KOTA KINABALU: Sabah diminta membuat persiapan awal termasuk mengambil langkah bersesuaian bagi menghadapi fenomena kekurangan hujan yang dijangka berlaku antara Januari hingga Mac tahun depan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas) Datuk Armizan Mohd Ali.
Beliau berkata mengikut ramalan, Sabah menjadi satu-satunya negeri yang bakal berdepan keadaan pengurangan kadar taburan hujan bulanan hingga 20 peratus sepanjang tempoh Monsun Timur Laut (MTL), meskipun masih berlaku hujan dan ribut petir di sesetengah kawasan di negeri itu.
Menurut Armizan pihaknya dimaklumkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengenai perkara itu ketika membentangkan laporan rasmi ramalan cuaca dalam tempoh MTL pada Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat, 17 Okt lepas.
"Diramalkan musim MTL 2023/2024 akan bermula pada November ini dan berterusan hingga Mac 2024. Sebagaimana MTL sebelum ini, sebahagian besar negeri dijangka menghadapi keadaan cuaca lebih lembap dalam tempoh ini yang membawa risiko banjir.
"Namun, diramalkan Sabah akan mengalami keadaan agak berbeza pada MTL kali ini dengan keadaan pengurangan kadar taburan hujan. Dijangka jumlah hujan bulanan (mm) bagi Sabah adalah kurang 20 peratus di bawah purata dalam tenpoh itu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Jualan Rahmah Bergerak di Kampung Warisan, Darau, di sini hari ini.
Armizan yang juga Ahli Parlimen Papar berkata kesiapsiagaan kerajaan Sabah dalam menghadapi fenomena itu adalah perlu bagi memastikan bekalan air masih dapat disalurkan kepada semua penduduk kerana dikhuatiri kekurangan hujan akan menyumbang kepada risiko gangguan bekalan air.
"Gangguan bekalan air yang sememangnya ada di Sabah akan menjadi lebih serius kerana 20 peratus adalah satu kadar besar. Kekurangan jumlah taburan hujan dikhuatiri memberi kesan kepada tahap bekalan air mentah di kawasan empangan dan sungai yang menjadi sumber bekalan untuk loji-loji rawatan air," katanya.
Justeru, Armizan mengesyorkan kerajaan Sabah supaya mendapatkan laporan terperinci daripada METMalaysia bagi mengenal pasti lokasi dijangka berdepan kekurangan taburan hujan agar pelan awal dapat dirangka untuk menangani risiko isu gangguan bekalan air di kawasan terbabit.
Beliau turut mengingatkan agensi berkaitan termasuk pasukan tindak balas memastikan aset termasuk pusat pemindahan sementara untuk berada pada tahap kesiapsiagaan tinggi menghadapi banjir meskipun Sabah diramal mengalami kekurangan hujan sepanjang MTL.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 22 2023

Armizan mengesyorkan kerajaan Sabah supaya mendapatkan laporan terperinci daripada METMalaysia bagi mengenal pasti lokasi dijangka berdepan kekurangan taburan hujan agar. - Gambar fail

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Cuaca tidak menentu akibat MTL, penduduk dinasihat patuh arahan berpindah
Aiman Athirah Sabu berkata penduduk perlu segera berpindah sekiranya diarahkan, bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga terjamin.

Bomba beku cuti 6,000 pegawai, anggota di lima negeri
Cuti kira-kira 6,000 pegawai dan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) di lima negeri akan dibekukan sekiranya bencana banjir pada Monsun Timur Laut (MTL) memburuk.

Ribut petir, hujan lebat diramal landa hampir seluruh negara hingga 6 petang
Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda semua negeri kecuali Pulau Pinang hingga enam petang hari ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

MTL: APM tugaskan 900 keanggotaan di seluruh Kelantan
Sebanyak 900 anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kelantan akan ditugaskan sepanjang musim Monsun Timur Laut di negeri ini.

Warga emas bina reban rakit elak ternakan dihanyutkan banjir
Seorang warga emas mengambil inisiatif membina reban rakit bagi menyelamatkan ayam ternakannya mati dan mengelak mengalami kerugian besar akibat banjir menjelang Monsun Timur Laut (MTL) kali ini.

Kelantan sudah sedia hadapi Monsun Timur Laut
Kerajaan Kelantan sudah bersedia untuk menghadapi segala kemungkinan bakal berlaku sepanjang musim Monsun Timur Laut (MTL) yang dijangka bermula esok hingga Mac 2025.

KPM siap siaga hadapi Monsun Timur Laut
KPM memandang serius kebajikan dan keselamatan seluruh warga institusi pendidikan dan telah bersiap siaga melakukan persiapan awal mendepani banjir susulan MTL yang dijangka berlaku lebih awal.

KPDN Kelantan laksana pelan kontigensi banjir
Ia antara pelan kontigensi banjir KPDN bagi memastikan bekalan makanan asas mencukupi, mudah diperoleh, dijual pada harga yang ditetapkan.

Monsun Timur Laut: 660 PPS di seluruh Sarawak sedia digunakan - Uggah
Sebanyak 660 PPS di seluruh Sarawak yang boleh menempatkan seramai 160,719 mangsa bencana siap sedia untuk digunakan dan dibuka pada bila-bila masa bagi menghadapi musim MTL.

APM kenal pasti lebih 6,000 kawasan berisiko dilanda bencana pada MTL
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) mengenal pasti lebih 6,000 kawasan berisiko dilanda bencana termasuk banjir, tanah runtuh dan kepala air di seluruh negara pada musim MTL tahun ini.