KUALA LUMPUR: Taraf dan kedudukan bahasa Melayu mesti diangkat lebih tinggi dan tidak boleh disamaratakan dengan bahasa lain, selaras dengan peruntukan yang termaktub dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan.
Pensyarah Kanan Jabatan Pengajian Media dan Komunikasi Universiti Malaya, Mohamad Saleeh Rahamad berkata, selaras dengan kedudukan bahasa Melayu dalam perlembagaan, bahasa itu mesti digunakan sebagai bahasa rasmi negara, manakala bahasa lain dibenarkan untuk digunakan.
"Secara praktisnya, kita memerlukan bahasa lain bukan sahaja bahasa Inggeris, bahasa Arab...malah Mandarin pun, kalau boleh kuasai, (maka) kuasailah... kita tidaklah anti kepada bahasa lain, tapi martabat bahasa Melayu mesti lebih tinggi, tak boleh disamaratakan.
"Itu salah, jika kita samakannya (dengan bahasa lain), apakah fungsinya dalam perlembagaan?" katanya ketika menjadi tetamu dalam program Apa Khabar Malaysia: Martabatkan Bahasa Melayu Ke Peringkat Global, terbitan Bernama TV di sini, pada Isnin.
Beliau berkata, masyarakat hari ini, terutama generasi baharu berdepan dengan krisis nilai yang menganggap bahawa status seseorang itu lebih tinggi apabila mereka bertutur dalam bahasa Inggeris, sementara bertutur dalam bahasa Melayu dilihat sebagai tidak maju dan ketinggalan zaman.
"Masalahnya, dalam peringkat rasmi pun kadang-kadang penggunaan bahasa Melayu diperlecehkan sehingga menyebabkan kita rasa marah, sedih, contohnya apabila mesyuarat dalam jabatan kerajaan.. ada yang berasakan diri dia hebat kerana bahasa Inggerisnya bagus, jadi dia akan bercakap dalam bahasa itu.
"...tetapi saya tidaklah menyatakan generasi muda tidak perlu menguasai bahasa Inggeris, itu salah. Bukan begitu, mereka perlu menguasai bahasa Inggeris," katanya.
Justeru, Mohamad Saleeh yang juga Presiden Persatuan Penulis Nasional Malaysia berkata, golongan pemimpin seperti ahli politik perlu menjadi suri teladan dengan mengaplikasikan penggunaan bahasa Melayu yang betul, indah dan menarik dalam percakapan, terutamanya apabila diwawancara oleh media.
"Jika mereka sendiri bercakap tanpa mengikut struktur bahasa yang betul, gaya bahasa yang indah bagaimana orang akan kagum dengan Bahasa Melayu?" katanya. - BERNAMA
Bernama
Tue Feb 20 2024

Mohamad Saleeh berkata, masyarakat hari ini berdepan dengan krisis nilai yang menganggap bahawa status seseorang itu lebih tinggi apabila mereka bertutur dalam bahasa Inggeris. - Gambar Sinar Harian
Penerima pendidikan tinggi percuma tidak terikat berkhidmat di Sarawak
Anak Sarawak yang menerima tawaran pendidikan tinggi percuma oleh kerajaan negeri tidak terikat untuk berkhidmat di Sarawak apabila tamat pengajian.
Kerajaan Sarawak sedia bincang skop kerjasama Petros-Petronas - Abang Johar
Kerajaan Sarawak bersedia mengadakan perbincangan dengan Kerajaan Persekutuan bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Pemilihan CEC DAP: Chow Kon Yeow umum bertanding
Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow mengesahkan akan bertanding pada pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP bulan depan.

Paus Francis stabil selepas alami masalah pernafasan - Holy See
Paus Francis yang sedang menerima rawatan akibat radang paru-paru telah melalui malam yang tenang selepas mengalami serangan asma.

