupun efisiensi sistem yang ada itu dan tidak akan membebankan rakyat dan pengguna lebuh raya itu sendiri.
"Itulah yang sedang kita lihat dan perincikan di peringkat Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan Kementerian Kerja Raya," katanya semasa sesi soal jawab pada persidangan Dewan Negara di sini hari ini.
Beliau menjawab soalan tambahan Senator Datuk Razali Idris yang ingin tahu sama ada Kementerian Kerja Raya akan mempertimbangkan untuk sistem SmartTag dan RFID disatukan dalam lorong yang sama bagi pembayaran tol memandangkan kedua-dua sistem itu diletakkan di lorong berasingan.
Fadillah berkata pembekal perkhidmatan bagi kedua-dua sistem pembayaran tol itu adalah berbeza maka teknologi serta 'reader' (pengesan tekonologi) juga tidak sama.
"Sekiranya diletakkan dalam satu lorong, ia akan menyebabkan kecelaruan untuk mengenal pasti sistem tag yang digunakan maka disebabkan itu, mereka mengasingkannya," katanya.
Mengenai harga RFID, Fadillah berkata nilai RM35 itu merangkumi kos tag, pemasangan tag, sistem dan pengoperasian, namun kerajaan telah meminta supaya pihak Touch 'n Go Sdn Bhd untuk mengkaji semula kos itu bagi tujuan mengurangkan harga jualan.
Fadillah menjawab soalan asal Senator Muhammad Zahid Md Arip yang ingin tahu asas perundangan LLM bagi mewajibkan penggunaan RFID berharga RM35 sedangkan sistem kad Touch 'n Go (TnG) hanya melibatkan kos RM10.
"Pelaksanaan sistem kutipan tol dengan menggunakan teknologi RFID pada masa ini merupakan pilihan pengguna di samping pihak lebuh raya masih mengekalkan mod pembayaran lain seperti kad Touch 'n Go dan SmartTag.
"Kementerian sentiasa mengkaji dan meneliti pilihan yang sesuai bagi memastikan kemudahan pengguna dalam melaksanakan transaksi tol di lebuh raya diutamakan," katanya menambah pengenalan RFID selaras hasrat kerajaan untuk beralih kepada sistem kutipan tol secara Sistem Laluan Terus Pelbagai Lorong (MLFF) menjelang 2025.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 23 2022
![Tempoh percubaan pelaksanaan RFID adalah kritikal sebelum diperluaskan - Fadillah Tempoh percubaan pelaksanaan RFID adalah kritikal sebelum diperluaskan - Fadillah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/41648013679_TBFADILLAH.jpg)
Fadillah berkata tempoh percubaan yang dilaksanakan oleh PLUS itu bagi membuktikan teknologi berkenaan dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi di lebuh raya. - Foto BERNAMA
![Bursa Malaysia meneruskan peningkatan pada awal dagangan Bursa Malaysia meneruskan peningkatan pada awal dagangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51709865166_BURSAMALAYSIA.jpg)
Bursa Malaysia meneruskan peningkatan pada awal dagangan
Pada 9.19 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menambah 0.20 mata kepada 1,630.02 daripada 1,629.82 ketika ditutup pada Isnin.
AWANI Pagi: Hidup bersama COVID-19
Jom ketahui semua info penting tentang “Hidup Bersama COVID-19”! Langkah, pengurusan kes, vaksin, dan banyak lagi bersama Dr Aznida Mohamad Zaki, Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Bahagian Kawalan Penyakit Kementerian Kesihatan Malaysia dalam Awani Pagi Selasa, 8.30 pagi.
![Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/71699450877_wang.jpg)
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Pada jam 8 pagi, ringgit meningkat kepada 4.6695/6735 berbanding dolar US daripada 4.6725/6745 semalam.
YB Kinabatangan 'musykil' Ahli Parlimen PN pakai riben putih
Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Seri Bung Moktar Radin 'musykil' Ahli Parlimen Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) guna lilitan riben putih.
#AWANInews #SisiTVParlimen
#AWANInews #SisiTVParlimen
Penguasaan bahasa Inggeris, KPM buka ruang kepada pesara beri cadangan
"Kalau sukarelawan Singapura nak datang, kita alu-alukan. Kalau guru-guru bersara nak berkhidmat dengan kita pun kita alu-alukan," kata Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.
#AWANInews #SisiTVParlimen
#AWANInews #SisiTVParlimen
![Pan Gon bakal umum letak jawatan hari ini? Pan Gon bakal umum letak jawatan hari ini?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61718169354_TBKimPanGon.jpg)
Pan Gon bakal umum letak jawatan hari ini?
Kim Pan-gon dipercayai akan mengadakan sidang akhbar hari ini untuk mengumumkan peletakan jawatannya.
AWANI Ringkas: Syor ambil guru Bahasa Inggeris dari Singapura jadi tumpuan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![Suspek kes kematian Nur Farah Kartini direman tujuh hari Suspek kes kematian Nur Farah Kartini direman tujuh hari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721098519_suspekbunuhNurFar.jpg)
Suspek kes kematian Nur Farah Kartini direman tujuh hari
Perintah reman terhadap suspek lelaki berusia 26 tahun itu dikeluarkan Hakim Nurul Mardhiah Mohammed Redza.
KPM teliti cadangan sukarelawan Guru Bahasa Inggeris dari Singapura
Sukarelawan berbentuk hubungan diplomasi yang dibiayai kerajaan Singapura bagi bantu tingkatkan penguasaan bahasa Inggeris murid di kawasan miskin bandar dan luar bandar, kata Menteri Pendidikan.
