'Tanda Putera', sebuah filem keluaran Pesona Pictures adalah antara empat filem cereka yang bakal membuat penampilan sulung di Pasaran Filem Eropah Berlin, Jerman minggu depan.
Filem lain ialah 'Laga' keluaran Business Leader Film Production, 'The Great Lion Kun Seng Keng' (Asia Tropical Film) dan 'Amir dan Loqman Pergi ke Laut' (Astro Shaw), kata Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Kandungan Kreatif Malaysia (CCAM) Datuk Mohd Mahyidin Mustakim.
Beliau berkata tayangan filem terbabit, yang diurus oleh CCAM, bermula dari 7 hingga 9 Feb di pelbagai pawagam di Potsdamer Platz, Berlin.
"Kesemua filem cereka ini adalah luar biasa dan dibuat dengan teliti serta penuh semangat, oleh itu, semua rakyat Malaysia harus berbangga meraikan kepelbagaian kandungannya selain kualiti penghasilan yang amat baik.
"Mempunyai sebuah filem yang ditayang di pasaran filem berprestij yang disertai golongan profesional industri berkenaan di peringkat antarabangsa amat membanggakan, dan pengeluar serta penggiat industri hiburan tanah air seharusnya gembira dengan kejayaan ini," katanya.
Mahyidin juga berkata penyertaan di pasaran filem kali ini adalah yang tertinggi sejak penubuhan CCAM pada 2012, dan beliau berharap lebih banyak filem tempatan dapat diketengah pada masa akan datang.
Pasaran Filem Eropah turut menandakan kepentingan sesebuah filem yang bagus serta berkualiti dengan kandungan yang boleh diakses penonton malah dipasarkan, sekali gus memastikan penembusan ke pasaran global.
"Ini adalah satu usaha yang berdaya maju serta menguntungkan pengeluar filem," katanya.
CCAM, yang merupakan projek permulaan (EPP) MyCreative Content di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP) bagi sektor Komunikasi, Kandungan dan Infrastruktur (CCI), adalah sebuah persatuan yang mewakili pemain industri kreatif tempatan.
Objektifnya ialah mempromosi dan mengeksport perkhidmatan serta kandungan kreatif tempatan ke pasaran luar serta penyiar antarabangsa.
Bernama
Thu Jan 30 2014


Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Tanda Putera antara empat filem M'sia ditayang di Berlin
'Tanda Putera', sebuah filem keluaran Pesona Pictures adalah antara empat filem cereka yang bakal membuat penampilan sulung di Pasaran Filem Eropah Berlin, Jerman minggu depan.