Tarikh Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) mungkin akan diumumkan selepas usul persempadan kawasan pilihan raya diluluskan sebelum sidang parlimen kali ini berakhir, iaitu 5 April ini, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Katanya lagi, mengikut aturan mesyuarat parlimen, sidang mesyuarat akan tertumpu kepada perbahasan Titah Diraja, sesi menjawab oleh menteri-menteri berkaitan, serta pembentangan rang undang-undang untuk peruntukan tambahan oleh Kementerian Kewangan, sebelum usul persempadanan semula dibacakan buat kali pertama.
“Bila bacaan kali pertama dilakukan, ada tempoh seminggu untuk ahli parlimen mendapat dokumen baru bagi meneliti persempadanan semula mengikut persempadanan terbaru. Kemudian ia akan diperbahaskan dan diundi, setuju atau tidak.
“Oleh kerana ahli parlimen tinggal 220 saja, dua orang telah pun meninggal dunia, maka Dewan Rakyat perlu majoriti mudah ertinya, untuk menerima rang undang-undang ini, perlu 111 undi sokong daripada 220 ahli parlimen,” katanya ketika berucap di majlis Luncheon Talk bersama Ketua-ketua Pengarang dan Pemilik Permit Penerbitan di Putrajaya hari ini
Kata Timbalan Perdana Menteri lagi, usul itu tidak perlu dibawa ke Dewan Negara, sebaliknya boleh terus dibawa untuk mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong untuk digazetkan.
“Selepas itu (penggazetan), akan ada tempoh tertentu untuk dikuatkuasakan, kemudian barulah parlimen akan dibubarkan, dan diikuti Dewan Undangan Negeri,” katanya lagi.
Untuk rekod, sidang parlimen kali ini akan berlangsung hingga 5 April, manakala tarikh akhir Parlimen terbubar secara automatik ialah pada 24 Jun.
Firdaus Azil
Tue Mar 13 2018
![Tarikh PRU14 mungkin diketahui sebelum 5 April - TPM Tarikh PRU14 mungkin diketahui sebelum 5 April - TPM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-02/61519109298_TPMzahidhamidi.jpg)
Ahmad Zahid berkata, usul itu tidak perlu dibawa ke Dewan Negara, sebaliknya boleh terus diperkenankan Agong.
![‘The Experts’ gegarkan 18 pawagam di Cambodia bermula hari ini ‘The Experts’ gegarkan 18 pawagam di Cambodia bermula hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721200186_theexperts.jpg)
‘The Experts’ gegarkan 18 pawagam di Cambodia bermula hari ini
Filem rompakan tempatan nombor satu Malaysia, The Experts terus melangkah jauh dengan menembusi pasaran di negara Cambodia bermula hari ini.
HRD Corp sudah tarik balik surat tuntutan kepada akhbar - Steven
Steven Sim menegaskan beliau tidak bersetuju dengan tindakan menyaman media kerana berpegang kepada kebebasan media.
Perundangan baharu diperkenal kawal selia BBP
Satu perundangan baharu akan diperkenalkan bertujuan mengawal selia Badan Berkanun Persekutuan (BBP) serta syarikat-syarikat di bawahnya.
PM jumpa keluarga Teoh Beng Hock minggu depan
Pertemuan itu adalah untuk meneliti memorandum tuntutan yang mahu disampaikan keluarga berkenaan kepada kerajaan dan menurutnya, jadual beliau pada minggu ini agak padat dan akan mengadakan pertemuan selepas Mesyuarat Majlis Raja-Raja dan pertabalan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.
![Insiden tanah runtuh di Mimika ragut tujuh nyawa Insiden tanah runtuh di Mimika ragut tujuh nyawa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721204433_tanahruntuh.jpg)
Insiden tanah runtuh di Mimika ragut tujuh nyawa
Abdul Muhari berkata bahawa agensi pengurusan bencana Mimika melaporkan terdapat 17 lokasi tanah runtuh di kawasan Tembagapura.
![HRD Corp tarik semula surat tuntutan terhadap The Edge - Sim HRD Corp tarik semula surat tuntutan terhadap The Edge - Sim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720587505_tbStevenSim.jpg)
HRD Corp tarik semula surat tuntutan terhadap The Edge - Sim
HRD Corp menarik semula surat tuntutan yang diserahkan kepada The Edge berhubung pemberitaan mengenai laporan PAC membabitkan agensi tersebut.
![Khaled Nordin sedia beri kerjasama jika dipanggil PAC berhubung LTAT Khaled Nordin sedia beri kerjasama jika dipanggil PAC berhubung LTAT](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720858652_tbKhaledNordin.jpg)
Khaled Nordin sedia beri kerjasama jika dipanggil PAC berhubung LTAT
Menteri Pertahanan bersedia memberikan kerjasama sekiranya dipanggil PAC bagi prosiding LTAT yang akan datang.
Ikuti siaran langsung istiadat pertabalan Sultan Ibrahim sebagai YDPA ke-17
Tanggal 20 Julai 2024 bakal terlakar dalam lipatan sejarah Malaysia dengan pertabalan Sultan Ibrahim sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-17 dalam istiadat gilang-gemilang di Istana Negara. Ikuti siaran langsung istiadat bersejarah ini di saluran 501, Live TV dan platform media sosial Astro AWANI.
