Mahasiswa yang menyertai himpunan Protes 'Tangkap Malaysian Official 1' (#TangkapMO1) merupakan segelintir kumpulan pelajar yang hanya mahu mencari publisiti murahan dan kabur dalam perjuangan masing-masing.
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin berkata, mereka juga jelas diperalat pimpinan pembangkang yang mahu mahasiswa hilang fokus dalam pembelajaran di universiti.
"Golongan ini memilih untuk berdemo di jalan raya di sebalik pelbagai peluang bersuara disediakan kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi Parlimen Belia, Parlimen Mahasiswa dan Majlis Permuafakatan Mahasiswa Negara.
"Tindakan itu tidak mencerminkan jiwa intelektual sebenar. Pertama, isu yang diperjuangkan masih dalam keadaan samar, kedua sekadar menurut rentak gendang dipalu pembangkang dan ketiga mengkhianati amanah dan citra negara yang mahukan golongan ini menjadi cendekiawan yang mampan dengan pencapaian cemerlang akademik dan sahsiah yang terpuji," katanya kepada Astro AWANI, di sini hari ini.
BACA: #TangkapMO1: Tindakan akan diambil terhadap pelajar tajaan MARA
BACA: Polis akan panggil penganjur perhimpunan haram - Timbalan KPN
Pada Sabtu, perhimpunan yang dianjurkan kumpulan aktivis Gerakan Anak Muda ini diadakan di sekitar ibu negara termasuk di hadapan pusat beli belah Sogo dan Masjid Negara.
Perhimpunan itu diadakan sebagai tanda mendesak identiti 'MO1', yang dinyatakan dalam saman sivil Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat, didedahkan dan dibawa ke muka pengadilan.
Dalam pada itu tegas Shaiful, mahasiswa juga lebih baik untuk menumpukan isu dalam kampus yang bersifat setempat berbanding perkara yang masih belum jelas difahami mereka sendiri.
"Apa yang seharusnya diberi keutamaan oleh golongan ini misalnya kebajikan pelajar, kemudahan asrama, peningkatan kualiti pengajaran dan kondusifnya kondisi pembelajaran.
"Namun golongan yang digelar pejuang mahasiswa ini gagal melihat isu berkenaan sebaliknya memilih jalan politik partisan dan ingin cepat glamour dengan cara dan kaedah yang salah.
"Inilah yang saya gelarkan sebagai kelompok mahasiswa yang masih belum berjiwa merdeka, lebih memalukan majoriti yang terlibat ialah mahasiswa Melayu," jelasnya.
BACA: #TangkapMO1: 'Pembangkang jadikan mahasiswa keldai politik' - Armand
Katanya lagi, segelintir mahasiswa Melayu ini masih terus dengan cara lama dan tidak menguntungkan sesiapa.
"Selain memberi kredit pada pakatan pembangkang, mahasiswa bukan Melayu terus berjuang di medan kecemerlangan akademik dengan beroleh keputusan terbaik dan menjamin pekerjaan yang hebat.
"Mahasiswa sejujurnya perlu lebih kental jiwa merdeka dengan tidak membiarkan diri terus terpenjara dengan agenda murahan puak yang berkepentingan merebut kuasa," tegasnya.
Wan Syamsul Amly
Mon Aug 29 2016

PEMUDA UMNO KEDAH: #TangkapMO1: 'Mahasiswa cari publisiti murahan' - Gambar fail

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

#TangkapMO1: 'Mahasiswa cari publisiti murahan' - Pemuda UMNO Kedah
Mahasiswa yang menyertai himpunan Protes 'Tangkap Malaysian Official 1' (#TangkapMO1) merupakan kumpulan semata-mata mahu mencari publisiti murahan.

Polis akan panggil penganjur perhimpunan haram - Timbalan KPN
Polis akan memanggil penganjur perhimpunan haram anti kerajaan di ibu negara semalam bagi membantu siasatan kerana tetap menganjurkannya walaupun tidak mendapat kebenaran polis.