HULU SELANGOR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) sudah mengambil keterangan tiga individu bagi membantu siasatan kejadian tanah runtuh di tapak perkhemahan di Father's Organic Farm, Batang Kali di sini pada Jumaat.

Ketua Polis Hulu Selangor, Superintendan Suffian Abdullah berkata, mereka terdiri daripada seorang pengusaha dan dua pekerjanya yang hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Selangor pada Sabtu.

“Tiga individu telah diambil keterangan untuk membantu siasatan bagi menjalankan siasatan lanjut.

“Pengusaha adalah antara tiga orang memberikan keterangan dan dua adalah pekerja.

“Pengusaha berusia dalam umur  50-an, dan dua lagi dalam usia 20 ke 30-an. Mereka beri keterangan di IPD Hulu Selangor petang semalam,” katanya dalam satu sidang media di tapak kejadian tanah runtuh di sini pada Ahad.
[LAPOR LANGSUNG] Tanah runtuh Batang Kali: Operasi hari ketiga diteruskan, 9 mangsa masih hilang



Dalam masa sama, polis mungkin akan memanggil lagi individu lagi untuk memberi keterangan.

“Kemungkinan akan panggil lagi untuk bantu siasatan,” ujarnya.