"Asah kapak tajam beliung,
Tebang mari kayu berduri,
Tuanku umpama kemuncak payung,
Patik di bawah berteduh diri." - DBP
#AgongKita
"Asah kapak tajam beliung,
Tebang mari kayu berduri,
Tuanku umpama kemuncak payung,
Patik di bawah berteduh diri." - DBP
#AgongKita
"Kenapa sebut nama Arau, Arau tak perlukan mereka..," - YB Arau
YB Arau kemuka 'point of order' berikutan ada yang menyebut namanya.
#SisiTVParlimen
#SisiTVParlimen
Saya baca tadi dalam Bahasa Melayu bukan Bahasa Arab - Dr Dzulkefly
"Saya sangat terkilan setelah berhempas pulas saya memberikan faham kepada Arau, rupa-rupanya tak faham," kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
#SisiTVParlimen
#SisiTVParlimen
![Bekas ADUN Nangka angkat sumpah Ahli Dewan Negara Bekas ADUN Nangka angkat sumpah Ahli Dewan Negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721030816_tbAwangBemee.jpg)
Bekas ADUN Nangka angkat sumpah Ahli Dewan Negara
Bekas ADUN Nangka, Sarawak Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah mengangkat sumpah jawatan sebagai Ahli Dewan Negara.
![Pemimpin sayap kiri Perancis gesa Macron panggil NFP bentuk kerajaan Pemimpin sayap kiri Perancis gesa Macron panggil NFP bentuk kerajaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720405644_JeanLucMelenchon.jpg)
Pemimpin sayap kiri Perancis gesa Macron panggil NFP bentuk kerajaan
Melenchon menggesa Perdana Menteri untuk meletakkan jawatan dan Macron harus memanggil NFP untuk membentuk kerajaan baharu.
![Syed Husin insan amat rapat, sentiasa jadi rujukan - Anwar Syed Husin insan amat rapat, sentiasa jadi rujukan - Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71719664342_AnwarIbrahim.jpg)
Syed Husin insan amat rapat, sentiasa jadi rujukan - Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan Allahyarham Dr Syed Husin Ali sebagai seorang sahabat, pemikir, dan guru beliau.
![Yang Dipertua Dewan Negara baharu adalah orang Sarawak - Abang Johari Yang Dipertua Dewan Negara baharu adalah orang Sarawak - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51717772958_AbangJohariTunOpe.jpg)
Yang Dipertua Dewan Negara baharu adalah orang Sarawak - Abang Johari
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg memberi bayangan bahawa Yang di-Pertua Dewan Negara yang baharu kelak, adalah orang Sarawak.
![Dua Ahli Dewan Negara angkat sumpah Senator hari ini Dua Ahli Dewan Negara angkat sumpah Senator hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71715856399_DatukNelsonWAnga.jpg)
Dua Ahli Dewan Negara angkat sumpah Senator hari ini
Dua Ahli Dewan Negara hari ini mengangkat sumpah jawatan di hadapan Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara Senator Datuk Nur Jazlan Mohamed.
![Belum bincang pengganti Speaker Dewan Negara - Fadillah Belum bincang pengganti Speaker Dewan Negara - Fadillah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/81712038156_FadillahYusof.jpg)
Belum bincang pengganti Speaker Dewan Negara - Fadillah
Fadillah berkata, pelantikan ke jawatan itu terletak di bawah budi bicara Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
![Belum bincang dengan PM mengenai pengganti Mutang - Abang Jo Belum bincang dengan PM mengenai pengganti Mutang - Abang Jo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/41708497684_TBAbangJohari.jpg)
Belum bincang dengan PM mengenai pengganti Mutang - Abang Jo
Abang Johari berkata perbincangan mengenai jawatan Yang Dipertua Dewan Negara belum dibincangkan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
![Sidang Dewan Negara labuh tirai, 17 rang undang-undang diluluskan Sidang Dewan Negara labuh tirai, 17 rang undang-undang diluluskan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51712240478_MutangTagal.jpg)
Sidang Dewan Negara labuh tirai, 17 rang undang-undang diluluskan
Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen Ke-15, Majlis Dewan Negara melabuhkan tirai hari ini setelah bersidang selama tiga minggu sejak 18 Mac lepas.
![Dewan Negara lulus dua RUU di bawah PETRA hari ini Dewan Negara lulus dua RUU di bawah PETRA hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71710741021_AkmalNasrullah.jpg)
Dewan Negara lulus dua RUU di bawah PETRA hari ini
Kedua-dua RUU itu diluluskan dengan lebih suara bersetuju, selepas bacaan kali ketiga oleh Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air Akmal Nasrullah Mohd Nasir.
![Aidilfitri: Kerajaan tambah 60 penerbangan ke Kota Bharu Aidilfitri: Kerajaan tambah 60 penerbangan ke Kota Bharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61712221488_TBDATUKHASBIHABI.jpg)
Aidilfitri: Kerajaan tambah 60 penerbangan ke Kota Bharu
Kerajaan telah meluluskan 60 penerbangan tambahan ke Kota Bharu, Kelantan melibatkan 15,962 tempat duduk sempena musim perayaan Aidilfitri ini.