KLANG: Mahkamah Tinggi di sini memberikan tempoh tambahan hingga 13 Ogos depan kepada Hospital Bahagia Ulu Kinta, Tanjung Rambutan di Perak untuk pemerhatian lanjut keadaan mental seorang pemuda didakwa membunuh teman wanitanya yang hamil, tahun lepas.
Tempoh lanjutan itu dikeluarkan Timbalan Pendaftar Mohd Hirman Ab Raub dalam prosiding sebutan semula kes bunuh ke atas Muhammad Fakrul Aiman Sajali, 21, hari ini.
"Laporan psikiatri masih belum sedia. Jadi kita bagi lanjutan hingga 13 Ogos," katanya serta menetapkan 14 Ogos depan bagi serahan keputusan laporan psikiatri berkenaan.
Mohd Hirman berkata tarikh perbicaraan dijangka ditetapkan semasa sebutan semula kes itu bergantung kepada laporan yang akan diterima nanti.
Mahkamah Tinggi Klang pada 15 Mei lepas membenarkan permohonan Muhammad Fakrul Aiman yang diwakili peguam Muhammad Nor Tamrin untuk dirujuk kepada pakar psikiatri bagi menjalani pemeriksaan mental.
Pada 1 Jun tahun lepas, Muhammad Fakrul Aiman didakwa membunuh Nur Anisah Abdul Wahab, 21, di Jalan Sungai Limau antara 8.30 malam 22 Mei dan 8 pagi 23 Mei 2023, mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati, jika sabit kesalahan.
Media sebelum ini melaporkan perselisihan faham untuk menyembunyikan kehamilan di luar nikah dipercayai punca seorang pelayan restoran dibunuh secara kejam dengan ditikam, dikelar perut dan dibakar teman lelakinya di sekitar kebun kelapa sawit di Jalan Sungai Limau pada 22 Mei tahun lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 23 2024

Pada 1 Jun tahun lepas, Muhammad Fakrul Aiman didakwa membunuh Nur Anisah di Jalan Sungai Limau, mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati, jika sabit kesalahan. - Gambar fail/ Bernama

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Tempoh pemerhatian mental tertuduh kes bunuh, bakar kekasih hamil dilanjut
Mahkamah Tinggi memberikan tempoh tambahan hingga 13 Ogos depan kepada Hospital Bahagia Ulu Kinta untuk pemerhatian lanjut keadaan mental seorang pemuda didakwa membunuh teman wanitanya yang hamil.

Bunuh kekasih hamil: Bekas polis terlepas hukuman gantung
Seorang bekas anggota polis terlepas tali gantung selepas Mahkamah Persekutuan mengetepikan hukuman gantung terhadapnya kerana membunuh kekasihnya yang hamil pada 2015.

Bunuh, bakar kekasih hamil: Tertuduh dibenar rujuk pakar psikiatri
Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan seorang pemuda didakwa membunuh kekasihnya yang hamil, dirujuk kepada pakar psikiatri.

Bunuh kekasih hamil: Permohonan tertuduh rujuk psikiatri ditolak
Majistret Siti Hajar Ali menolak permohonan itu atas alasan perkara itu perlu diputuskan oleh Mahkamah Tinggi.