Malaysia selaku Pengerusi ASEAN utamakan usaha damai di selatan Thailand - Thaksin
Thaksin berkata lawatannya ke selatan Thailand susulan perbincangan beliau dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, baru-baru ini.

Polis buka 15 kertas siasatan penipuan pelaburan saham didalangi 'Datuk'
Dalam tempoh 19 Jan hingga Khamis lepas, pihaknya menerima 32 laporan membabitkan kes berkenaan yang melibatkan sebuah syarikat dengan kerugian lebih RM1.3 juta.
Penindasan etnik Rohingya ujian kredibiliti ASEAN
Bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini, peranan Malaysia datang dengan harapan dan jangkaan yang tinggi dalam mencari penyelesaian kepada krisis tersebut.

KKM sedia bekerjasama tangani peningkatan CKD
KKM alu-alukan pandangan semua pihak sama ada NGO, swasta mahupun agensi kerajaan berkaitan untuk menghasilkan inisiatif yang berkesan.
Kerajaan tidak campur urusan penguatkuasa
Anwar menegaskan kerajaan tidak mencampuri urusan badan penguat kuasa dalam mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak.

Ismail Sabri masih perlu pemantauan rapi doktor
Ismail Sabri dilaporkan telah sedar sepenuhnya petang semalam namun masih memerlukan pemerhatian rapi daripada doktor.

KDN jadi pemudah cara perhimpunan antirasuah esok - Saifuddin Nasution
Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan bertindak sebagai pemudah cara untuk memastikan kelancaran perhimpunan antirasuah yang dijadualkan berlangsung esok di Kuala Lumpur.

Titah Adendum: Menteri UMNO sedia beri kerjasama kepada Mahkamah Tinggi
Menteri-menteri yang mewakili UMNO sedia memberi kerjasama kepada Mahkamah Tinggi, jika diperlukan untuk memberikan keterangan dalam prosiding semakan berhubung Titah Adendum.

Tahanan rumah timbulkan isu hak kesamarataan banduan - Peguam
Membenarkan Najib Razak menjalani tahanan rumah akan menimbulkan pertikaian mengenai hak layanan undang-undang sama-rata.

Perhimpunan sokong Najib memalukan orang Melayu - Mukhriz
Mukhriz menyifatkan perhimpunan tersebut sebagai memalukan masyarakat Melayu.

UMNO akur titah Agong, batal Himpunan Solidariti Najib
UMNO tidak akan sesekali membelakangi Perlembagaan dan tetap menghormati apa jua peraturan dan undang-undang yang ditetapkan sebagaimana Titah Yang di-Pertuan Agong.

Permohonan kerajaan batal saman Hindraf didengar hakim lain 14 Mei
Permohonan kerajaan untuk membatalkan saman pemula difailkan Hindraf berhubung pembatalan pendaftaran persatuan itu akan didengar di hadapan hakim Mahkamah Tinggi yang lain, 14 Mei ini.

Pengampunan Diraja: Adam Adli gesa Dr Akmal tarik semula kenyataan
Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhammad Akmal Saleh digesa untuk menarik balik kenyataannya yang mempertikaikan pengampunan diraja Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Draf kertas Kabinet mengenai pengasingan kuasa AG dijangka siap pertengahan tahun depan
Anwar berkata, seorang menteri telah ditugaskan bersama dengan pasukan petugas untuk meneliti cadangan pembahagian fungsi antara AG dan PP.

Lantikan Mohd Dusuki ikut lunas undang-undang, selaras Perlembagaan - Fahmi
Lantikan itu juga selepas mengambil kira pengalaman luas Mohd Dusuki dalam bidang pendakwaan dan perundangan di Jabatan Peguam Negara.

Demi keselamatan dan keharmonian negara, Akta Hasutan terus kekal - Shamsul Anuar
Rakyat bagaimanapun masih mempunyai kebebasan bersuara dan mengkritik kerajaan seperti yang termaktub di bawah Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan