SIK: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, kerajaan telah merancang beberapa langkah meminimumkan kesan cuaca panas kepada pengguna air domestik, industri dan pertanian, termasuk mengkoordinasikan peranan kementerian, jabatan dan agensi, selain kerajaan negeri
"Monsun Barat Daya yang bermula pada Isnin hingga akhir September, keprihatinan kami (kerajaan) adalah terhadap kekurangan air disebabkan musim kemarau yang melibatkan pengguna domestik, pertanian dan industri.
"Ini adalah kerana jangkaan Jabatan Meteorologi Malaysia, kita dapati bahawa kadar luruan hujan akan berkurangan disebabkan Monsun Barat Daya, maka langkah-langkah telah dilakukan antara kerajaan pusat khususnya melalui Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA)," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau situasi terkini takungan air di Empangan Muda di sini pada Selasa.
Katanya koordinasi juga akan dilakukan dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) serta syarikat pembekal atau badan pengurusan air di peringkat negeri bagi memastikan bekalan air untuk ketiga-tiga kategori pengguna tersebut mencukupi.
Selain itu, Ahmad Zahid berkata terdapat tujuh sumber air iaitu dua di Kedah, dua di Perak, dua di Selangor dan satu di Sarawak yang dijangka akan terjejas pada musim panas Monsun Barat Daya ini.
Beliau berkata kerajaan menerusi bantuan Tentera Udara Diraja Malaysia akan melakukan pembenihan awan di kawasan-kawasan tersebut sekiranya keadaan bertambah buruk.
Mengulas mengenai situasi di Empangan Muda, beliau berkata empangan itu ialah sumber air utama untuk Kedah dan Pulau Pinang yang sebahagian besarnya meliputi sektor pertanian.
"Kita juga akan bekerjasama dengan pihak MADA (Lembaga Kemajuan Pertanian Muda) yang mempunyai takungan yang setakat ini mencukupi untuk kegunaan-kegunaan tertentu, menyalurkan air melalui terowong sejauh 6.8 kilometer dari Empangan Muda ke Empangan Pedu selain Empangan Beris juga.
"Ini satu langkah yang akan dikoordinasikan dengan kerajaan negeri, MADA, pihak berkuasa tempatan serta agensi lain yang berkaitan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 16 2023
Terdapat tujuh sumber air yang dijangka akan terjejas pada musim panas Monsun Barat Daya ini. - Gambar hiasan
Gitar milik George Harrison dijangka cecah RM3.38 juta dalam lelongan
Gitar Futurama berkenaan dibeli di sebuah kedai alat muzik di Liverpool dan dimain oleh Harrison pada awal tahun 1960-an.
Lebih 800 maut akibat wabak mpox di Afrika
Sebanyak 34,297 kes direkodkan di seluruh benua itu sejak Januari lalu, termasuk 38 kes di Ghana.
AWANI Pagi: Ada apa dengan cinta ekspres?
7.30 pagi Sabtu bersama Dr. Norsafatul Aznin A.Razak, Pensyarah Kanan Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya dan Amni Sahira Muhammad Azam, Kaunselor Pelatih, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya membincangkan mengenai isu hubungan khususnya dalam soal memperjudikan hubungan dengan cinta ekspres.
Banjir Bosnia: Tiada rakyat Malaysia terkesan, Wisma Putra terus pantau rapat keadaan semasa
Setakat ini, tiada rakyat Malaysia dilaporkan terlibat atau terkesan dalam bencana alam tersebut.
19 terkorban akibat banjir, tanah runtuh di Bosnia
Sebahagian besar bandar dan kawasan pedalaman terputus hubungan akibat jalan raya yang ditenggelami air banjir.
Lelaki maut kereta terbabas langgar pokok di Manjung
Mangsa disahkan maut di lokasi oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia.
Durian segar Malaysia di China habis dijual tidak sampai 24 jam
Tidak sampai 24 jam, hampir 40 tan durian segar pertama Malaysia ke China yang dipasarkan pada 26 Ogos lepas di outlet peruncitan terpilih di enam wilayah negara Tembok Besar itu habis terjual.
Keldai akaun ditahan sebabkan kerugian hampir RM60,000
Polis menahan lelaki berumur 58 tahun dipercayai keldai akaun kepada sindiket penipuan yang menawarkan kerja sambilan tidak wujud secara dalam talian sehingga menyebabkan mangsa kerugian RM59,569 baru-baru ini.
Lebih 200 maut akibat taufan Helene di AS
Seramai 200 orang disahkan maut sehingga Jumaat selepas Taufan Helene melanda beberapa negeri di tenggara Amerika Syarikat (AS), menjadikannya ribut paling membahayakan kedua yang melanda AS dalam lebih setengah abad.
Taiwan laksana operasi pembersihan selepas taufan Krathon
Taiwan sedang giat membersihkan kerosakan akibat banjir dan angin kencang selepas Taufan Krathon melanda bandar pelabuhan utama, sementara penduduk di sebahagian besar kawasan lain di pulau itu kembali bekerja dan pasaran kewangan dibuka semula.
LKAN: Liputan bekalan air terawat di Kelantan paling rendah
Negeri Kelantan mendapat liputan bekalan air terawat paling rendah pada tahap 73.9 peratus, menurut Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Siri 2 2024.
Isu air: UMS diarah lapor polis jika tuduhan seleweng RM5 juta tidak dihentikan
UMS diarah membuat laporan polis sekiranya tuduhan jahat yang cuba mengaitkan institusi pengajian tinggi awam (IPTA) itu dengan penyelewengan dana RM5 juta tidak dihentikan.
Penganjur perhimpunan bantah isu air perlu guna saluran yang betul - Mustapha
Sekiranya pihak penganjur mahu meneruskan perhimpunan berkenaan, mereka perlu mendapatkan permit daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Kelantan hargai kesediaan kerajaan Persekutuan bantu tangani krisis air- MB
Kerajaan Kelantan menghargai kesediaan Kerajaan Persekutuan dalam membantu menangani krisis bekalan air di negeri ini.
Telaga tiub undang risiko mendapan tanah di Kelantan - ABIM
ABIM Kelantan melahirkan rasa kebimbangan terhadap fenomena penggalian telaga tiub di negeri ini yang dikhuatiri boleh mengundang risiko berlakunya mendapan tanah.
Penduduk kecewa syarikat pengurusan air Kelantan bermasalah
Lebih 300 penduduk di tiga buah kampung di Pasir Tumboh di sini, kecewa selepas bekalan air daripada Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) masih tidak berubah walaupun tarif air baharu telah dilaksanakan.
Isu air Kelantan: Kerajaan lulus RM521.2 juta kepada AKSB sejak 2021
SPAN meluluskan peruntukan perbelanjaan modal (CAPEX) sebanyak RM521.2 juta kepada Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB).
Fenomena kurang hujan: Sabah perlu bersedia hadapi isu air lebih serius awal 2024
Sabah diminta membuat persiapan awal termasuk mengambil langkah bersesuaian bagi menghadapi fenomena kekurangan hujan yang dijangka berlaku antara Januari hingga Mac tahun depan.
Masalah air, kerajaan Kelantan siapkan kertas kerja
Satu kertas kerja sedang disiapkan oleh kerajaan Kelantan dalam usaha menyelesaikan masalah gangguan bekalan air yang sudah lama berlaku di negeri ini.
RMK12: Bantuan segera RM800 juta atasi isu air di Kelantan, Sabah - Anwar
Bagi mengatasi masalah gangguan bekalan air di Kelantan dan Sabah, Kerajaan Persekutuan bersetuju menyalurkan bantuan segera RM800 juta.