Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata sebuah tempat khas untuk menempatkan golongan gelandangan di ibu kota dijangka siap dalam tempoh enam bulan akan datang.
"Ia tidak patut lama...dalam enam bulan akan siap," katanya kepada pemberita selepas melakukan tinjauan secara mengejut aktiviti Dapur Jalanan di sekitar Jalan Tun Perak di sini, malam tadi.
Najib berkata selain menyediakan tempat tidur pada waktu malam buat gelandangan, tempat khas itu juga akan dilengkapi kemudahan bilik mandi serta lokar untuk menyimpan barangan golongan kurang bernasib baik itu.
"Itu yang dia perlu, bukan flat tapi tempat di mana dia boleh tidur supaya tidak tidur di tepi jalan," katanya.
Najib turut melahirkan penghargaan kerajaan terhadap peranan yang dimainkan sukarelawan khususnya yang terlibat dalam menyediakan makanan dan minuman serta bantuan kesihatan kepada golongan gelandangan di ibu kota.
Perdana Menteri yang tiba pada 10.40 malam meluangkan masa kira-kira sejam melihat sendiri aktiviti pengagihan makanan dan minuman oleh sukarelawan Dapur Jalanan, selain turut berjalan kaki melihat keadaan di sekitar Bangunan Cahaya Suria.
Najib, yang turut ditemani Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor serta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim, meluangkan masa untuk beramah mesra dengan beberapa gelandangan yang tidur di tepi jalan, termasuk di perhentian bas.
Isu gelandangan di ibu kota menjadi topik hangat kebelakangan ini termasuk apabila Kementerian Wilayah Persekutuan membuat keputusan melarang Dapur Jalanan daripada beroperasi dalam lingkungan 2km dari pusat beli belah terkemuka Lot 10 di Jalan Bukit Bintang di sini, minggu lepas.
Namun, pada Selasa, Tengku Adnan menarik balik arahan tersebut dan memberi peluang kepada badan bukan kerajaan (NGO) yang menjalankan aktiviti Dapur Jalanan untuk beroperasi di kawasan itu sehingga 16 Ogos ini, iaitu selepas sambutan Aidilfitri.
Sejurus tiba Perdana Menteri telah meninjau aktiviti sukarelawan Pertiwi Soup Kitchen yang mengedarkan nasi berlauk ayam bersama buah epal, kopi O panas, sirap, roti bun, biskut wafer dan minuman kotak kepada gelandangan, kebanyakannya warga emas di kawasan tersebut.
Najib turut diberi penerangan mengenai aktiviti Pertiwi Soup Kitchen oleh pengasasnya Munirah Abdul Hamid.
Ketika mengadakan tinjauan di sekitar Bangunan Cahaya Suria, Najib turut menegur seorang lelaki warga emas yang sedang tidur di sebuah perhentian bas dan beliau terkejut apabila menyedari Perdana Menteri berdiri di sebelahnya.
Najib turut meluangkan masa hampir 10 minit bertanya khabar kepada bekas pemandu teksi Lim Kim Hua, 63, yang terpaksa hidup bergelandangan kerana tiada keluarga untuk menjaganya.
Perdana Menteri juga sempat menjenguk seorang ayah dan anak lelakinya yang berusia kira-kira dua tahun yang sedang nyenyak tidur beralaskan plastik di siar kaki Jalan Silang.
Najib turut bertanya khabar dengan satu-satunya wanita yang ditemui tidur di tepi Jalan Silang itu iaitu Norliza Mat Zain, 42, yang berasal dari Teluk Intan dan datang ke Kuala Lumpur untuk menemani suaminya mendapatkan pekerjaan.
Bagaimanapun suaminya kini berada dalam penjara dan bakal dibebaskan sebelum Aidilfitri ini.
Najib juga turut mendengar luahan hati bekas penjual kereta Tan Yap Heng, 70-an yang mendakwa sudah 20 tahun hidup bergelandangan berikutan tidak mampu untuk mendapatkan pekerjaan kerana faktor usia dan pernah dirompak.
Tan memberitahu Perdana Menteri bahawa setiap kali beliau memohon bantuan dari agensi kebajikan kerajaan, permohonan beliau sering ditolak kerana beliau tidak mempunyai alamat tempat tinggal tetap.
Bernama
Thu Jul 10 2014

Perdana Menteri bertanya sesuatu kepada salah seorang gelandangan yang tidur di kaki lima berhampiran Kotaraya di sini malam tadi. -- Foto Bernama

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Hanna Alkaf dan era baru 'walk the talk'
Projek ini turut menyediakan pakaian kepada gelandangan, kanak-kanak miskin, warga tua terbiar dan pesakit mental yang terabai. Majoritinya di jalanan.

'Dapur Jalanan' boleh beroperasi seperti biasa - Tengku Adnan
Aktiviti 'Dapur Jalanan' dibenar beroperasi seperti biasa tanpa sebarang tempoh tertentu, namun aspek kebersihan akan dipantau ketat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Garis panduan operasi 'Dapur Jalanan' akan diumum Ogos
Semua dapur jalanan, sama ada yang beroperasi di dalam bangunan ataupun yang bergerak boleh meneruskan operasi mereka pada ketika ini dengan syarat mengutamakan kebersihan.

Tempat khas buat gelandangan siap enam bulan lagi - Najib
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata sebuah tempat khas untuk menempatkan golongan gelandangan di ibu kota dijangka siap dalam tempoh enam bulan akan datang.

Dapur Jalanan, Pemuda PAS WP kecam tindakan hukum peminta, pemberi sedekah
Pusat-pusat perlindungan gelandangan perlu diwujudkan di ibu kota bagi menempatkan para pengemis, mengelakkan pengemis daripada berkeliaran.