#AWANInews #SisiTVParlimen
#AWANInews #SisiTVParlimen
Niaga AWANI: [Pasca IPO] Apa hala tuju Johor Plantations Group?
Johor Plantations Group (JPG) memperoleh RM735 juta daripada penyenaraiannya di pasaran utama Bursa Malaysia sejak 9 Julai lalu. Bagaimanakah pelan JPG untuk terus berdaya saing pada masa hadapan?
![Sistem penyimpanan senjata api pintar ciptaan syarikat Malaysia diguna polis Singapura Sistem penyimpanan senjata api pintar ciptaan syarikat Malaysia diguna polis Singapura](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/61705318393_SWSinntech.jpg)
Sistem penyimpanan senjata api pintar ciptaan syarikat Malaysia diguna polis Singapura
Sistem penyimpanan senjata api pintar (SWS) yang dibangunkan sebuah syarikat tempatan, SWS Inntech Sdn. Bhd. (SWS Inntech) berjaya menembusi pasaran luar apabila digunakan beberapa negara serantau.
![KKR pantau penggunaan RFID, kaji amalan terbaik penggunaan MLFF KKR pantau penggunaan RFID, kaji amalan terbaik penggunaan MLFF](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/71699245801_AbdulRahmanMohamad.jpg)
KKR pantau penggunaan RFID, kaji amalan terbaik penggunaan MLFF
Abdul Rahman berkata, Kerajaan sedang masih dalam proses kajian mengenai MLFF, dan menjangkakan ujian percubaan pada 2024 untuk melihat kesesuaian kaedah tersebut.
![Sistem RFID, MyDIGITAL antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini Sistem RFID, MyDIGITAL antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/71686822011_RFID.jpg)
Sistem RFID, MyDIGITAL antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Dewan Rakyat hari ini antara lain bakal membincangkan hala tuju kerajaan berhubung sistem RFID di semua lebuh raya di negara ini.
![Touch 'n Go sasar 4 juta pengguna RFID menjelang penghujung 2024 Touch 'n Go sasar 4 juta pengguna RFID menjelang penghujung 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/41697368690_ChowKonYeowGoRF.jpg)
Touch 'n Go sasar 4 juta pengguna RFID menjelang penghujung 2024
Touch 'n Go Sdn Bhd (Touch 'n Go) menyasarkan empat juta pelanggan Pengecaman Frekuensi Radio (RFID) menjelang penghujung 2024.
![12 lorong tambahan RFID di Lebuhraya Utara-Selatan mula beroperasi 12 lorong tambahan RFID di Lebuhraya Utara-Selatan mula beroperasi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/51679558081_RFID.jpg)
12 lorong tambahan RFID di Lebuhraya Utara-Selatan mula beroperasi
Kerja-kerja menambah 12 lorong tambahan teknologi Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) di Lebuhraya Utara-Selatan kini sudah selesai dan telah mula beroperasi sejak 11 Mac lepas.
![Atasi kesesakan, ini senarai plaza tol tambah lorong RFID bermula April 2023 Atasi kesesakan, ini senarai plaza tol tambah lorong RFID bermula April 2023](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/51673608853_RFID.jpg)
Atasi kesesakan, ini senarai plaza tol tambah lorong RFID bermula April 2023
Sebanyak 12 lorong Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) akan ditambah selewat-lewatnya pertengahan April 2023 bagi menangani masalah kesesakan di plaza tol.
![Kesesakan tol RFID: Semua pihak terlibat dipanggil berbincang - Nanta Kesesakan tol RFID: Semua pihak terlibat dipanggil berbincang - Nanta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/81643027678_RFID.jpg)
Kesesakan tol RFID: Semua pihak terlibat dipanggil berbincang - Nanta
Beliau menerima aduan melalui Twitter Abdul Rahman Dahlan berkaitan perkara itu yang dipanjangkan kepada Anthony Loke.
![Mengapa kita perlu beralih ke RFID? Ini penjelasan PLUS Mengapa kita perlu beralih ke RFID? Ini penjelasan PLUS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/81650259784_PlazaTolPLUS.jpg)
Mengapa kita perlu beralih ke RFID? Ini penjelasan PLUS
Penjelasan PLUS mengenai keperluan beralih pada penggunaan RFID.
![Pembukaan semula sempadan: MOT terima 191,293 permohonan kenderaan dari Singapura Pembukaan semula sempadan: MOT terima 191,293 permohonan kenderaan dari Singapura](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/81648801117_TBENDEMIK.jpg)
Pembukaan semula sempadan: MOT terima 191,293 permohonan kenderaan dari Singapura
Hanya sekitar 65,000 kenderaan sahaja telah mendapat kebenaran masuk setelah masing-masing memiliki dan memasang tag Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) Permit Kemasukan Kenderaan (VEP).
![Tempoh percubaan pelaksanaan RFID adalah kritikal sebelum diperluaskan - Fadillah Tempoh percubaan pelaksanaan RFID adalah kritikal sebelum diperluaskan - Fadillah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/41648013679_TBFADILLAH.jpg)
Tempoh percubaan pelaksanaan RFID adalah kritikal sebelum diperluaskan - Fadillah
Pelaksanaan teknologi Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) di Plaza Tol Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) buat masa ini adalah bagi memastikan keberkesanan sistem itu sebelum ia diperluaskan.