BATANG KALI: Pakar Geologi Kejuruteraan dan Mekanik Tanah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Nor Shahidah Mohd Nazer berpendapat kedudukan tapak perkhemahan Father's Organic Farm, Batang Kali disifatkan sebagai tidak ideal untuk diduduki.
Nor Shahidah memaklumkan Astro AWANI, kejadian ini mengambil kira faktor cerun di tapak perkhemahan itu sendiri.
“Apabila struktur penahan cerun tidak sesuai dengan konteks muka bumi, ia akan menyebabkan sebahagian besar kejadian tanah runtuh berlaku di Malaysia, atas sebab itu juga kebanyakan cerun di tepi jalan, lereng bukit perlu berada jauh dari kediaman penduduk.
[LAPOR LANGSUNG]: Tanah runtuh Batang Kali: Angka korban meningkat ke 16 orang, 17 masih hilang
“Kegagalan penahan cerun kali ini agak ekstrem dan ia bukan dijana oleh apa yang kita panggil sebagai ‘kepala air’ dan saya tak nampak evidence (bukti) disebabkan kepala air.
“Crown tanah runtuh itu sendiri menunjukkan rekahan sebenarnya telah wujud lama dan apabila keadaan tanah itu tak stabil ia turun dalam satu gesaan yang orang kata luruan yang cepat,” katanya.
Menurutnya, kedudukan tapak perkemahan yang berada di bawah mendedahkan risiko besar terutama jika tanah mempunyai kandungan air yang sangat tinggi kerana pergerakan tanah boleh berlaku.
“Mungkin rekahan cerun telah mula kelihatan di bahagian puncak yang kita panggil sebagai ‘rekahan tensi’ dan ini mungkin menandakan cerun bergerak perlahan atau berlaku rayapan di dalam cerun.
“Apabila air hujan menyusur ke dalam cerun, ia duduk di bawah butiran tanah. Kalau tanah merah, ia tinggi dengan kandungan lodak dan beberapa komposisi pasir dan lempung yang jauh lebih halus.
“Ia membenarkan penyerapan tanah secara besar-besaran di dalam tanah dan menyimpan pula air sekaligus menyebabkan keadaan cerun itu semakin lemah seterusnya menyebabkan tanah runtuh,” ujarnya.
Faida Rahim
Fri Dec 16 2022

Crown tanah runtuh itu sendiri menunjukkan rekahan sebenarnya telah wujud lama dan apabila keadaan tanah itu tak stabil ia turun dalam satu gesaan yang orang kata luruan yang cepat. - Sumber foto UKM

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

Tanah Runtuh Batang Kali: Operasi SAR diteruskan untuk pembersihan, siasatan
Komander operasi rakam penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam proses mencari dan menyelamatkan mangsa.

Tanah Runtuh Batang Kali: Mayat ke-26 lelaki dewasa ditemui - Bomba
Mayat mangsa ditemui sekitar pukul 11.16 pagi di sektor B.

Tanah Runtuh Batang Kali: Tiga anggota SAR alami masalah kesihatan
Turut mengalami masalah kesihatan ialah Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Selangor, Datuk Norazam Khamis.

Tanah Runtuh Batang Kali: Tiada petunjuk positif kesan sembilan mangsa hilang
Operasi SAR kini tertumpu kepada timbunan tanah dan kenyataan daripada saksi.

Tanah Runtuh Batang Kali: Jabatan Forensik HSB lengang sejak pagi tadi
Hanya pengamal media yang berada di pekarangan jabatan berkenaan sejak awal pagi ini.

Tanah Runtuh Batang Kali: "Semua petugas cekal, sudah terlatih meskipun berdepan cabaran" - KPN
Ketua Polis Negara hargai komitmen pasukan petugas operasi SAR.

Tanah runtuh Batang Kali: 6 daripada 21 mangsa meninggal dunia dikenal pasti - NADMA
Enam daripada 23 manga yang meninggal dunia telah dikenal pasti melalui proses pengecaman oleh waris atau melalui ujian cap jari.

Tanah runtuh Batang Kali: Tanih tepu dipercayai punca utama tanah runtuh - Pakar
Tanih yang tertepu dengan kelembapan akibat hujan berterusan sejak beberapa hari lepas dipercayai antara punca berlakunya insiden tanah runtuh berhampiran tapak perkhemahan Father's Organic Farm.

Tanah runtuh Batang Kali: Syarikat kendali tapak perkhemahan tiada lesen
Syarikat tersebut hanya diberikan lesen pembangunan kebun organik dan bukan lesen untuk melakukan aktiviti perkhemahan.