GEORGE TOWN: Seorang ibu tidak menyangka mesej bergambar yang dihantar anak lelakinya melalui aplikasi WhatsApp adalah yang terakhir perbualan antara mereka berdua.
Noraini Jaafar, 54, berkata anak keduanya itu menghantar gambar menu berbuka puasa dan gambarnya memakai uniform untuk ke tempat kerja dua hari lalu.
"Siapa yang tidak terkejut apabila mendapat berita bahawa anaknya sudah tiada sedangkan saya baru berbual dengan arwah dua hari lalu di WhatsApp.
"Arwah ada menyatakan rindu masakan saya kerana tidak dapat pulang.
"Pada waktu kami berbual itu, tiada perubahan yang ditunjukkan arwah," katanya ketika ditemui di pekarangan Jabatan Forensik Hospital Pulau Pinang (HPP) pada Sabtu.
Noraini merupakan ibu kepada anggota polis, Konstabel Muhammad Iqbal Mazlan, 22, yang maut dalam kemalangan ketika mengejar penjenayah dalam kejadian di Jalan Utama di sini pada jam 1.35 pagi pada Sabtu.
Noraini berkata, dia mendapat tahu kejadian yang menimpa anak kedua dari tiga beradik itu selepas menerima panggilan daripada kawan arwah pada jam 2.35 pagi.
"Selepas terima berita itu, saya dan suami, Mazlan Omar terus bergegas dari Kuala Besut, Terengganu ke sini (Pulau Pinang) untuk proses pengecaman.
"Saya sedih tetapi reda dengan pemergian arwah anak saya. Dia anak yang baik. Baru-baru ini (9 April) dia ada kirim telekung berwarna merah untuk saya. Itu lah pemberian terakhir arwah yang akan saya simpan untuk selama-lamanya.
"Saya harap penjenayah yang menyebabkan kematian anak saya itu dikenakan hukuman setimpal," katanya.
Keluarga arwah sedang menunggu proses bedah siasat di Jabatan Forensik HPP.
Dalam kejadian awal pagi itu, arwah yang merupakan anggota Balai Polis Datuk Keramat itu sedang membuat rondaan cegah jenayah bersama dua rakan setugasnya.
BACA: Anggota polis maut motosikal dihimpit hingga terbabas, suspek ditahan
Arwah baharu memulakan tugasnya sebagai anggota polis sejak 18 bulan lalu di balai polis tersebut.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, ketika rondaan itu, arwah bersama dua rakan setugasnya terserempak dengan seorang lelaki sedang menunggang motosikal dalam keadaan mencurigakan.
Menurutnya, ketika ditahan suspek terus memecut laju motosikal ke arah Jalan Scotland lalu dikejar oleh ketiga-tiga anggota polis tersebut.
Tambahnya, ketika tiba persimpangan lampu isyarat, motosikal arwah bergesel dengan suspek yang disyaki tokan dadah lalu terjatuh dan kepalanya terhantuk pada pembahagi jalan.
"Arwah maut di tempat kejadian manakala suspek yang berusia 35 tahun dan mempunyai 11 rekod jenayah itu berjaya ditahan.
"Ujian saringan air kencing suspek positif dadah.
"Suspek akan direman di Kompleks Mahkamah Georgetown esok. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu bunuh serta Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas," katanya ketika ditemui di pekarangan Jabatan Forensik HPP pada Sabtu.
Soffian berkata, mayat Muhammad Iqbal akan dibawa balik ke kampung halamannya Kampung Air Tawar, Besut di Terengganu untuk dikebumikan di sana.
Berita asal: Telekung merah pemberian terakhir arwah Iqbal kepada ibu
Sinar Harian
Sat Apr 17 2021

Noraini berkata Muhammad Iqbal ada menghantar gambar menu berbuka puasa dan gambarnya memakai uniform untuk ke tempat kerja dua hari lalu. -Foto Sinar Harian

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Telekung merah pemberian terakhir arwah Iqbal kepada ibu
Noraini Jaafar, 54, berkata anak keduanya itu menghantar gambar menu berbuka puasa dan gambarnya memakai uniform untuk ke tempat kerja dua hari lalu.

1 maut, 6 cedera dalam serangan bom bunuh diri di balai polis Medan
Setakat ini, pihak berkuasa Indonesia masih menyaisat punca serangan.

Thailand tahan warga Pakistan didakwa bekal pasport palsu kepada militan Daish
Bagaimanapun, Timbalan Perdana Menteri Jen Prawit Wongsuwan berkata percubaan oleh lelaki berusia 51 tahun itu untuk membawa masuk individu dari Timur Tengah ke Thailand gagal.