KUALA LUMPUR: Lebih setahun COVID-19 melanda negara, Ramadan kali ini kembali ceria bagi umat Islam apabila pergerakan rakyat yang terbatas tahun lalu akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilonggarkan tahun ini.
Berbeza daripada tahun lepas apabila solat sunat tarawih hanya dibenarkan di rumah bersama keluarga namun tahun ini solat sunat berkenaan kembali dibenarkan di masjid dan surau mengikut prosedur operasi standard (SOP) ketat yang ditetapkan.
Lebih mengujakan Pasar Ramadan dan Bazar Aidilfitri yang tidak dibenarkan beroperasi tahun lalu kembali dibuka tahun ini, bagi melengkapkan sambutan bulan mulia ini.
Bagi memastikan pelaksanaan solat tarawih berjemaah tidak mencetuskan kluster baharu, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Datuk Mohd Ajib Ismail memberi jaminan 790 masjid, surau Jumaat dan surau di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan telah bersedia menanti ketibaan jemaah.
BACA: Umat Islam di Malaysia mula berpuasa esok
"Setiap masjid dan surau telah menubuhkan jawatankuasa pasukan petugas bagi menyelia dan mengawal SOP Jawi dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).
"Pihak penguat kuasa dari PDRM (Polis Diraja Malaysia) dan Jawi juga akan melakukan pemantauan berkala bagi memastikan semua SOP dipatuhi, walaupun masjid dan surau berada di hujung mana pun, mereka tidak akan terlepas dari pantauan," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Majlis berbuka puasa hanya dibenarkan untuk ahli jawatankuasa dan petugas sahaja manakala moreh tidak dibenarkan, tetapi bagi masjid dan surau yang mampu, mereka boleh menyediakan makanan berbungkus untuk dibawa pulang selepas solat.
Di NEGERI SEMBILAN Imam Besar Dr Muhammad Yusry Mazlan menasihatkan semua imam di negeri ini membaca surah yang pendek bersesuaian dengan situasi negara masih diancam pandemik COVID-19.
"Persiapan berjalan lancar, semua masjid telah diterangkan tentang prosedur operasi standard dan saya berharap semua jemaah memahami dan mematuhinya," katanya.
Di KELANTAN Mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamed berkata kebenaran solat tarawih serta aktiviti pengimarahan di masjid dan surau di seluruh negeri ini sepanjang bulan Ramadan harus direbut semua umat Islam.
Beliau berkata ibadah pada bulan Ramadan merupakan 'durian runtuh' namun umat Islam perlu sedar situasi pandemik COVID-19 masih belum pulih justeru mereka yang datang ke masjid dan surau perlu patuh pada setiap SOP yang ditetapkan.
Tinjauan di ibu negara KUALA LUMPUR pula mendapati peniaga sedang melakukan persiapan akhir sebagai memulakan hari pertama operasi mereka esok.
Peniaga Nor Hafizah Abdullah, 40, yang berniaga air di bazar Ramadan Taman Tasik Permaisuri Cheras berkata kebanyakan peniaga akan memulakan persiapan gerai termasuk memasang khemah pada petang ini dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur sudah menandakan tapak bagi setiap gerai.
Setiausaha Agung Gabungan Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Malaysia (GPPPKMM) Mohamed Zamri Mohammed berkata pihak penganjur bazar Ramadan juga diwajibkan untuk mengupah sekurang-kurangnya dua anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) bagi memantau pematuhan SOP bergantung kepada keluasan bazar.
Tinjauan Bernama di Pasar Chow Kit hari ini, mendapati orang ramai masih tidak melepaskan peluang membeli barang keperluan harian di saat-saat akhir dan peniaga daging import Mohd Hussein Hameed Ali, 42, berkata beliau berjaya menjual 500 kilogram daging semalam, lebih tinggi berbanding hari-hari biasa.
Pengurus Pasar Ramadan di Melaka International Trade Center (MITC) di MELAKA, Saiful Abu, 38, mengingatkan peniaga agar mematuhi setiap SOP yang ditetapkan seperti menyediakan QR Kod aplikasi MySejahtera.
Sementara itu, di ALOR SETAR peniaga yang ditemui menzahirkan rasa syukur kerana dapat berniaga di Pasar Ramadan pada tahun ini, dan sudah membuat segala persiapan bagi memastikan setiap SOP yang ditetapkan kerajaan dipatuhi.
Norasyikin Ahmad, 36, berkata dia gembira kerana dapat menjual nasi dan lauk campur bersama suaminya Rashid Bashir, 30, di Bazar Ramadan di perkarangan Stadium Darul Aman manakala Yunus Hamid, 62, bersyukur dibenarkan meneruskan kebiasaannya sejak 31 tahun lalu menjual kuih tradisional di Kompleks Pekan Rabu.
Di PERAK, pengunjung di Greentown Mall Ipoh, mula membeli kurma sebagai tradisi menyambut Ramadan manakala orang ramai di Pasar Jelapang Ipoh pula dilihat membeli pelbagai stok bahan mentah seperti sayur dan ikan segar untuk sahur dan berbuka.
Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Perak (KPDNHEP) Saifullizan Kamarul Zaman yang meninjau bekalan keperluan asas di Pasar Besar Awam Ipoh mengingatkan peniaga agar tidak mengambil kesempatan dengan menaikkan harga jualan sesuka hati.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 12 2021

Tahun ini solat sunat Tarawih kembali dibenarkan di masjid dan surau mengikut prosedur operasi standard (SOP) ketat yang ditetapkan. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.

KPDN perketat pemeriksaan harga, usaha tangani pencatutan sempena Ramadan
Ia bagi memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan mencatut atau membuat kenaikan harga yang tidak selaras dengan perundangan pencatutan.

Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat tarawih
Larangan ini diumumkan oleh Kementerian Urusan Islam, Dakwah dan Bimbingan Arab Saudi baru-baru ini.

TikTok LIVE Malaysia lancar kempen #BersamaDiRamadanRaya sempena musim perayaan
Inisiatif musim perayaan itu berlangsung selama lapan minggu dengan merubah platform tersebut menjadi hab yang meriah dengan reka bentuk baharu.

Ramadan: Penjawat awam wanita Negeri Sembilan dibenar pulang jam 2 petang setiap Jumaat
Kerajaan Negeri Sembilan membenarkan penjawat awam wanita yang bekerja di bawah pentadbiran kerajaan negeri pulang seawal jam 2 petang pada setiap Jumaat, Ramadan ini.

Tarawih 20 rakaat di masjid, surau Pahang
Pahang akan melaksanakan 20 rakaat solat sunat tarawih dengan tiga rakaat witir dua salam di seluruh masjid dan surau di negeri ini sepanjang Ramadan tahun ini.

Jadual solat tarawih, tahajjud bagi Ramadan kali ini diluluskan, tampil nama imam tersohor
Presiden Hal Ehwal Agama di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi, Sheikh Dr Abdul Rahman Al-Sudais telah meluluskan jadual solat Tarawih dan Tahajud bagi kedua-dua masjid suci sepanjang bulan Ramadan 1446

Waktu sekolah seperti biasa sepanjang Ramadan - KPM
Sekolah sesi petang di Semenanjung akan tamat pada pukul 5.30 petang, manakala 5 petang di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan sepanjang Ramadan ini.

Hantar anak tuisyen pilihan peribadi- Fadhlina
Keputusan menghantar anak ke pusat tuisyen untuk mengikuti pembelajaran tambahan adalah pilihan peribadi.

FAMA jamin bekalan kelapa menjelang Ramadan mencukupi
Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) memberi jaminan bekalan kelapa mencukupi menjelang Ramadan ini, susulan langkah intervensi yang telah diambil bagi mengatasi isu berkenaan.

Jelajah Assalamualaikum RaRa 2025 eratkan silaturahim - Zizan Razak
Jelajah Assalamualaikum RaRa 2025 adalah platform terbaik untuk mengeratkan silaturahim antara selebriti dan masyarakat.